Saya dah pulang.. sekejap jer..

errrr..
i'm back, but only for a while..
nak kena setel betul2 masalah,
baru leh bergiat semula..

fyi, since last month konpom dah kompeni aku nyer server internet,
shifted ker japan server..
semer dah kena block..
ni pun guna trick giler babi nak update nih..

sori kepada yang menjenguk setiap hari,
ada tu rasanya..
mintak maap bebanyak yer..
kasik aku masa sket lagi yer..

kepada pocket yang tak henti2 menyokong,
time kasih laa..
nanti laa, kita kuar makan sesama, kita setel sesama..

btw, aku akan ke genting jumaat dan sabtu nih..
jom ler kita naik roller coaster sesama..
aku still mencarik partner untuk conquer semer rides yg ader kat situ..
bebudak nih semer takut nak naik..
naik sorang2 tak besh lak..

ada sesapa nak teman kan..?

Tuesday, December 01, 2009

Malas..

Dok tengah cuci2 mailbox,
terjumpa satu email,
mungkin masa aku baca, aku tgh sibuk,
tak sempat nak forward kan pada yg lain..

since hari nih dah malas nak update,
aku copy paste jer la isi kandungan mel tu..
mungkin berguna untuk dijadikan panduan pada sesapa..
gambo yg ada attach dalam mel tu,
aku tak boh kat sini..
pasal ada readers yg pregnant, sensitif dll..
kang lansung tak jenguk dah blog aku..

ni ha benda nyer..
baca la yer..

Cecair Mayat disedut sebelum diterbangkan (US Law)Tazkirah

Menarik utk dikongsi bersama...

Assalamualaikum w.b.t.

Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolatkan. Yang saya nak utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US, hatta ada juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka,ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.

Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal (US lah!).

Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah...

Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat.

Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.. Bila nak bawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles , maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya.

Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground).

Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu
siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika simayat itu dikebumikan di US, bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2.

Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya. Ada
waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini diAmerika..?!". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya.

Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi. Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.

Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar.

wallahua'lam bissawwab...

semoga leh dibuat panduan..

p/s: sapa nak gambo, leh bagi email add, nanti aku anto..

Wednesday, November 11, 2009

PMS..

Kalo pempuan ada PMS (pre-menstrual syndrome),
sestgh laki2 pun ada..

aku pun ada PMS..
Petrified Manchester (United) Syndrome..

jgn tegur aku ari nih..
nanti aku lempang sia2 jer..

kalah taper..
dah referee berat sebelah,
nak wat camner..
tunggu jer la game home nanti..

Monday, November 09, 2009

Jodoh, jangan diperbodoh..

ingat nak komen jer kat pocket's post,
tapi rasa macam nak jadi panjang,
and thinking why not i just put it as a post of mine..
bukan nak tiru idea yer..
cuma rasa macam tajuk nih boleh dikongsikan pendapat dari ramai orang,
untuk panduan sestgh org..

bila kata pasal jodoh,
org yg belum kahwin jer yg takut jodoh dia tepat atau tidak..
tapi bagi orang yg dah kawin,
baru ler dikatakan "dah jodoh, nak wat camner.."

how to know he/she is the one for you..?
well, you never know until you tie the knot..
and, even if you tied it, then you realized he/she is not the one,
it's still called jodoh..
as pocket said,
it's written up there..

let me speak the story of mine..
(tetiba cakap omputih lak..)

i used to look for the best one for me since i'm 18..
used to cry for them, each time they left me..
well, others said, "dah tader jodoh, sudah laa.."
even i knew that she was the one..

but i never made it, finding the right one..
once, about whole world knew i was destined with this one girl,
kept saying i will marry her,
still, she is not the one..

i never thought i will live my whole life with yana..
until that moment of this..
i knew it will be a tough journey for me..
if you read the MFB series, you'll know..

but still then, i never thought yana is the wrong one..
she is the best one for me..
i hope in the other life, she will be my angel in heaven..
if it's not her, i won't have this life i'm enjoying,
and the most improtant, i won't have this naufal boy..

we hope for the perfect one,
but you will never get one..
you will only get the best one for you..
and again, you will never know it until you tie the knot..

even if somebody said "jodoh boleh diubah..",
actually it's not jodoh which can be changed,
it's the choice of with who you want to be tied with..
and again,
your jodoh is already written up there..
it will never change..
maybe we need some alteration on the sentence itself..
how about,
"pasangan boleh diubah..",
"pasangan hidup boleh diubah..",
"bakal isteri/suami boleh diubah..",
etc..

but let us think,
if you keep saying above sentences,
what people will think of you..?
play play aaa..?

even in islam, there is not such thing as berchenta sebelum kahwin..
you married him/her without knowing each other before,
you can only berchenta after the first time you met him/her,
and he/she is your jodoh for your whole life....
how's about that for us in this 21st generation..?
don't say it sucks,
it meant to be like that in the first place..
islam's ways of life are never wrong..
but how's about that..?
we keep looking for our jodoh out there,
which we will never find it..

i'm sorry..
not intend to get emo in this particular case..
some even said to me,
"why did you chose yana when you can get better..?"
then, i put it back to them faces,
"how do you know that i will get all the happiness of life when i'm with yana, if i get marry with other girl..?
everybody sucks at own life..
everybody will still sucks the other way if they married others in the first place..

one word..
BERSYUKUR..

Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan (nasib)
sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan
(nasib) mereka sendiri”. (Ar-Ra’ad:11)

Thursday, November 05, 2009

Jom kongsi..!!

Ape kabo semer..

actually nak wat pengumuman nih lama dah,
tapi since tak brapa sesuai lagi,
so, aku dak ler announce..

skang baru rasa nak announce,
walaupun masih rasa belum sesuai lagi..

aku ada wat satu download page,
ada lagu jepun, english dan melayu..
game and application untuk nokia S60 pun ada..
tapi masih dalam construction,
dan masih lagi tgh upload segala file yg ada..

buleh la try jenguk,
kot2 ada benda yg lagu atau apa2 yg buleh di download..
mana la nak tau..
ada lagu yang dah setahun carik tak jumpa2,
tetiba ada kat page aku kan..

aper2 pun, gi la jengok dulu..
pastu tolong kasik komen sket leh dak..
pasal layout ker, or anything la yg rasa leh improve page tu..

so, anda buleh ke sini..
pada yg takleh klik link,
copy n paste add nih..
http://penuhmuaturun.blogspot.com/

selamat mendownload..!!

Friday, October 30, 2009

Quote of the day [1]

You just simply can find the word disguise in the dictionary..

Wednesday, October 28, 2009

Jawapan teka teki..

(scheduled post)

Lepas aku bagi teka teki ari tu,
ada la beberapa org yang mail aku,
menjawab teka teki tu..
tapi semua salah yer..

taper laa..
aku kasik jer la jawapan nyer..

mamat no 1 mmg tak tau..
mamat no 2 mmg tak tau..
so, kat sini point dia..

mamat no 3 cuma nampak topi mamat no 2,
iaitu kaler kuning..

mamat no 4 lak,
dia nampak topi mamat no 2 ngan mamat no 3..
kalau mamat no 2 ngan mamat no 3 pakai topi yang sama,
mesti mamat no 4 tu dah bangun cakap kan..
cth:
kalau mamat no 3 ngan mamat no 4 pakai topi kuning,
mesti mamat no 4 bangun dan cakap dia pakai topi merah..
dan kalau mamat no 3 ngan mamat no 4 pakai topi merah,
mesti mamat no 4 bangun dan cakap dia pakai topi kuning..

masalahnyer,
mamat no 2 ngan mamat no 3 pakai topi lain kaler,
so, mamat no 4 takleh cakap topi dia kaler apa..

since mamat no 4 tak bangun cakap apa2,
mamat no 3 mesti perasan yang topi dia tak sama kaler ngan mamat no 2 kan..
so,
mamat no 3 akan bangun bagi tau topi dia kaler merah,
dengan alasan topi mamat no 2 kaler kuning,
dan mamat no 4 tak bangun pun kata topi mamat no 2 ngan 3 tu sama kaler..

paham..?
lojik kan..

Monday, October 26, 2009

End of my career..?

I received this email yesterday..

it sucks, isn't it..?
since i don't have net connection at home..

well, i still can go to net cafe to update,
but how long can you stand it..?
with work at the day,
with family to entertain at night..

this is an absolute reason for not posting after this..
pocket house is so far,
else, i will visiting him every night..

it's hard to say goodbye,
which i won't do..

i'll find the way..
yes, i'll find the way..

Friday, October 23, 2009

Kita serupa..

Guys,
watch AXN lately..?
sorry for non-subscriber readers..
i love watching one US reality show,
it's on Tuesday 9pm ~ 11pm,
Wickedly Juicy TV : So You Think You Can Dance?
Last night was the second week..
2nd audition for 4th season, on air in US on May 2008 actually..

just like american idols, british idols etc,
only dance version..
you come to dance in front of 3 judges..
you're great, you go to vegas..
you're good, you wait for the choreography session for 2nd chance,
you're bad, you have to leave the auditorium..
any dance will do..
from salsa to street dance..

i just love it..
sometimes it's entertaining,
most of the time it's damn funny..
but last night show,
i took a knock at my heart..

there was one contestant,
Brett Banford, who is down-syndrome..
He dance well, with his own style..
and he didn't make it to vegas, as expected..

but, i don't know why,
what he said after the 3 judges comments,
was not only make me sob,
it make me cry until yana thought i'm crazy for crying on one US dance reality show..
never on AF, NEVER..!!!!

i'm posting this,
and i'm still sheding tears..

i found one page telling about this,
complete with the session video..
you can read and watch it here..

“I’m just here to prove to people that people with disabilities can actually have a normal life and live it. And that’s what I’m here to represent..”
i cried because he was not crying..

Wednesday, October 21, 2009

Dah termalu, dan aku tak mahu..

I don't know how to say it..
It's her fault who asked,
or it's my fault who admitted..

Went to production to take some part sample,
then noticing that i need to pack it into a plactic bag..
i was in the manual operation area,
saw dayah and su at the desk..

"dayah, mai plastik satu, aku nak pack part nih.."
"hang pi la mintak seniri, budak aku lawa2 apa.."
dayah is teasing me again..
quite in hurry + no mood to involve in such conversation,
"cepat laa.. budak hang takdak lawa la aihh.. tak lawa macam hang.."
i blurted that out which make me involve directly to that conversation..
"hang pi la amik.. dah dekat dah tu.."

me, saw one akak keep smiling to us,
"kak, mai plastik satu.. susah btoi la dia nih.."

i put the part into the bag,
and noticed that the bag was too long..
"nah dayah, hang potong ni sat.. panjang sgt.."
in slow voice and smiling,
"panjang la baguih.. hihihi.."

i ignored..
pretending not to show my intend on the conversation,
to keep my pride in front of the ladies..

suddenly, dayah asked..
"weh, hang bila nak tambah sorang lagik..?"
"tak dak org yg sudi laa.."
"hang nih.. aku tanya pasal anak laa.. aku tak cakap pasal bini pun.."

su is laughing like hell..
i never saw su laughing like that before..
luckily, only 3 of us heard that..
su is still laughing..
and dayah get a full load bucket of caci maki from me..
END

please,
please do not change your story without any sign..
as well as you turn your car direction without signal,
it really can cause life..
isn't it..?

Tuesday, October 20, 2009

Hampeh.. Padi pun takde hampeh macam nih..

Aku ingat,
2-3 hari jugak dia tak spam blog aku,
dia jemu dah ler kot..
rupanya tidak..
dia spam sekali 2 post lagik..
haram jadah betul..

ni pun aku terpaksa tulih pasal nak overcome link blog title yg spam tu kat blog pembaca aku..
kalo dak sampei ke sudah la naik title tu jer kat blog orang lain..

hmmmm..
masih misteri la..
tader ker blog org lain yg penah kena spam..?
aku nak tanya diorang wat camner..

dan jugak,
ramai yg takut masuk blog aku,
pasal takut terbabit blog seniri kena spam jugak..

isk isk isk..
apa la malang nasib aku..
somebody, tolong laaa..

UPDATED

tgk..
aku dah overcome pun dia dok camtu gak..
cilaker btol..
mana la orang nak masuk blog aku bila tgk aku post pasal viagra..
*^#$#*&%^$%^&$%%*#@*& btol laaa... (apa aku mencarut nih..)

Friday, October 16, 2009

Berkabung sekejap..

Sori kengkawan,
aku terpaksa berkabung sekejap,
untuk monitor spammer yg dok spam blog aku nih..

nak tgk pattern kerja2 jahat dia macam mana,
dan sampai bila dia nak wat kerja terkutuk nih..

maybe aku tak posting untuk beberapa lama..
nanti rasa dah ok,
dah dapat reply dari blogger untuk solve problem aku,
aku akan post balik..

dan,
teka teki aku masih terbuka untuk di jawab..
hadiah menanti untuk dipos kepada jawapan yg betul..

bye..
thanks..
sorry..

Tuesday, October 13, 2009

Let's have a break..

Lepas2 blog kena hacked nih,
agak terkesima sedikit untuk posting.. (sekadar alasan..)





apa kata kita main teka teki kejap..
teka la yer..
begini teka teki nyer..


ada 4 sekawan kena tangkap dan di bubuh dalam satu bilik,
disusun kedudukan mengikut gambar di atas..
antara mamat no 1 ngan mamat no 2 ada dinding..
sebelum diorang dipakaikan topi kaler2 tu,
tengkok diorang telah diikat,
supaya diorang tak boleh pusing kepala,
buleh tgk depan jer..
pastu baru lah dipakaikan topi memasing,
kaler ikut gambar kat atas..
means, masing2 tak tau sendiri pakai topi kaler apa..

syarat diorang nak lepas,
salah seorang kena bagitau dia pakai topi kaler apa,
dengan alasan yang lojik..
tak boleh teka2..
ex : "saya pakai topi kaler sekian2 sebab sekian2 bla bla bla.."

mamat no 1 cuma leh nampak dinding depan dia,
mamat no 2 pun cuma leh nampak dinding depan dia,
mamat no 3 cuma leh nampak mamat no 2,
mamat no 4 cuma leh nampak mamat no 2 dan 3..
dan diorang diberitahu, topi merah ada 2, topi kuning ada 2..
dan diorang takleh bercakap selain nak bagi jawapan..


sila jawab..
sila email jawapan kat benazz23@yahoo.com
pastu, kat komen bagitau kata dah ada emel jawapan..
aku nak tgk berapa org leh jawab ngan betul..
kalo tak sampe 3 org,
aku bagi hadiah.. (serius..)
hadiah akan dipos selepas konpom jawapan betul dan dapat alamat untuk pos hadiah..
hadiah apa, sukati aku la kan..

apa lagi, mari kita lihat siapa yg kena...!!

Thursday, October 08, 2009

I don't need this type of sympathy..

Semalam,
lepas jer aku posting,
biasanya sha dan joe akan komen dulu..
tak lama pastu,
tetiba blogger mel lagik..

sha komen kat post aku yg bertajuk "frankfurt kinoprogramm"..

aikk.. bile masa plak aku post tajuk nih..

aku pun klik kat link post tuh,
tgk2 kuar macam nih..







laaaa...
kena hacked ker blog aku nih..
cemana laa blogger jaga akaun nih..
cek punyer cek,
blog naufal pun kena jugak..

iskk..
aku pun padam dah laa..
pagi nih aku masuk,
aaiiikkk...!!
ada lagik...
chilaker betul..

kalo yer la aku nih jenih post kadang2,
tak payah la sibuk2 nak tolong post kat aku kan..
pastu lak,
kalo nak tolong post,
post la betul2..
buat cerita ayam ker, cerita ikan laga ker,
koman2 cerita laki bini begaduh pasal sambal belacan,
macam citer bujang lapok tu..

btw,
ada sesaper tau punca nyer dan tau penyelesaian nyer..?
aku takmo la plak tambah kejer ari2 kena padam post yg merapu2 nih..
giler ker..
daripada aku padam post,
baik aku posting kan..

Tuesday, October 06, 2009

Still love the moment..

Walaupun post aku hari tu,
kata yg aku tak berapa nak excited untuk beraya,
still, hari raya is hari raya..

untuk 1st time tahun nih,
org datang beraya rumah aku..
pasal sebelum2 nih,
sebelum raya aku dah bertolak balik ke sitiawan..
brapa tahun dah raya sitiawan dulu..
tahun nih jer raya sini dulu..
so, untuk kali pertamanyalah,
member2 aku datang beraya umah aku..
(kalo tak raya, tak datang nyer diorang..)

selama nih,
tak pernah hias rumah pun..
tahun nih tukar langsir,
tukar sarung kusyen..
beli kuih..
rasa la jugak meriah..
tahun nih tema kitorang ungu..

sori,
gambo tangkap guna vga camera jer..
camera henset aku dah dirosakkan oleh naufal..


bila dah nak abih raya nih,
baru lak terasa,
syok nyer raya..

tak sabar nak tunggu raya taun depan..
heheheh...

sori for the content..
tak berapa menarik kot..

Monday, October 05, 2009

How to say..

How to say,
"Selamat Hari Raya, mintak maaf kalo ada terkasar bahasa, halalkan segala..",
to a neighbour which you never talk to..

How to say,
"I hate you so much, you pig.."
to a staff you hate so much, but you work with her daily..
mind the language..
she did labelled me as "a stupid cow who cannot work" in the past though..


How to say,
"I love you so much, sayang.."
to your wife suddenly, when you really meant it,
without making her suspecting you something is going on..

How to say,
"Anak hang nanti mesti comel macam hang jugak.."
to a friend who married for nearly 2 years,
but still "tader rezeki" and she really take it as a sensitive issue..

How to say,
"dah tak larat dah la nak tolong.."
to a friend who always ask you to do him a favour,
with same old sentence, "alaa.. masa aku senang aku tolong ko plak.."
apa yg ko dah tolong aku aa..?
macam tader jer..


How to say,
"daaaakk.. aku mmg tak kenal hang sapa.."
to a stranger who bumped onto you at the shopping complex,
and said he was your old school friend..

How to say,
"Ni tak betul nih, hangpa takleh buat macam nih.."
to other department staff who made mistake in his job,
when the department manager himself never mention about it..

How to say,
"Geli aaa wei.."
to a cute girl who is talking to you with "t*ik hidung" dangling at her nose..

How to say,
"sorry for not posting recently.."
to pembaca setia blog anda, since you are only posting 2 times in a month..

Thursday, October 01, 2009

Not once a year matter, actually..

kepada semua pembaca yang dikasihi..

mungkin ini adalah post terakhir sebelum hari raya tahun ini..
jadi,
aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
mohon maaf kalau selama ni ada post2 yang menyinggung perasaan,
melukakan hati, menimbulkan kemarahan, ketidakpuashatian (?),
dan sebagainya..

aku cuma manusia biasa yang sama dengan orang lain,
menulis untuk meluahkan rasa hati..
sepanjang setahun yang dirasakan pendek ini,
mungkin byk perkara yang telah berlaku,
sama ada baik atau buruk..
yang baik kita ulangi,
yang buruk kita jauhi..

semoga hari2 selepas ini menjadi hari2 yang lebih baik untuk kita..

Friday, September 18, 2009

It's all coming back to me..

rasa nyer baru jer aku wat post pasal raya..
post pasal aku bakar lalang dpn umah aku..,
post pasal hari raya malang aku..

then, it's coming again..
the hari raya..

berbelas2 tahun dulu,
menunggu hari raya semacam menunggu sesuatu yg sangat indah..
macam nak dapat benda yg tak pernah dapat..
normallah kan..

tapi kenapa sekarang,
aku dah tak rasa macam tu..?
aku poser penuh aaa...
it's everybody,
or just me,
who cannot breath the air of raya is coming again..
pocket pun pernah tulih pasal ni kot kat sini..
ada la kena mengena sket kot..

no no no...
tolak tepi seasonal treats,
tolak tepi houses decorated by more lampu lip lap instead of pelita panjut,
tolak tepi there are less bombing sounds from meriam these days,
to blame the law..?
tolak tepi people prefer to buy all the kuih muih rather than memukul telur themselves..
not pukul themselves telur aaaaa..

something is missing..
i still don't know why..
i just can't find it..
i'm looking for it..

is it because,
no more rushing at bus counter looking for balik kampung ticket..?
no more duit raya for me to collect..?
no more visiting 'aweks' houses to see how do they look in their new baju kurung..?
vice versa
no more going out dating your awek(s) during first raya, visiting collegues..?
another vice versa

who ever is still excited waiting for hari raya,
please leave a comment..
who ever no more feels the excitement just like me,
leave comments too..
i desperately want to have back the excitement..
if possible.................. huhuhuhu..

Tuesday, September 15, 2009

another one to think of..

rabu lepas,
masuk kejer lamat sikit pasal nak gi bank buat roadtax..
kul 10 setel,
ingat ada lamasa stgh jam lagi kot before masuk opis,
gi basuh moto dulu..

ada one place yg aku biasa basuh motor..
aku suka basuh situ pasal dia basuh betul2..
tader cincai2 punyer..
sampai jer situ, apek tu tgh siap2 bukak kedai..
pekerja dia pun tader lagi..
aku letak moto,
then duduk kat kerusi baca paper..

apek ni dulu dia gemuk,
tapi suddenly jadi kurus kering,
tak tau la pasal per..
sakit ker,
ada masalah ker, tak tau laa..

abih jer siap basuh,
aku pun gi amik moto..
bukak wallet, alamak...
duit kecik tader, semer 50 inggit..

bagi sekeping kat apek tu,
mentioning yg aku tader duit kecik..
then apek tu refuse nak amik,
dia kata bayar la bila2 pun takper..

aku lak refuse..
aku suruh dia tunggu kejap,
aku gi tukar duit..
then dia cakap kat aku..

"kawan.. tak payah baya dulu laa.. nanti ada duit baru lu datang bayar.. wa amik lu punya duit 5 ringgit pun wa bukan boleh jadi kaya.. lu mau mai baya balik nanti mai balik.. lu tak mai pun takpa.. lu punya 5 ringgit tak boleh bikin wa jadi kaya pun.."

aku tersentak jugak dengo apek tu cakap macam tu..
rasa terinsaf la sekejap..
kengkadang ngan kawan2,
2-3 ringgit pun mintak2 balik..
apek yang tak kenal aku,
lain bangsa plak tu,
buleh cakap macam tu..

aku tak bajet pun apek tu penyokong setia polisi perdana menteri baru..
1malaysia..
bagi aku,
maybe apek tu sekadar mengamalkan hidup macam biasa,
applying the true, real needs and values to be a human being..

Monday, September 14, 2009

Ruyung dah pecah, dapat la sagunyer sket..

at last,
cek nuffnang aku sampai semalam..


time kasih yer pocket..
since aku dah blanja ichiban ramen ari tu,
kira duit nih aku buat duit raya aku yek..

so, kengkawan yg tader nuffnang tu buleh la bubuh kan yer..
asal2 nyer pun aku bubuh bukan pasal nak duit,
tapi dah orang kata daripada tader, baik ada kan..

time kasih jugak pengunjung2 yang membuatkan hit aku melambung pada satu masa dulu..
maybe kalo tak kerana ceera,
yang pernah link kan blog aku kat blog dia,
maybe masih tak merasa aku duit nuffnang nih..

thanks again to eberibodi..
nanti raya datang ke rumah yer.. (ke situ plak..)

p/s :
post nih bertujuan untuk,
1) mempromosikan nuffnang..
2) menunjukkan yang nuffnang tu tak tipu..
3) berterima kasih pada semua readers..
4) saja nak riak ngan pocket.. hahahahahaha...

Friday, September 11, 2009

buku muka..? muka buku..?

tak berapa lama dulu,
pocket ajak aku masuk fesbuk,
beriya2 dia ajak aku..

aku dah tak berapa gemar sgt sebenonyer,
pasal frenster pun dah ntah cemana ntah..
mmg dia ada kabo kata fesbuk lagi besh dari frenster..
ada game la, bla bla bla..

setelah beberapa lama dia insist,
aku terpaksa la jugak register..
aku ulang lagi sekali,
terpaksa..
tanpa tahu apa2 pun yg bakal berlaku..

and now it's happened..
i love this fesbuk..
bukan pasal mafia game,
bukan pasal texas hol'em poker,
tapi pasal aku leh jumpa kengkawan aku yang aku tak pernah expect nak jumpa balik..

daripada aku tadika,
sekolah rendah,
3 sekolah menengah,
local university,
oversea university,
byk yang aku dah jumpa balik..

seriusly,

i damn miss you all...!!!!! isk isk isk...


tak malu, umur 31 menangis..
hahahah.. pedulik haper aku..


especially you guys from bainun..
jan, ain, awang, mat top, ima, azura, bad, dan lain lain..
aku sungguh tak sangka leh kontek ngan korang balik..
teringin sangat nak jumpa korang..
maybe sebelum2 nih ada penah terjumpa,
tapi dah tak kenal pasal last jumpa tahun 1992,
uihhh... 17 tahun dah tu..

enihow,
thanks to pocket again..
if it's not for you to beriya2 ajak aku..
nanti aku blanja ichiban ramen lagi aaa..

Saturday, September 05, 2009

Basah la plak... (dirty content?)


post di bawah mungkin agak jijik/kotor bagi sestgh orang..
so, sapa yg lemah ngan benda2 kotor,
tgh makan nasik,
tgh in good mood,
atau yg sensitif,
harap jgn teruskan bacaan anda..



Pagi ni masuk kejer,
tanya rosli,
bukan kata minggu nih nak wat fire drill ker..?
dia kata mmg la minggu nih..
then, hari ni dah jumaat,
means hari ni la fire drill..

aku pun naik atas,
setel kejer lebih kurang..
pastu tetiba rasa macam nak terberak la plak..
tapi pikir2 balik,
ada fire drill..
satgi tgh aku terberak bunyi loceng kang,
payah plak..

aku pun tahan..
5 minit..
10 minit..
15 minit..
20 minit..
25 minit..
stgh jam..

iskkk.. takleh tahan..
jam baru pukul 8:45..
hmmm.. diorang buat pukul 9:30 kot..
pegi jer la...

masuk la toilet..
dgn berdebar2, aku mula menjalankan 'proses'..
bukak seluar, ok..
duduk, ok..
'proses', ok..
basuh, ok..
amik tisu nak lap,
tetiba,

"KRRIIIIIIIIIINNNNNGGGGGG....!!!!!!!"



arrrggghhhh....!!!
tadi aku tunggu samapi stgh jam takmo bunyik..
shilaker btol laaaa...

cemana nih..
taper laaa, janji dah basuh..
lap aci dan jer,
pakai seluar pun aci dan jer,
asal jgn nampak macam kuar toilet..
then bergegas turun untuk perhimpunan..
masa tu baru la rasa spender udah basah,
pasal lap tak abih tadi..

shilaker btol laaa..
nasib baik aku half day ari nih..
siooottt......

Friday, August 21, 2009

Coba coba kena coba, hai hai..

Dalam hidup ni,
especially mengenai kerja kita,
tiba2 sampai satu masa,
kita di beri pilihan,
or kena buat pilihan..

bila masa,
satu pilihan adalah yang biasa kita buat,
satu pilihan lagi tak biasa kita buat..
on paper,
yang biasa kita buat tu dah tentu membuahkan hasil..
tapi yang tak biasa kita buat tu,
walaupun caranya mudah,
ikut logik, macam tak buleh berjaya..
tapi kita tak pernah cuba pun nak buat..

bila jadi macam nih,
apa yang kita buat..?
teruskan dengan pilihan yang biasa kita buat..?
ataupun kita cuba dulu cara yang kita tak pernah buat,
mana tau kita buleh berjaya dengan jalan yang mudah..?

kengkawan..
do try first..
tak ada salah nyer cuba dulu,
demi untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik..
walaupun orang tak biasa buat,
buat jer..
redah jer dulu..
bila dah terbukti tak berjaya lepas kita cuba,
itu baru la namanya gagal..

teori on paper adalah sekadar teori..
orang pun pernah cakap kan,
belum cuba belum tau..

well,
sekadar nasihat untuk kita kongsi sama2..
banyakkan mencuba sesuatu yang baru semasa kerja..
kita akan nampak banyak perubahan,
sekaligus meningkatkan posibbility of work improvement..
tak percaya cuba buat..

amaran!!
post di atas hanyalah untuk tujuan baik sewaktu bekerja..
selain dari waktu bekerja,
atau tujuan2 tak baik,
jangan gatal nak cuba2..

contoh:
"aku tgk bumper minah nih macam lembut jer..
bendul kata belum cuba belum tau..
meh aku cuba pegang tgk, lembut ker dak.."

sebelum minah tu kompang kepala korang,
aku kompang kepala korang dulu..

Thursday, August 20, 2009

Who will come to save the day..?

korang tau cerita batman dak..?
mesti tau kan.. (sapa tak tau, sila beredar dari muka bumi ini..)
rata2, citer batman tu,
biasa lah hero lawan villains kan..
semer citer super hero macam tu..

cuma apa yang aku tertarik dengan citer batman nih,
ialah persekitaran Gotham City tu..
masalah sosial,
jenayah sana sini,
rasuah di kalangan orang besar2,
ada polis baik, ada polis jahat..
memacam la kan..

dulu kecik2,
masa tgk citer batman nih terasa teruk sungguh la Gotham City tu..
pernah jugak terasa,
nasib baik la malaysia nih tak macam tu..
dah la takder super hero..

tapi bila dah besar nih..
pikir2 balik..
rasa macam sama jer malaysia nih ngan Gotham City tu..
beza nyer super hero jer tader..

mana tak nyer..
masalah sosial tu dah tentu..
jenayah of course berleluasa..
rasuah di kalangan orang besar2, baca surat kabo lu pikir la sendirik..
polis baik byk, polis jahat lagi banyak..
(sesapa yg kena mengena ngan polis,
anggap jer la korang termasuk dalam golongan polis baik tu.. hahahaha..)

just imagine,
depan kilang aku jer berlambak2 kedai no ekor haram,
tader sapa amik tindakan pun..?
kat pekan tu,
berlambak2 kedai urut (or kedai "urut"..),
lulus ker lesen..?
pernah ler dengo bebaru nih kena rush,
aik, esok lusa bukak balik..?

yang paling sempoi,
baru2 nih, aku gi main snooker ngan member aku,
masa nak balik, nak kuarkan keter tak buleh,
pasal ada lori punggah barang hadang keter..
so, kitorang tungu la sampai lori tu abih punggah..
nak tau apa dia punggah..?
mesin judi yang bapak besor giler..
tgk jam, baru kul 2:30 petang..
amboi.. berani nyerrr..
siap orang ramai kerumun nak tgk,
takder rasa takut lak tokey2 tuh..
poket byk duit kot..
bayo la saman sejuta kali pun, tak luak kot..
ker, dah terkunci mulut sestgh pihak..?
sapa yang berkuasa sebenonyer nih..?

aaaa... aku tau kenapa jadi macam tu..
pasal kita tader super hero la kan..
kalo ada hero macam batman, mesti dah tader dah benda2 mungkar tu..

ada sesapa berani nak jadi super hero..?

opssss.. sorry, let me re-phrase..

ada sesapa nak jadi super hero yang berani masuk ISA..?

Tuesday, August 11, 2009

Some lesson..

end 1995,
i was a part time store keeper at a supermarket..
i've learned that sometime people trust us to manage their things,
but sometime we appear to destroy other people's things..

mid 1998,
i was a part time dish washer at a hotel..
i've learned that nobody want to eat/drink using dirty dishes,
but sometime our meal leftovers are causing other people get hard to clean it..

end 1999,
i was a part time paper boy..
i've learned that people need us to bring the daily news to them,
but sometime we spread rumors, telling lies and ask peoples to believe us..

somewhere in 2000,
i was a part time operator at a factory..
i've learned that speedy is needed to increase capacity,
but sometime we end up delaying all our work..

mid 2001,
i was a part time cleaner at a theme park..
i've learned that clean environment attract people to us,
but sometime we contribute in earth pollution..

end 2002,
i was a part time worker at a workshop..
i've learned that proper maintenance on vehicle is needed to remain safety,
but sometime we think it is a waste of money to change our car/bike light bulb..

summer 2003,
i was a part time tutor at a tuition centre..
i've learned that students depend on us to earn good lesson,
but sometime we teach poor lesson to peoples..

from 2004 until now,
i am a normal worker for my company,
despite of my position,
i've learned, learning and will learn many good lesson in life..
but sometime i feels that some doesn't.. (me too actually..)
they don't get the chance to learn,
or they don't want to,
or just, they will never learn..

when do we start to learn..?

Saturday, August 08, 2009

Too little though..

I'm still in office..
already 8:00pm now..

rasa nak balik..
nak balik sangat2..
dah tak mampu dah..
ari ni satu ari jadik operator mesin,
pasal byk delivery sangkut..
opreator lak tak cukup..

teringat sebelum kawin dulu..
balik kejer kul 11 malam..
jaga mesin ngan operator2..
balik kejer, lepak makan ngan diorang..
then gi karaoke..
best giler..
pastu kul 2-3 pagi rasa tak leh tdo,
gi kilang balik tgk operator wat kejer..

skang nih,
buleh ingat jer la..
yang tgh dok ada lam kepala,
yana ngan naufal tak makan lagi..
kena gi beli dinner,
then makan sama2 ngan family..
then main ngan naufal or tolong yana wat kejer..
then kemas2 katil, bentang tilam naufal..
tgk tv kejap, kul 11 mata pejam..

4-5 taun lepas, kul 11 baru balik kejer..
sekarang, kul 11 dah pejam mata..

hmmm.. takleh nak imagine apa nak jadi 20-30 taun lagi..
naufal lak balik kul 8 beli dinner untuk aku ngan yana kot..
huhuhuu...

p/s : sampai kena balik kejer lamat baru leh update blog..
iskkk.. sampai macam tu sekali..

Wednesday, August 05, 2009

Manusia mati tinggalkan pangkat..?

pangkat..
pangkat penting ker..?
penting la kot..
tan sri, dato', datin, manager, advisor, engineer bla bla bla..
operator pun pangkat jugak..

pentingnya pangkat mungkin hanya pada tujuan asal pangkat tu diberi..
just untuk kita tahu siap yang patut bertanggung jawab,
atau empunya pangkat tahu tanggungjawab dia..

tapi..!!
kebanyakan kita menafsirkan pangkat lebih dari tujuan asalnya..
kita dah mula menafsir,
pendapatan seseorang dengan pangkat..
cara hidup seseorang dengan pangkat..
perangai seseorang dengan pangkat..
mentaliti seseorang dengan pangkat..
dan byk lagi..

"alaaa. dia ni manager, mesti gaji 6-7 ribu punya.."
"kalo dah nama ADUN tu, mesti kaki joli punya.."
"mana ada anak datuk tak berlagak..? semua berlagak tau dak.."
"dah nama prebet, bodoh la tu.. takat SPM jer tau.."

biasa la jugak dengar ayat2 kat atas kan..

hmmm..
bagi aku, pangkat tu tader aper2..
tanggungjawab dipikul tu lagi penting..
kebolehan dan skill is the most important..

biar lah prebet, tapi lagi sharp shooter dari mejar..
biar lah operator, tapi gaji lepas campur overtime lagi banyak dari supervisor..
biar lah kerani, tapi lebih jujur dari manager..

tolong jangan nilai pangkat..
kepada yang menilai aku dengan pangkat,
please stop it..
i kill u if i know u do it..
korang ingat aku engineer,
aku tak boleh jalan mesin..?
aku buleh cakap jepun,
korang ingat jepun tu bagi increment byk kat aku..?
korang mintak 20 ringgit untuk sesi badminton yang tak tentu aku pegi ke dak,
aku tak bagi, korang nak bising kata aku kedekut..?
(gaji banyak makan sorang2 la konon..)
fu*k off..
tabung anak aku pun aku tak isi 20 ringgit sebulan,
aku nak kasik korang 20 ringgit..

sekian, tensen aku hari ini..

Thursday, July 23, 2009

Cepat lah...!!

Citer ni terjadi beberapa tahun dulu,
masa aku stadi kat jepun..
(iskk.. ada la 10 tahun lepas kot..)

sebelum pegi ke jepun,
dah di ajar perkataan "reigi tadashi",
yang membawa maksud proper manner..
perkataan ni menunjukkan kepada orang jepun yang mempunyai adat,
iaitu adat berbudi bahasa kepada orang lain..

then, masa aku kat sana pun,
mmg nampak la, ke'proper'an adat tu..
hormat satu sama lain..
morning wish tu macam satu kemestian..
"sumimasen" (i'm sorry) takleh lekang dari mulut..
seronok ngan adat tu..

so, bila dah tau benda tu benda baik,
why not kita pun ikut kan..?

satu contoh,
kat jepun biasanya, kalo jalan jem,
orang nak kuar dari simpang tepi jalan mmg tader masalah..
anytime, somebody akan prihatin,
offer kita untuk join the queue..

satu hari, aku tgh drive..
laluan jalan aku tu jem..
slooooooow sangat2..
mmg panjang giler laa jem..
then, belah kiri depan kereta aku,
aku nampak ada sorang mamat nih nak kuar,
bagi signal nak ke kanan.. (nak masuk jalan belah sana la kira..)
so, aku pun cuba nak jadi prihatin jugak..
yer la, mana la tau kalo aku tak kasik dia jalan,
berejam dia kena tunggu, sian plak..

then, keter depan aku mula la berjalan semula..
aku tak la jalan pasal aku nak bagi jalan kat dia..
line sebelah pun tader keter yg datang..
tapi ntah pasal aper, mamat tu takmo kuar..
dia pandang aku semacam jer..
aku pun hon la kat dia,
kasik tau suruh dia jalan..
pun dia tak kuar gak..
aku siap buat action tangan, suruh dia jalan,
pun dia pandang aku pelik semacam jer..

aku mula naik tensen..
aku nak buat baik, dia takmo plak..
keter depan dah jauh dah jalan..
last2, aku bengang, aku hon dia kuat2 sambil buat muka bengang..
baru la dia kuar..
marah la aku kan..
semata2 aku benti nak kasik dia jalan,
tapi dia takmo..

masa keter tu lalu,
mata aku tak lepas2 pandang mamat tu..
sampai la mamat tu lalu sebelah aku pun,
aku dok pandang lagi..
sampai lah ketika keter mamat tu melewati keter aku,
ekor mata aku masih lagi nak tgk mamat tu melalui cermin pandang belakang..

masa tu lah,
baru aku sedar,
belakang keter aku tader keter lain..
aku yang last sekali..

best dak aku..? macam bendul kan..

Tuesday, July 21, 2009

Yang mana satuuuuu, idaman kalbu...?

korang tau dak,
pasal baju pun boleh membuatkan suami tensen..
mana tak nyer,
boleh jem otak suami,

bila suami pakai selekeh, isteri kata
"abang nih selekeh la..!! nanti orang cakap laki sapa la selekeh sangat tu.. malu tau tak.."

bila suami pakai biasa, isteri kata
"asyik2 baju tu, asyik2 baju tu.. baju raya beli banyak2 bukan nak pakai.. rugi duit ja beli.."

bila suami pakai smart, isteri kata
"haaa..!! tu pakai lawa2 nak pi mana tu..? dah la hensem, pakai lawa2 satgi marka usha, berkenan plak..!!"

hmmm.. bogel jer boleh dak..?

Monday, July 20, 2009

All apologies..

Dear all..

mmg lately tak der hapdet..
byk idea..
tapi bila duduk depan pc,
start jer nak tulih,
mula la orang tu orang ni datang mintak wat kejer tu kejer ni..
then mula la ilang mood..

taper laa..
sendirik pun dah rasa blog nih makin teruk..
so, rasa macam nak berazam la plak..
start next week,
nak try hapdet sehapdet yg mungkin..
nak carik jugak masa..
nak try wat macam pocket suruh,
hapdet siap2 kat umah,
then sampai opis just copy paste jer..

so, till then..
ari ni pun tak dapat nak hadap pc lebih dari 15 minit..

Friday, July 10, 2009

Mulut ku cukup masin..?

"mak.. nanti li kahwin, li takmo bagi wife li kejer.. bio dia dok umah jaga anak.."
"kamu takleh cakap macam tu.. mana tau dia ada ati nak bagi duit kat mak bapak dia ker.. kamu kena bagi dia kejer kalo dia nak.."
"tak kira.. li taknak anak li nanti indon ker sapa ker yg jaga.. bio mak dia jaga sendiri.."

mmg aku penah cakap macam nih beberapa tahun dulu..
hmm.. 7-8 tahun dulu kot..
masa tu, mmg aku bermaksud sgt dengan apa yg aku cakap..
dan selepas 3 tahun aku kahwin,
mungkin dah jadi kenyataan..

masa aku cakap ayat kat atas,
of course, tak pernah terfikir pun yang aku akan kahwin ngan yana..
tolak tepi aku tgh kawan ngan sapa masa tu,
tapi aku betul2 serius..
maybe masa tu,
byk faktor yang membuatkan aku cakap macam tu..
pertama, pasal masa tu byk kes anak kena dera ngan pembantu umah..
then pasal aku ingat nanti aku kejer beso,
cukup untuk sara hidup bini ngan anak aku..

hmmm.. alhamdulillah,
skang yana tak kejer pun,
buleh la survive..
naufal pun cukup makan..
kalo sesapa jumpa naufal,
nampak dia kurus jer,
tu buka pasal tak cukup makan,
dia yang takmo makan.. iskkk..


tapi, bila terkenang balik kesusahan dan kepayahan yana nak carik kejer,
rasa macam aku ni dah berdoa la plak..
pasal lepas kahwin,
paling lama yana kejer pun 3 bulan jer..
pastu, mesti benti..
dah byk tempat kejer,
semua takmo lekat lama..
tu belum cakap mintak tak dapat,
kata nak panggil interview, tapi tak panggil..

yana pun sampai dah tensen2,
ajak mandi bunga la apa la..
pikir2 balik,
macam salah sendiri pun ada,
gatal mulut cakap benda bukan2..

tapi cemana pun,
adakah isteri tak kejer itu satu benda buruk..?
atau, sebaliknya lebih baik..?

kalo ada orang yg berfikiran buruk,
terpulang, aku takmo amik tau..
sukati la nak cakap apa pun kan..
bukannyer aku takmo yana kejer..

at least, dia leh tgkkan naufal..
kalo pukul pun, bukan orang lain,
yana sendiri yang pukul..
kalo naufal tahun pun,
bengkak kepala, luka kaki tangan,
bengkak dan luka tu jadi bawah jagaan yana..

just imagine plak,
dulu yana tak pandai masak..
skang nih aku dah sronok makan yana masak..
macam2 lauk dah dia pandai masak..
especially sup sawi dia..
iskkk... simple but out of this world sedapnyer..
satu periuk aku hirup habis.. (serius, tak tipu..)
so, tader la byk sgt aku makan nasik berlaukkan air tangan orang lain..
kalo dia kejer, kurang dia masak,
lagi lebih la lauk air tangan org lain yg aku makan..

byk lagi sebenonyer,
benda yg aku tak akan dapat kalo yana kejer..
dan silap2 boleh membuatkan aku tensen kalo dia kejer..

so, salah ker kalo yana tak kejer..?
pasal aku dah ter"doa" ker,
pasal apa sekali pun,
aku happy..
membuatkan aku terpikir,
setiap benda yang jadi tu,
walaupun buruk di mata orang,
ada hikmahnyer untuk diri kita..

tak gitu..?

Tuesday, June 30, 2009

Laaaa.. Mati dah..

chorus:
Because I'm dead, I'm dead-can't move
(dead dead-really, really dead)
You know I'm dead, I'm dead-y'all know it
(dead dead-really, really dead)
You know I'm dead, Im dead-can't move, y'all know
(dead dead-really, really dead)
And the whole world has to answer right now
Just to tell you once again,
Who's dead...?


mmm.. lirik di atas aku amik daripada lagu michael jackson Bad,
dan aku ubah sikit2 lirik dia ikut suka ati aku..

eh ehhh.. dah mati dah dia...?
hmmmm.. mengenangkan kembali,
betapa sukanya aku kat dia dulu..
masa aku kecik2, skolah rendah,
aku start suka dia pasal lagu "Beat It"..
pastu aku suka dia pasal dia pandai menari moonwalk..
pastu aku suka bila dia nyanyi,
dia selalu jerit, oou..!!..

pastu start dia potong hidung dia,
aku dah jadi meluat..
pasal dia cuba merubah fitrah diri dia..
pastu kuar kes molest budak plak..
pastu melalut memacam..
masuk islam la, apa la..

iskkk..
harta belambak,
hidup penuh masalah gitu gini..
skandal gitu gini..
masuk court kuar court..
saman sana sini..
happy ker..?

tak payah tgk si michael nih la..
tgk jer ahli politik negara kita..
ada yg duit berlambak2..
skandal sana, skandal sini..
fitnah sana, fitnah sini..
happy ker..?

hmmm.. mati dah si michael jackson nih..

Friday, June 26, 2009

Haji bakhil..

"Sekali aku lansing baru kau tau.."
"Bodoh..!! Setan..!!"
"Kau nak mampus ka labuuu...??"
"Labi..!! Mana surat khabar yang aku mintak tadi..!!??"

tu lah antara dialog2 femes haji bakhil dalam siri labu labi..
dan dia jugak femes dengan kebakhilan dan kekedekutan dia..
so, nak cerita pasal kedekut ari nih..

sebelum tu, nak tanya,
penah nampak pemintak sedekah kat tepi jalan or kat pasar malam dak..?
mungkin ada kat sini yang pernah bagi sedekah,
dan rasa aku ramai jugak yang tak pernah bagi kan..?

kenapa kita tak bagi..?
adakah kerana kita kedekut..?
dak kan..?
zakat, sedekah masjid, lain2 sedekah kita ada bagi kan..?

ok laa.. let's straight to the point,
aku nak cakap dari point of view aku..
secara jujur, aku tak pernah bagi..
never..
kecuali yang datang jual tisu or brg2 kecik2 tu,
itu pun case by case..

bukan pasal aku tak kesian,
or pasal aku benci orang2 macam tu..
tapi just pasal rasa macam diorang amik jalan terlalu mudah..
or just let say, tader inisiatif lansung..
kengkadang tu, tader nampak cacat cela kat mana pun,
tapi mintak sedekah..
siap bwk anak ramai2 plak..

taper la, tolak tepi citer sapa yg mintak sedekah tu..
point dia, adakah org yg tak bersedekah pada peminta sedekah itu kedekut..?
kalo la jatuh tahap kedekut,
setiap orang yg berkunjung ke pasar malam kena bagi sedekah kat peminta sedekah,
berapa plak peminta sedekah tu dapat sehari..?
purata 1,000 pengunjung sehari,
seorang bagi 10 sen,
monthly income RM3,000..?
hmmm.. best nyer..

ok la.. jom citer situasi lain plak..
katakan kita dalam satu seminar,
then kita perasan ramai orang tak amik nota apa presentator tu tulih or cakap..
kita pun pikir, lantak lah..
kita pun salin la mana yg mampu..
then, bila dah habis seminar,
semer orang kuar bilik seminar,
cuma kita jer sorang2 pegi jumpa presentator tu mintak copy nota dia..
then dia pun bagi kita semua nota dia hari tu..

the next day, kengkawan semua tau kita dapat nota..
then mula la semua orang rasa nota tu penting dan mintak ngan kita..
kita pun tetiba rasa macam "aper hal lak..?",
kita penat2 gi mintak,
korang masa seminar bersembang tdo segala,
tetiba nak mintak nota yg dapat tu dengan senang2..?
ada sesapa berpikiran begitu..?

ok la.. nota or etc tu ialah ilmu..
ilmu tu datang dari Allah,
kenapa kita harus kedekut kan..?
then adakah Allah izinkan kita dapat ilmu tanpa usaha..?
mengaplikasikan orang lain..?

alaa.. macam kita zaman belajo dulu la...
"weh pocket, satgi turorial fizik hang tanda attendance aku.. then hang tlg salin nota semua naaa.. aku malaih la nak gi tutorial tu satgi.."
"weh pocket, nota kelas english smlm hang ada dak..? aku gi tenet ngan yana kemarin, aku tak mai kelaih.."

buleh ka macam nih..?
kira2 balik,
ada serba sedikit rasa orang2 yg macam nih macam sama jer ngan pemintak sedekah tu..

mungkin kalo kita ada duit lebih,
orang mintak sikit, kita tak bagi,
pun case by case takleh kata kita kedekut..
tapi bab ilmu nih,
selalu kalo kita takmo share ilmu,
orang akan kata kita kedekut ilmu..

kalo ikut case di atas,
kedekutkah kita..?
"haji bakhil"kah kita..?

Monday, June 22, 2009

Sori, nak berlagak kejap..

Korang ingat dak post ni..?

pocket yang tag dulu,
suruh tunjuk workdesk..
pastu dia ada komen kata monitor aku ganash..

post ni, nak citer pasal monitor tu la..
dia dah rosak, isk isk isk..
lama dah jugak la, ada dlm 2 bulan..
tetiba dia padam, kena tutup n bukak suis beberapa kali,
baru dia elok..
memula tu bukak tutup 3-4 kali dia dah ok..
bebaru nih, 50 kali pun takmau elok..
kena biarkan dia gelap selama lebih kurang stgh jam,
baru dia elok lepas 4-5 kali tutup bukak..

dah lama dah la mengadu kat IT officer tu,
dia kata nak replace kena tunggu jepun approve..
kalo nak guna, guna yg stock opis yg gedabak tu ada la..
isk isk..
tak ganash dah la monitor aku..

tapi akhirnya, semalam,
pengganti monitor aku dah sampai..
ni dia..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


lagi ganash..!!!
muahahahahahah..
aku sukerrrr...

tapi sebab terlalu lebar ke tepi,
sakit mata la plak..
gambo pun semer jadi lonjong ke tepi bila buat full screen..
advice anybody..?


sori le pocket,
terberlagak kejap..
yappari kompeni aku lagi besh..
ahahahaha..
nanti ada kejer kosong sini, aku kabo..

Thursday, June 18, 2009

Whatcha gonna do..?

Korang tau dak "lumbar puncture"..?
bahasa malaysia nyer,
amik air tulang belakang..

rata2, orang akan gerun bila dengo amik air tulang belakang nih..
aku pun gerun jugak dulu..
dulu..?
kenapa tak sekarang..?
camni cerita nyer..

naufal dulu amik air tulang belakang gak..
masa tu umur sebulan lebih kurang kot,
dia kena jangkitan kuman kat perut..
dah memboyot dah perut dia..
doktor kata takut jangkitan pegi ke otak,
so, kena check ler kata doktor..
aku kata nak check, check la..
pastu dia bagi tau aku kena amik air tulang belakang,
dan suruh aku sain form membenarkannya..

gila ketar tangan nak sain..
cakap kat doktor, nak konpom ngan parents dulu..
doktor marah, dia kata kenapa nak tunggu lama2..?
menda nih kena buat cepat..
then, blur2 punya pasal,
terus sain..
lepas sain baru tepon mak ngan bapak bagi tau..
of course diorang risau..

besok nyer, kat opis, buka internet,
check pasal amik air tulang belakang nih..
memula tak tau vocab english,
taip jer ayo tulang belakang kat yahoo search tu..
tgk2, memacam cerita tak elok yang keluo..
jadik lumpuh la, jadik cacat la, memacam..
gelabah la jugak..
sampai la aku bukak satu page tu,
one doctor cerita pasal benda nih..

lepas baca artikel dia,
baru lah lega sikit..
cuma ada sikit takut,
mengharapkan kuman tak infect otak lagi..

base on cerita doktor tu,
rupa2nya, orang yg jadi lumpuh, cacat etc tu,
pasal lambat amik medication..
tau yang otak kena infection pun dah lambat..
jadi lumpuh or cacat tu bukan pasal amik air tulang belakang,
tapi pasal kuman dah jangkiti otak terlalu teruk..
tu yang doktor kat hospital tu cakap kat aku kena buat cepat..

malam tu,
aku gi hospital balik, doktor takder..
the next day baru aku jumpa doktor tanya pasal naufal..
doktor kata ok..
kuman cuma infect perut,
bagi antibiotik buleh ok..
kuman tak infect otak lagi..
so, air tulang belakang naufal yang diorang amik tu pun jernih elok jer..

jernih..?
doktor kata, kalo takder infection,
air tu akan tetap maintain bersih dan jernih..
kalo yang dah infected tu,
dia akan bertukar jadi kuning or keruh(?)..
masa tu dah lambat dah kata doktor..
term tu dipanggil meningitis,
jangkitan kuman/bakteria pada otak..

doktor kata,
bila dah jadi macam tu, susah nak cure,
at the end, ramai yang end up lumpuh or cacat..
bila jadi macam tu, orang salahkan hospital..
kata cacat tu disebabkan oleh amik air tulang belakang tu..
actually kalo tak amik pun jadi serupa tu jugak..
kalo early stage otak kena jangkitan,
some cases boleh cure lagi kata doktor..

then baru la aku teringat masa aku nak sain borang tu,
doktor kata kena buat cepat..
rupanya lepas aku sain tu,
the next few hours diorang dah proceed dah..
amik pun tak banyak kata doktor,
setitik dua jer..

doktor kata lagi,
orang malaysia ni ramai lagi yang tak tahu pasal prosedur nih..
orang takut nak buat pasal takut jadi cacat..
lebih suka berubat kampung kata doktor..

so,
camtu la cerita dia..
prosedur ni ada side effect ke tak pun aku tak tau..
nak tanya naufal nanti,
tobat dia tak ingat punya..
aper2 hal,
korang rujuk la kat wikipedia yang aku bagi kat atas tu..

bukan apa..
mana la tau satu ari nanti,
orang terdekat kita kena buat prosedur nih..
menggelabah pulak..
kalo cukup pengetahuan pasal benda nih,
insyaAllah, tuhan pun tunjukkan jalan kat kita..

harap2 post aku nih buleh membantu sesaper..

Wednesday, June 17, 2009

Another sweet memories.. (Melaka day 2 : Last day)

Ahaaa.. samung balik post lepas..
ari ke dua tu ari majlis lah..
kitorang terperap kat apartment sampai kul 11:30 pagi,
then tetiba semer jadik kelam kabut pasal kul 12:30 dah kena sampai dewan..

disebabkan memasing dah tau jalan nak ke dewan,
aku dengan bangga nya merempit sepanjang jalan nak ke dewan..
nasi baik ada trafik lait byk,
kalo dak, mesti 5 minit udah sampai.. (tipu tipu..)

dah sampai dewan,
aku kena usung bunga paha plak masa bawak pengantin masuk dewan..
nasib baik ada orang sambut kat pintu dewan..
kalo dak, harus aku lemparkan dalam longkang pasal berat menatang tu..

then apa lagi,
sibukkan diri snap2 gambo pengantin laa..

pengantin yang megah bersanding..


budak pengiring yang megah dengan bunganya..


tindakan berani aku menghampiri pelamin,
walaupun cuma bersenjatakan N73,
padahal orang lain sema pakai SLR..


bapak pengantin pempuan (bapak aku juger) sedang menepung tawar..


mak pengantin pempuan (of course mak aku juger) sedang memeluk anaknyer..


adam : kenapa pengapit pempuan tu lambat sangat bubuh nasik ayang..?
awin : alaa.. sabo la yang.. dia pun nak kedarah jugak..


ini bukan iklan ubat gigi atau iklan chewing gum yer..


adam : ayang dah kenyang nih, cemana nak habihkan nasik nih..?
awin : alaa.. ayang purak2 pegang sudu n garfu, satgi derang panggil, kita blah laa..


adam : ayang, pengapit ayang tu nak mintak kek sikit la tu..
awin: alaa.. ayang kan ada keris.. dia rapat seinci lagi, ayang tikam dia..


adam : ayang jangan la garu2 tangan ayang nih.. geli laa..
awin : ala.. taper.. kek nih lindung, orang tak nampak..


akhirnya,
aku menjelmakan diri dalam post ini..


then habis la waktu kitorang di kenduri..
sampailah masa untuk balik..
lepas salam2 lebey kurang,
betolak lah kami ke banda hilir,
nak jenjalan..
ntah cemana, abang long tersilap simpang,
maka secara tak sengaja kami terlalu depan stadium hang jebat nih..


susah gak nak sampai ke banda hilir..
atau pasal kami 1st time nak ke sana..
jalan byk one way..
benti la tanya jalan kat sorang apek tu..
dia baik ati nak offer tunjuk jalan naik moto dia,
tapi kena bagi duit kopi katanyer..
cilaker punyer apek..

akhirnya sampai jugak banda hilir dengan bantuan GPS henset lan..
ntah hapa2, dari mula takmo bukak GPS..
kedekut la brapa sen duit connect ker satelit tu..
kitorang paking sebelah balai polis..
turun jer keter, menderu abang2 beca datang mengofer beca derang..
sementara tunggu mak ngan bapak yang sesat,
derang sema naik beca,
tinggalkan aku keseorangan..
(mimi pun tak naik, tapi dia gi toilet..)


sayup2 aku nampak kapal portugis beso,
muzium kapal kata diorang..
malas nak gi sorang2, aku snap jer..
saja snap ikut celah2 pokok..


lepas derang semer naik beca,
derang ajak naik bot plak, river cruise..
nasib baik tader sewa kapal tebang, kalo dak mesti nak naik gak..
maka bersiar2 lah kami dalam bot tu selama lebih kurang 45 minit,
mengelilingi bandar melaka tu..



turun bot, gi shopping jalan2 carik makan plak..
aku tak tau nak beli aper,
tapi still kena ikut jer ke mana diorang pegi..
tolong tangkap gambo la,
ikut jer laa..

ada satu tu, aku nampak dia tulih,
"Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka"
tapi kenapa nampak macam baru jer bang..?


tak jauh dari kincir air tu,
ada satu tapak excavation,
diorang tak habis gali lagik..
ini baru la betul nampak real..
betul2 punya tinggalan sejarah..


aku pun pasti benti tangkap gambo,
pasal aku plak yang ralit shopping..
tak beli apa pun..
beli baju kat naufal n yana jer..

petang tu, kitorang bertolak balik,
tak balik pun lagi,
singgah umah wanteh dulu kat bandar mahkota, bangi(?)..
mandi n makan lebeh kurang,
then semua wat keputusan nak balik malam tu jugak..
kalo diorang nak tdo situ pun,
aku tetap nak balik..
pasal umah wanteh ada bela kucing,
dan aku mula bersin2 dan gatal2 muka..
bertambah2 sakit la aku yg sedia sakit nih..
diorang sembang kat dalam lepas makan,
aku lepak kat luar sorang2..


sampai umah kul 4 pagi..
adoiii.. nasib baik ahad..

sekian saja trip 2 hari ke melaka..

semoga anda terhibur ngan post dan gambar yg tak berpa menarik nih..

Tuesday, June 16, 2009

Another sweet memories.. (Melaka day 1)

Jumaat lepas,
awal pagi kitorang bergerak ke melaka,
untuk majlis kawin awin belah adam plak..

aku ngan mimi tompang keter abg long,
kitorang gerak pagi kul 7:30..
plan jumpa rombong dari sitiawan kat R&R Tapah..
(alaa.. diorang pun 2 keter jer..)

sampai kat R&R Tapah,
diorang semer dah sampai,
tgh breakfast..
kitorang pun join breakfast..
bapak belanja punya pasal,
ni ler breakfast aku..


then, masa nak sambung gerak,
sian kat bapak kena bawak keter,
so aku pun offer la diri nak drive,
suruh bapak rilek..
jauh jugak melaka rupanya..


next, benti kat R&R Seremban plak..
benti kencing jer..
aku pun kencing jugak..
kan ker toilet R&R ada bubuh nombor kan..
korang tau dak aku slalu kencing / masuk toilet nombor berapa..?
cemana pun, mesti nak carik no 17 jugak.. hehehe..


sampai melaka (exit simpang ampat) dalam lebey kurang kul 12:30..
nih 2nd time aku kat melaka..
walaupun 1st time tu masa aku umur 9 tahun,
ada la dalam 21 tahun lepas..


kitorang terus menuju ker rumah adam,
kat taman paya emas..
sampai2 jer, duduk sat,
diorang serve lunch, byk gak lauk..
masak asam ada, masak lemak ada, cencaluk ada..
aku dok tibai masak lomak siput sodut..
humak ai, sodap botoi..


lepas makan, bergerak pegi umah cikgu aishah plak,
nak amik telur rebus untuk buat bunga paha..
masa tu mmg dah ting tong kepenatan dah..
tapi pasal terpaksa stick to the plan,
ikut jer laa..
sampai situ diorang jamu bihun goreng, bihun sup, kuih koci segala..
makan lagi..
tapi aku tak makan pasal perut aku kecik..
dan aku dah penat n pening lalu aku pun mula buat perkara yg tak pernah aku buat..


dah setel kat umah cikgu aishah tu,
baru lah bergerak ke apartment tpt tido kitorang..
kat a famosa resort..
lega jer rasa bila dah sampai..
buleh la rehat2 sambil menikmati pemandangan tak berapa indah sekeliling..
tgk kanan nampak nih..

tgk kiri nampak nih plak..

dan tgk bawah, nampak kecik jer..


ingatkan dah sampai situ leh la rehat2 tdo ker aper ker..
rupa2nya diorang nak gi jenjalan plak..
iskk.. sempat mandi jer..
baring pun tak sampai 10 minit..
terus siap2 kuar..
diorang nak gi jalan pekan melaka..
tapi sebelum kuar a famosa tu,
ada cowboy town plak..
singgah ler situ dulu..
ada orang menari2 nampak kat depan tu..
rupa2nya, cowboy pempuan yang sebenarnya lelaki yang menari..

tak percaya..?
tgk yang nih.. yang tengah tu jer lelaki sejati, mimi adik aku..
kiri dan kanan tu pikir la sendiri..


lepas setel tgk "awek2" tu menari,
kitorang gerak menuju ayer keroh..
masa tu dah gelap dah..
kul 8 lebih kot..
tgk2 keter abang kona kiri masuk zoo melaka..
zoo malam malan nih..? nampak ker..?
rupanya diorang mmg ada zoo malam..
ikut jer laa..
sampai kat kaunter tiket,
aku nampak sign nih..
pedulik aper aku..


demi mematuhi syarat2 yang ditetapkan pihak zoo,
dan demi mengelakkan dihumban masuk ke dalam kandang rimau,
aku pun tader la tangkap gambo aper pun masa dalam zoo tu..
mmg gelap jer pun..
tak nampak apa kalo tangkap kecuali gambo aku merapu nih..

kepada pihak zoo melaka,
sila bayar royalti kepada saya,
kerana mempromosikan zoo anda secara tidak lansung..


kuar zoo melaka,
gi carik makan plak..
ingat dekat2 situ jer,
rupanya patah balik ke a famosa tu..
lagi stgh jam drive..
kuar balik exit simpang ampat,
jumpa jer kedai makan, terus singgah..
cepat2 aku amik order,
tak makan byk pun, aku order sup cendawan ngan nasik putih jer..
lincin habishhh...


dan ini desert lepas dinner aku..

dah seminggu aku demam korang tau takk..!!

TO BE CONTINUED..

Monday, June 15, 2009

 
You will never learn... - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger