Smart together, not fart together..

Dalam kerja,
ada orang atas dan orang bawah..
tak semestinya orang atas jer yg kena bijak,
orang bawah kena 'pijak'..

orang atas bertanggungjawab mendidik orang bawah,
supaya menjadi bijak..
kalo boleh, biar sama bijak..

takut nanti orang bawah 'pijak' orang atas..?
hmmm.. aku tak rasa macam tu..
sebab, org atas menggunakan kebijakan dia untuk kerja dia,
dan orang bawah jugak menggunakan kebijakan dia untuk kerja dia sendiri..
orang bawah bijak pun,
tak semestinya dia leh clearkan kerja bos dia kan..?

tujuannyer ialah,
bila sampai satu masa,
kebijakan org bawah ni lah yg boleh menyelamatkan org atas..

kalo nak dihuraikan panjang sangat..
just aku storykan satu cerita,
cerita yg maybe korang pernah dengo sebelum nih..

ada seorang CEO yang berjaya,
selalu dipanggil untuk memberi ceramah motivasi,
agar menjadi panduan kepada orang lain yg turut ingin berjaya..

satu hari, dalam perjalanan dia untuk bagi satu ceramah,
dia bagitau kat dreba dia,
dia dah bosan cakap benda yg sama ngan orang,
dan meminta agar dreba dia yg berpura2 jadi dia untuk bagi ceramah..

dreba dia menolak, dengan alasan dia just dreba,
nak cakap macam mana..
CEO tu kata, dia yakin selama dreba tu ikut dia bagi ceramah,
dreba tu pun dah tau apa yg dia slalu cakap, cara dia cakap etc..
so, dreba tu setuju..
dan bertukar tempatlah CEO ngan dreba tu..

sampai saja di tempat ceramah,
dreba tu terus saja meneruskan tugas CEO tanpa sebarang cacat cela,
sambil CEO yg berlakon menjadi dreba tu tersenyum di tepi dewan..
org ramai pun tak syak apa2 pun..

habis jer ceramah,
semasa sesi soal jawab,
semua soalan dapat dijawab dengan senang oleh dreba tu,
berkat pengalaman dia ngan CEO tu..

nak dijadikan cerita,
ada seorang hadirin mengemukakan soalan,
yg paling susah, yg belum pernah ditanya sebelum ini..
CEO tu pun terkejut,
takut pecah tembelang dia..
akan tetapi,
dengan tenang dreba tu berkata,

"alaaa.. soalan macam nih, saya bagi dreba saya jer jawab.."

see, rugi tak kalo kita sama2 bijak..?
best kan..

Monday, October 18, 2010

Wakena beb..

Korang pernah dak terpikir,
sebelum korang buat sesuatu benda yg tak biasa korang buat,
sesuatu kecemasan yg tiba2 terjadi,
"durian runtuh" yg ada tiba2 dapat,
berkebarangkalian telah pun di set up untuk anda..?

alaaa.. macam style citer wakena beb tu la..
mula2 kita mati2 percaya benda2 mmg terjadi,
at the end, sebenonyer kita kena main jer,
or ada org nak kenakan kita..

tu ok.. just kena main or terkena..
tapi how about dengan org yg nak perangkap kita..?
pernah dak terpikir sesuatu perkara yg "tak berapa bagus" yg kita nak buat tu,
macam ada orang nak perangkap jer..

pernah dapat panggilan daripada awek yg kita tidak kenali..?
tetiba ajak sembang la, nak kenal laa..
memandangkan kita nih jenih peramah jer,
aci nak layan jer,
tup tup girlfriend kita sengaja set kan kawan dia,
just nak tgk action kita..

so, konon nyer kalo kita tolak benda yg di"offer",
kira rugi lah..
tapi kalo kita proceed, kena perangkap la plak kan..?

dalam konteks kerja sebagai contoh,
buyer ngan supplier..
deal macam biasa, tetiba jer supplier offer "komisyen",
sebagai tanda terima kasih kita keep deal ngan dia..
kalo tgk pada amount, masyuuukk..
tapi, sekali kita kata ok,
terima habuan pertama,
the next day bos panggil masuk bilik..
haaaa.. cemana nak buat..?
makan tak habih wooo..

pastu lak jenih yg perangkap member2..
kengkawan saja nak trap kita,
tgk kat belakang dia kita ngumpat dia ker dak..
dia pun umpan la sorang mamat nih,
ajak kita sembang pasal kawan kita tu..
baik punya sembang, terkeluar la segala apa yg kita dok pendam selama nih..
sok nyer, konpom kawan tu masam muka ngan kita,
tau dah perangai kita yg suka ngumpat kat belakang..

bukan ler kata kita nih sebelum buat benda jahat kena pikir dulu..
at the first place, benda jahat nih takleh buat..
well, manusia..

curiga is tak bagus..
tapi perasan dak,
curiga tu la yg kadang2 boleh menyelamatkan kita..
daripada kita buat perkara2 tak berapa baik tu secara tak sedar,
kita akan berhati2, pikir panjang2..
walaupun niat kita tak buat tu bukan pasal benda tu tak baik,
cuma sekadar kita takut kantoi or kena perangkap,
better dari kita buat..

ada org pernah cakap kat aku,
apa la yg aku pikir bukan2 sangat,
buat jer..
org lain buat tak kena pun..
yer la.. org lain buat kena..
masa kita buat la yg nak kena tu..

wakena bebbbb..

pernah kena perangkap dak kengkawan..?

Wednesday, October 13, 2010

Need a refreshment..

It was the third new year celebration since past 3 months..
Awal Muharram for muslims in dec 09,
January new year for peoples around the world,
and CNY for chinese this month..

me..?
i'm still here,
same work place,
same house,
same yana n naufal,
n of course, the same me..

but,
same work place with different work load..
same house with that need new decoration..
same yana n naufal who need more attention from me..
same me, but need a little bit refreshment..
(for those who understand, it's like when you want to say "勘弁してくれよ~。。")

never say bored of your life..
never say bored to your work..
never say bored to your house..
never say bored to your family..
and never say bored to yourself..
you got all above in your head,
then you may end up your neck hanging from the ceiling.. (nauzubillah..)

it just a part of the hurdles you need to jump over..
just keep remember,
you think your life sucks, others one worst..
you think your house is hot, others are homeless..
you think you work more than you've been paid, others collect bottles for dimes..
you think your family not fun enough, babies neglected everywhere now..
you think you hate yourself for being you, try be others..
you'll regret it..

so,
for those who still getting down,
even after 3 new years,
let's cheer up,
refresh yourself,
jump up high and clear those hurdles with the same you..
the more hurdles you jump, the more you'll get better..

byeee...

Tuesday, February 16, 2010

Malas..

Dok tengah cuci2 mailbox,
terjumpa satu email,
mungkin masa aku baca, aku tgh sibuk,
tak sempat nak forward kan pada yg lain..

since hari nih dah malas nak update,
aku copy paste jer la isi kandungan mel tu..
mungkin berguna untuk dijadikan panduan pada sesapa..
gambo yg ada attach dalam mel tu,
aku tak boh kat sini..
pasal ada readers yg pregnant, sensitif dll..
kang lansung tak jenguk dah blog aku..

ni ha benda nyer..
baca la yer..

Cecair Mayat disedut sebelum diterbangkan (US Law)Tazkirah

Menarik utk dikongsi bersama...

Assalamualaikum w.b.t.

Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolatkan. Yang saya nak utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US, hatta ada juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka,ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.

Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal (US lah!).

Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah...

Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat.

Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.. Bila nak bawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles , maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya.

Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground).

Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu
siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika simayat itu dikebumikan di US, bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2.

Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya. Ada
waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini diAmerika..?!". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya.

Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi. Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.

Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar.

wallahua'lam bissawwab...

semoga leh dibuat panduan..

p/s: sapa nak gambo, leh bagi email add, nanti aku anto..

Wednesday, November 11, 2009

Jodoh, jangan diperbodoh..

ingat nak komen jer kat pocket's post,
tapi rasa macam nak jadi panjang,
and thinking why not i just put it as a post of mine..
bukan nak tiru idea yer..
cuma rasa macam tajuk nih boleh dikongsikan pendapat dari ramai orang,
untuk panduan sestgh org..

bila kata pasal jodoh,
org yg belum kahwin jer yg takut jodoh dia tepat atau tidak..
tapi bagi orang yg dah kawin,
baru ler dikatakan "dah jodoh, nak wat camner.."

how to know he/she is the one for you..?
well, you never know until you tie the knot..
and, even if you tied it, then you realized he/she is not the one,
it's still called jodoh..
as pocket said,
it's written up there..

let me speak the story of mine..
(tetiba cakap omputih lak..)

i used to look for the best one for me since i'm 18..
used to cry for them, each time they left me..
well, others said, "dah tader jodoh, sudah laa.."
even i knew that she was the one..

but i never made it, finding the right one..
once, about whole world knew i was destined with this one girl,
kept saying i will marry her,
still, she is not the one..

i never thought i will live my whole life with yana..
until that moment of this..
i knew it will be a tough journey for me..
if you read the MFB series, you'll know..

but still then, i never thought yana is the wrong one..
she is the best one for me..
i hope in the other life, she will be my angel in heaven..
if it's not her, i won't have this life i'm enjoying,
and the most improtant, i won't have this naufal boy..

we hope for the perfect one,
but you will never get one..
you will only get the best one for you..
and again, you will never know it until you tie the knot..

even if somebody said "jodoh boleh diubah..",
actually it's not jodoh which can be changed,
it's the choice of with who you want to be tied with..
and again,
your jodoh is already written up there..
it will never change..
maybe we need some alteration on the sentence itself..
how about,
"pasangan boleh diubah..",
"pasangan hidup boleh diubah..",
"bakal isteri/suami boleh diubah..",
etc..

but let us think,
if you keep saying above sentences,
what people will think of you..?
play play aaa..?

even in islam, there is not such thing as berchenta sebelum kahwin..
you married him/her without knowing each other before,
you can only berchenta after the first time you met him/her,
and he/she is your jodoh for your whole life....
how's about that for us in this 21st generation..?
don't say it sucks,
it meant to be like that in the first place..
islam's ways of life are never wrong..
but how's about that..?
we keep looking for our jodoh out there,
which we will never find it..

i'm sorry..
not intend to get emo in this particular case..
some even said to me,
"why did you chose yana when you can get better..?"
then, i put it back to them faces,
"how do you know that i will get all the happiness of life when i'm with yana, if i get marry with other girl..?
everybody sucks at own life..
everybody will still sucks the other way if they married others in the first place..

one word..
BERSYUKUR..

Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan (nasib)
sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan
(nasib) mereka sendiri”. (Ar-Ra’ad:11)

Thursday, November 05, 2009

another one to think of..

rabu lepas,
masuk kejer lamat sikit pasal nak gi bank buat roadtax..
kul 10 setel,
ingat ada lamasa stgh jam lagi kot before masuk opis,
gi basuh moto dulu..

ada one place yg aku biasa basuh motor..
aku suka basuh situ pasal dia basuh betul2..
tader cincai2 punyer..
sampai jer situ, apek tu tgh siap2 bukak kedai..
pekerja dia pun tader lagi..
aku letak moto,
then duduk kat kerusi baca paper..

apek ni dulu dia gemuk,
tapi suddenly jadi kurus kering,
tak tau la pasal per..
sakit ker,
ada masalah ker, tak tau laa..

abih jer siap basuh,
aku pun gi amik moto..
bukak wallet, alamak...
duit kecik tader, semer 50 inggit..

bagi sekeping kat apek tu,
mentioning yg aku tader duit kecik..
then apek tu refuse nak amik,
dia kata bayar la bila2 pun takper..

aku lak refuse..
aku suruh dia tunggu kejap,
aku gi tukar duit..
then dia cakap kat aku..

"kawan.. tak payah baya dulu laa.. nanti ada duit baru lu datang bayar.. wa amik lu punya duit 5 ringgit pun wa bukan boleh jadi kaya.. lu mau mai baya balik nanti mai balik.. lu tak mai pun takpa.. lu punya 5 ringgit tak boleh bikin wa jadi kaya pun.."

aku tersentak jugak dengo apek tu cakap macam tu..
rasa terinsaf la sekejap..
kengkadang ngan kawan2,
2-3 ringgit pun mintak2 balik..
apek yang tak kenal aku,
lain bangsa plak tu,
buleh cakap macam tu..

aku tak bajet pun apek tu penyokong setia polisi perdana menteri baru..
1malaysia..
bagi aku,
maybe apek tu sekadar mengamalkan hidup macam biasa,
applying the true, real needs and values to be a human being..

Monday, September 14, 2009

Coba coba kena coba, hai hai..

Dalam hidup ni,
especially mengenai kerja kita,
tiba2 sampai satu masa,
kita di beri pilihan,
or kena buat pilihan..

bila masa,
satu pilihan adalah yang biasa kita buat,
satu pilihan lagi tak biasa kita buat..
on paper,
yang biasa kita buat tu dah tentu membuahkan hasil..
tapi yang tak biasa kita buat tu,
walaupun caranya mudah,
ikut logik, macam tak buleh berjaya..
tapi kita tak pernah cuba pun nak buat..

bila jadi macam nih,
apa yang kita buat..?
teruskan dengan pilihan yang biasa kita buat..?
ataupun kita cuba dulu cara yang kita tak pernah buat,
mana tau kita buleh berjaya dengan jalan yang mudah..?

kengkawan..
do try first..
tak ada salah nyer cuba dulu,
demi untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik..
walaupun orang tak biasa buat,
buat jer..
redah jer dulu..
bila dah terbukti tak berjaya lepas kita cuba,
itu baru la namanya gagal..

teori on paper adalah sekadar teori..
orang pun pernah cakap kan,
belum cuba belum tau..

well,
sekadar nasihat untuk kita kongsi sama2..
banyakkan mencuba sesuatu yang baru semasa kerja..
kita akan nampak banyak perubahan,
sekaligus meningkatkan posibbility of work improvement..
tak percaya cuba buat..

amaran!!
post di atas hanyalah untuk tujuan baik sewaktu bekerja..
selain dari waktu bekerja,
atau tujuan2 tak baik,
jangan gatal nak cuba2..

contoh:
"aku tgk bumper minah nih macam lembut jer..
bendul kata belum cuba belum tau..
meh aku cuba pegang tgk, lembut ker dak.."

sebelum minah tu kompang kepala korang,
aku kompang kepala korang dulu..

Thursday, August 20, 2009

 
You will never learn... - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger