Dalam kerja,
ada orang atas dan orang bawah..
tak semestinya orang atas jer yg kena bijak,
orang bawah kena 'pijak'..
orang atas bertanggungjawab mendidik orang bawah,
supaya menjadi bijak..
kalo boleh, biar sama bijak..
takut nanti orang bawah 'pijak' orang atas..?
hmmm.. aku tak rasa macam tu..
sebab, org atas menggunakan kebijakan dia untuk kerja dia,
dan orang bawah jugak menggunakan kebijakan dia untuk kerja dia sendiri..
orang bawah bijak pun,
tak semestinya dia leh clearkan kerja bos dia kan..?
tujuannyer ialah,
bila sampai satu masa,
kebijakan org bawah ni lah yg boleh menyelamatkan org atas..
kalo nak dihuraikan panjang sangat..
just aku storykan satu cerita,
cerita yg maybe korang pernah dengo sebelum nih..
ada seorang CEO yang berjaya,
selalu dipanggil untuk memberi ceramah motivasi,
agar menjadi panduan kepada orang lain yg turut ingin berjaya..
satu hari, dalam perjalanan dia untuk bagi satu ceramah,
dia bagitau kat dreba dia,
dia dah bosan cakap benda yg sama ngan orang,
dan meminta agar dreba dia yg berpura2 jadi dia untuk bagi ceramah..
dreba dia menolak, dengan alasan dia just dreba,
nak cakap macam mana..
CEO tu kata, dia yakin selama dreba tu ikut dia bagi ceramah,
dreba tu pun dah tau apa yg dia slalu cakap, cara dia cakap etc..
so, dreba tu setuju..
dan bertukar tempatlah CEO ngan dreba tu..
sampai saja di tempat ceramah,
dreba tu terus saja meneruskan tugas CEO tanpa sebarang cacat cela,
sambil CEO yg berlakon menjadi dreba tu tersenyum di tepi dewan..
org ramai pun tak syak apa2 pun..
habis jer ceramah,
semasa sesi soal jawab,
semua soalan dapat dijawab dengan senang oleh dreba tu,
berkat pengalaman dia ngan CEO tu..
nak dijadikan cerita,
ada seorang hadirin mengemukakan soalan,
yg paling susah, yg belum pernah ditanya sebelum ini..
CEO tu pun terkejut,
takut pecah tembelang dia..
akan tetapi,
dengan tenang dreba tu berkata,
"alaaa.. soalan macam nih, saya bagi dreba saya jer jawab.."
see, rugi tak kalo kita sama2 bijak..?
best kan..
Smart together, not fart together..
Tukang karut ialah bendul pada 10:07:00 PM 1 bebelan setakat ini
ラベル: bebas, bebel, fun, isu semasa, lawak, mentaliti, nasihat, perangai, psikologi, sembang2
What will you do if..
Sometimes, I do have those imaginations..
It just not like any kids having their imaginations..
to be a spaceman, to create time machines, etc..
or to be in cartoon such as,
peter pan, tinker bell, jack and the beanstalk, etc..
I have those adults imaginations.. (not wet ones, please concentrate here..)
which I think some of you also might have think about it..
Those are crazy imaginations, as anyone will say it crazy..
but let us think together about those imagination which somehow,
might came true..
What will you do if..
1) you're the last person to be on earth and earth was destroyed..
2) you just knew you're adopted by your parents, and your origin was actually somewhere in africa..
3) you just knew that everybody at your workplace hates you, and your boss is trying to kick you out..
4) the car you're driving hit somebody and he died..
5) (for men only) suddenly a girl came to you with a cop saying you raped her..
6) (for women only) you woke up in a stranger's bedroom, naked..
7) you woke up in a morning, realizing all those previous 10 years you are living is only one of your last night dream scenes.. you never graduated, you never have kids, you never met your "wife".. you just 22 years old, in my case.. (i always imagine of this..)
well, we should not think of those bad things,
but you know, just for fun..
what will you do..?
Tuesday, October 05, 2010
Tukang karut ialah bendul pada 9:00:00 PM 2 bebelan setakat ini
ラベル: bebas, bebel, fun, isu semasa, kesian, lawak, mentaliti, psikologi, sembang2
Let's have a break..
Lepas2 blog kena hacked nih,
agak terkesima sedikit untuk posting.. (sekadar alasan..)
apa kata kita main teka teki kejap..
teka la yer..
begini teka teki nyer..
ada 4 sekawan kena tangkap dan di bubuh dalam satu bilik,
disusun kedudukan mengikut gambar di atas..
antara mamat no 1 ngan mamat no 2 ada dinding..
sebelum diorang dipakaikan topi kaler2 tu,
tengkok diorang telah diikat,
supaya diorang tak boleh pusing kepala,
buleh tgk depan jer..
pastu baru lah dipakaikan topi memasing,
kaler ikut gambar kat atas..
means, masing2 tak tau sendiri pakai topi kaler apa..
syarat diorang nak lepas,
salah seorang kena bagitau dia pakai topi kaler apa,
dengan alasan yang lojik..
tak boleh teka2..
ex : "saya pakai topi kaler sekian2 sebab sekian2 bla bla bla.."
mamat no 1 cuma leh nampak dinding depan dia,
mamat no 2 pun cuma leh nampak dinding depan dia,
mamat no 3 cuma leh nampak mamat no 2,
mamat no 4 cuma leh nampak mamat no 2 dan 3..
dan diorang diberitahu, topi merah ada 2, topi kuning ada 2..
dan diorang takleh bercakap selain nak bagi jawapan..
sila jawab..
sila email jawapan kat benazz23@yahoo.com
pastu, kat komen bagitau kata dah ada emel jawapan..
aku nak tgk berapa org leh jawab ngan betul..
kalo tak sampe 3 org,
aku bagi hadiah.. (serius..)
hadiah akan dipos selepas konpom jawapan betul dan dapat alamat untuk pos hadiah..
hadiah apa, sukati aku la kan..
apa lagi, mari kita lihat siapa yg kena...!!
Thursday, October 08, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 8:35:00 AM 4 bebelan setakat ini
Still love the moment..
Walaupun post aku hari tu,
kata yg aku tak berapa nak excited untuk beraya,
still, hari raya is hari raya..
untuk 1st time tahun nih,
org datang beraya rumah aku..
pasal sebelum2 nih,
sebelum raya aku dah bertolak balik ke sitiawan..
brapa tahun dah raya sitiawan dulu..
tahun nih jer raya sini dulu..
so, untuk kali pertamanyalah,
member2 aku datang beraya umah aku..
(kalo tak raya, tak datang nyer diorang..)
selama nih,
tak pernah hias rumah pun..
tahun nih tukar langsir,
tukar sarung kusyen..
beli kuih..
rasa la jugak meriah..
tahun nih tema kitorang ungu..
sori,
gambo tangkap guna vga camera jer..
camera henset aku dah dirosakkan oleh naufal..
bila dah nak abih raya nih,
baru lak terasa,
syok nyer raya..
tak sabar nak tunggu raya taun depan..
heheheh...
sori for the content..
tak berapa menarik kot..
Monday, October 05, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 1:45:00 PM 2 bebelan setakat ini
buku muka..? muka buku..?
tak berapa lama dulu,
pocket ajak aku masuk fesbuk,
beriya2 dia ajak aku..
aku dah tak berapa gemar sgt sebenonyer,
pasal frenster pun dah ntah cemana ntah..
mmg dia ada kabo kata fesbuk lagi besh dari frenster..
ada game la, bla bla bla..
setelah beberapa lama dia insist,
aku terpaksa la jugak register..
aku ulang lagi sekali,
terpaksa..
tanpa tahu apa2 pun yg bakal berlaku..
and now it's happened..
i love this fesbuk..
bukan pasal mafia game,
bukan pasal texas hol'em poker,
tapi pasal aku leh jumpa kengkawan aku yang aku tak pernah expect nak jumpa balik..
daripada aku tadika,
sekolah rendah,
3 sekolah menengah,
local university,
oversea university,
byk yang aku dah jumpa balik..
seriusly,
i damn miss you all...!!!!! isk isk isk...
tak malu, umur 31 menangis..
hahahah.. pedulik haper aku..
especially you guys from bainun..
jan, ain, awang, mat top, ima, azura, bad, dan lain lain..
aku sungguh tak sangka leh kontek ngan korang balik..
teringin sangat nak jumpa korang..
maybe sebelum2 nih ada penah terjumpa,
tapi dah tak kenal pasal last jumpa tahun 1992,
uihhh... 17 tahun dah tu..
enihow,
thanks to pocket again..
if it's not for you to beriya2 ajak aku..
nanti aku blanja ichiban ramen lagi aaa..
Saturday, September 05, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 11:21:00 AM 5 bebelan setakat ini
Another sweet memories.. (Melaka day 2 : Last day)
Ahaaa.. samung balik post lepas..
ari ke dua tu ari majlis lah..
kitorang terperap kat apartment sampai kul 11:30 pagi,
then tetiba semer jadik kelam kabut pasal kul 12:30 dah kena sampai dewan..
disebabkan memasing dah tau jalan nak ke dewan,
aku dengan bangga nya merempit sepanjang jalan nak ke dewan..
nasi baik ada trafik lait byk,
kalo dak, mesti 5 minit udah sampai.. (tipu tipu..)
dah sampai dewan,
aku kena usung bunga paha plak masa bawak pengantin masuk dewan..
nasib baik ada orang sambut kat pintu dewan..
kalo dak, harus aku lemparkan dalam longkang pasal berat menatang tu..
then apa lagi,
sibukkan diri snap2 gambo pengantin laa..
pengantin yang megah bersanding..
budak pengiring yang megah dengan bunganya..
tindakan berani aku menghampiri pelamin,
walaupun cuma bersenjatakan N73,
padahal orang lain sema pakai SLR..
bapak pengantin pempuan (bapak aku juger) sedang menepung tawar..
mak pengantin pempuan (of course mak aku juger) sedang memeluk anaknyer..
adam : kenapa pengapit pempuan tu lambat sangat bubuh nasik ayang..?
awin : alaa.. sabo la yang.. dia pun nak kedarah jugak..
ini bukan iklan ubat gigi atau iklan chewing gum yer..
adam : ayang dah kenyang nih, cemana nak habihkan nasik nih..?
awin : alaa.. ayang purak2 pegang sudu n garfu, satgi derang panggil, kita blah laa..
adam : ayang, pengapit ayang tu nak mintak kek sikit la tu..
awin: alaa.. ayang kan ada keris.. dia rapat seinci lagi, ayang tikam dia..
adam : ayang jangan la garu2 tangan ayang nih.. geli laa..
awin : ala.. taper.. kek nih lindung, orang tak nampak..
akhirnya,
aku menjelmakan diri dalam post ini..
then habis la waktu kitorang di kenduri..
sampailah masa untuk balik..
lepas salam2 lebey kurang,
betolak lah kami ke banda hilir,
nak jenjalan..
ntah cemana, abang long tersilap simpang,
maka secara tak sengaja kami terlalu depan stadium hang jebat nih..
susah gak nak sampai ke banda hilir..
atau pasal kami 1st time nak ke sana..
jalan byk one way..
benti la tanya jalan kat sorang apek tu..
dia baik ati nak offer tunjuk jalan naik moto dia,
tapi kena bagi duit kopi katanyer..
cilaker punyer apek..
akhirnya sampai jugak banda hilir dengan bantuan GPS henset lan..
ntah hapa2, dari mula takmo bukak GPS..
kedekut la brapa sen duit connect ker satelit tu..
kitorang paking sebelah balai polis..
turun jer keter, menderu abang2 beca datang mengofer beca derang..
sementara tunggu mak ngan bapak yang sesat,
derang sema naik beca,
tinggalkan aku keseorangan..
(mimi pun tak naik, tapi dia gi toilet..)
sayup2 aku nampak kapal portugis beso,
muzium kapal kata diorang..
malas nak gi sorang2, aku snap jer..
saja snap ikut celah2 pokok..
lepas derang semer naik beca,
derang ajak naik bot plak, river cruise..
nasib baik tader sewa kapal tebang, kalo dak mesti nak naik gak..
maka bersiar2 lah kami dalam bot tu selama lebih kurang 45 minit,
mengelilingi bandar melaka tu..
turun bot, gi shopping jalan2 carik makan plak..
aku tak tau nak beli aper,
tapi still kena ikut jer ke mana diorang pegi..
tolong tangkap gambo la,
ikut jer laa..
ada satu tu, aku nampak dia tulih,
"Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka"
tapi kenapa nampak macam baru jer bang..?
tak jauh dari kincir air tu,
ada satu tapak excavation,
diorang tak habis gali lagik..
ini baru la betul nampak real..
betul2 punya tinggalan sejarah..
aku pun pasti benti tangkap gambo,
pasal aku plak yang ralit shopping..
tak beli apa pun..
beli baju kat naufal n yana jer..
petang tu, kitorang bertolak balik,
tak balik pun lagi,
singgah umah wanteh dulu kat bandar mahkota, bangi(?)..
mandi n makan lebeh kurang,
then semua wat keputusan nak balik malam tu jugak..
kalo diorang nak tdo situ pun,
aku tetap nak balik..
pasal umah wanteh ada bela kucing,
dan aku mula bersin2 dan gatal2 muka..
bertambah2 sakit la aku yg sedia sakit nih..
diorang sembang kat dalam lepas makan,
aku lepak kat luar sorang2..
sampai umah kul 4 pagi..
adoiii.. nasib baik ahad..
sekian saja trip 2 hari ke melaka..
semoga anda terhibur ngan post dan gambar yg tak berpa menarik nih..
Tuesday, June 16, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 8:00:00 AM 2 bebelan setakat ini
Another sweet memories.. (Melaka day 1)
Jumaat lepas,
awal pagi kitorang bergerak ke melaka,
untuk majlis kawin awin belah adam plak..
aku ngan mimi tompang keter abg long,
kitorang gerak pagi kul 7:30..
plan jumpa rombong dari sitiawan kat R&R Tapah..
(alaa.. diorang pun 2 keter jer..)
sampai kat R&R Tapah,
diorang semer dah sampai,
tgh breakfast..
kitorang pun join breakfast..
bapak belanja punya pasal,
ni ler breakfast aku..
then, masa nak sambung gerak,
sian kat bapak kena bawak keter,
so aku pun offer la diri nak drive,
suruh bapak rilek..
jauh jugak melaka rupanya..
next, benti kat R&R Seremban plak..
benti kencing jer..
aku pun kencing jugak..
kan ker toilet R&R ada bubuh nombor kan..
korang tau dak aku slalu kencing / masuk toilet nombor berapa..?
cemana pun, mesti nak carik no 17 jugak.. hehehe..
sampai melaka (exit simpang ampat) dalam lebey kurang kul 12:30..
nih 2nd time aku kat melaka..
walaupun 1st time tu masa aku umur 9 tahun,
ada la dalam 21 tahun lepas..
kitorang terus menuju ker rumah adam,
kat taman paya emas..
sampai2 jer, duduk sat,
diorang serve lunch, byk gak lauk..
masak asam ada, masak lemak ada, cencaluk ada..
aku dok tibai masak lomak siput sodut..
humak ai, sodap botoi..
lepas makan, bergerak pegi umah cikgu aishah plak,
nak amik telur rebus untuk buat bunga paha..
masa tu mmg dah ting tong kepenatan dah..
tapi pasal terpaksa stick to the plan,
ikut jer laa..
sampai situ diorang jamu bihun goreng, bihun sup, kuih koci segala..
makan lagi..
tapi aku tak makan pasal perut aku kecik..
dan aku dah penat n pening lalu aku pun mula buat perkara yg tak pernah aku buat..
dah setel kat umah cikgu aishah tu,
baru lah bergerak ke apartment tpt tido kitorang..
kat a famosa resort..
lega jer rasa bila dah sampai..
buleh la rehat2 sambil menikmati pemandangan tak berapa indah sekeliling..
tgk kanan nampak nih..
tgk kiri nampak nih plak..
dan tgk bawah, nampak kecik jer..
ingatkan dah sampai situ leh la rehat2 tdo ker aper ker..
rupa2nya diorang nak gi jenjalan plak..
iskk.. sempat mandi jer..
baring pun tak sampai 10 minit..
terus siap2 kuar..
diorang nak gi jalan pekan melaka..
tapi sebelum kuar a famosa tu,
ada cowboy town plak..
singgah ler situ dulu..
ada orang menari2 nampak kat depan tu..
rupa2nya, cowboy pempuan yang sebenarnya lelaki yang menari..
tak percaya..?
tgk yang nih.. yang tengah tu jer lelaki sejati, mimi adik aku..
kiri dan kanan tu pikir la sendiri..
lepas setel tgk "awek2" tu menari,
kitorang gerak menuju ayer keroh..
masa tu dah gelap dah..
kul 8 lebih kot..
tgk2 keter abang kona kiri masuk zoo melaka..
zoo malam malan nih..? nampak ker..?
rupanya diorang mmg ada zoo malam..
ikut jer laa..
sampai kat kaunter tiket,
aku nampak sign nih..
pedulik aper aku..
demi mematuhi syarat2 yang ditetapkan pihak zoo,
dan demi mengelakkan dihumban masuk ke dalam kandang rimau,
aku pun tader la tangkap gambo aper pun masa dalam zoo tu..
mmg gelap jer pun..
tak nampak apa kalo tangkap kecuali gambo aku merapu nih..
kepada pihak zoo melaka,
sila bayar royalti kepada saya,
kerana mempromosikan zoo anda secara tidak lansung..
kuar zoo melaka,
gi carik makan plak..
ingat dekat2 situ jer,
rupanya patah balik ke a famosa tu..
lagi stgh jam drive..
kuar balik exit simpang ampat,
jumpa jer kedai makan, terus singgah..
cepat2 aku amik order,
tak makan byk pun, aku order sup cendawan ngan nasik putih jer..
lincin habishhh...
dan ini desert lepas dinner aku..
dah seminggu aku demam korang tau takk..!!
TO BE CONTINUED..
Monday, June 15, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 11:45:00 AM 4 bebelan setakat ini
Mars and Venus..
Story 1
2 men walking,
they bumped each others..
Man 1 : Hey..!! Watch out..!!
Man 2 : You watch out..!!
Man 1 : Who me..!!??
Man 2 : Yes you..!! Bla bla bla..
They bumped each other again and again..
Story 2
2 women walking,
they bumped each others..
Woman 1 : I'm sorry..
Women 2 : No, it's my fault..
Women 1 : Hey.. What a nice shoes you have..
Women 2 : Well, thank you.. Bla bla bla..
They went shopping together..
Tuesday, May 19, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 11:23:00 AM 6 bebelan setakat ini
Vietnam : Tour but not tour (Apology post)
Sori korang,
aku baru sampai hotel..
tak larat nak update,
tapi rasa kena update pulak..
then, gambo tak edit lagik..
penat giler..
so, aku mengambik keputusan untuk mengecewakan korang ari nih..
means sok akan ada 2 post..
untuk hari nih dan hari esok,
tu pun kalo terdaya..
hahahha..
harap korang paham,
aku datang sini kejer,
mmg kejer giler2 punyer..
aper2 hal pun,
aku masukkan jugak satu gambo,
harap dapat menenangkan fikiran korang dan fikiran aku..
aku snap gambo nih dalam keter masa balik opis tadik..
chowssss...
Thursday, March 19, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 2:06:00 AM 2 bebelan setakat ini
Vietnam : Tour but not tour (Day 2nd)
huaaaaaa...
dah agak dah..
mesti penat punyer ari nih..
dah la semalam takleh tdo,
kena bgn kul 5 lak..
haduuhhh...
sampai jer opis, mmg kerja yg teruk sedang menanti..
part reject pasal mould silap design..
memula ingat aku ngan akira-san yg silap buat..
rupanya silap mould..
tapi kena usaha gak supaya part jadi elok..
taper laaa..
dah kejer, nak wat camner kan..
so, let's go tgk pic apa yg ada hari nih..
papan tanda hotel aku..
nanti korang datang laa kalo ada chance..
beshhh.. internet laju..
download rate wireless 300kb/sec maintain..
panggung wayang bedekatan hotel..
tgk board depan tu,
now showing ngan next showing,
semer citer vietnam..
takkan cicakman kot kan..
pemandangan jalan belakang hotel..
menyeramkan..
bebudak hisap dadah selamba je..
buat2 tak nampak..
tangkap gambo curik2..
pempuan vietnam semer slim2,
seperti yg org cakap..
(sori, dalam kain pempuan tu, dia pakai seluo, jgn pikir bukan2..)
duit yang ada kat aku skang..
1,598,500.00 VND = 335.8214 MYR..
inflasi teruk giler..
punya la payah nak guna..
rasa macam jutawan lak..
memula diorang kata barang mahal..
rupanya sama jer lebey kurang ngan mesia..
cuma kalo gi tpt high class,
mmg la mahal..
pasal ramai tourist sini..
kalo gi convenience store,
sama jer ngan kedai runcit kat mesia..
aku pun baru guna 50 inggit jer 2 ari nih..
bos belanja makan semalam.. hehehehe...
lepas nih sakit la, kena makan bayo sendirik..
barang yang aku beli kat kedai tadik..
ayo botoi ngan colgate..
ubat gigi hotel tak sedap..
tau dak brapa harga dua2 nih..?
10,000 VND = MYR 2.10..
murah kan..?
so, ni jer gambo ari nih..
ari nih orang yg patut bwk kami jenjalan,
hayashi san balik awal..
dia penat..
kami jalan dekat2 hotel jer, takut sesat..
maybe sok akan mengembara jauh sket..
tapi tak tau la gi mana..
alih2 end up kat sini update blog..
see you tomorrow,
aku pun penat gak..
brapa ari dah tak cukup tdo..
chowsss...
Tuesday, March 17, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 11:29:00 PM 7 bebelan setakat ini
Vietnam : Tour but not tour (Day 1st)
Halloooow semer...
already in vietnam for the business trip..
memula rasa syok gak,
tapi sampai jer,
kejer yg sangat like hell sedang menanti..
production sini trouble..
tanak citer pasal kejer sangat,
nak citer pasal keadaan vietnam nih jer..
tu yg korang tunggu kan..?
heheheh..
malas nak citer byk hari nih,
pasal dah pukul 12 waktu tempatan..
factory ngan hotel sangat jauh,
1 jam gak..
masuk kejer kul 7:30 pagi,
so, kena bangun kul 5 satgi..
untuk post pertama vietnam nih,
enjoy pic dulu yer..
pada yg internet slow,
sorry pasal pc kompeni aku nih tader picture editor..
takleh nak resize gambo lagi..
sok aku download acd see..
sabo yerrr...
nih masa arrival,
kuar jer flight, terus snap..
henset berjaya roaming walaupun prepaid..
dapat gak mesej ngan yana..
tapi kedarah duit giler2..
at last, petang pinjam tepon bos tepon yana..
passport yang telah dicop masuk vietnam..
keadaan di airport hcmc sangatlah ramai orang..
on the way nak ke opis..
left hand drive rupanya vietnam nih..
habih kejer, kul 8 baru nak check in kat hotel..
star hotel nama dia..
4 bintang kot..
lobi hotel..
nak kata macam istana pun dak..
decorating menarik..
tapi tak reti nak komen..
ni lah bilik aku..
luas kan..?
tv ada banyak channel..
channel astro yg slalu aku tgk ada laa..
astro ceria tader laaa..
movie channel, sport channel, semer ada..
discovery, animax, mtv pun ada..
benda pertama masa masuk bilik,
tanya bellboy,
ada internet dak..?
dia kata ada wifi..
YAHHHHHHHOOOOOOOOOOO...!!!!!!!!!
bahagia rasanya..
laju plak tuh..
so,
ni je gambo untuk hari nih..
mata pun dah ngantuk pasal semalam pun tak brapa tdo..
wait for 2nd day post yer..!!
miss y'all at m'sia..!!
Tukang karut ialah bendul pada 12:56:00 AM 8 bebelan setakat ini