Citer ni terjadi beberapa tahun dulu,
masa aku stadi kat jepun..
(iskk.. ada la 10 tahun lepas kot..)
sebelum pegi ke jepun,
dah di ajar perkataan "reigi tadashi",
yang membawa maksud proper manner..
perkataan ni menunjukkan kepada orang jepun yang mempunyai adat,
iaitu adat berbudi bahasa kepada orang lain..
then, masa aku kat sana pun,
mmg nampak la, ke'proper'an adat tu..
hormat satu sama lain..
morning wish tu macam satu kemestian..
"sumimasen" (i'm sorry) takleh lekang dari mulut..
seronok ngan adat tu..
so, bila dah tau benda tu benda baik,
why not kita pun ikut kan..?
satu contoh,
kat jepun biasanya, kalo jalan jem,
orang nak kuar dari simpang tepi jalan mmg tader masalah..
anytime, somebody akan prihatin,
offer kita untuk join the queue..
satu hari, aku tgh drive..
laluan jalan aku tu jem..
slooooooow sangat2..
mmg panjang giler laa jem..
then, belah kiri depan kereta aku,
aku nampak ada sorang mamat nih nak kuar,
bagi signal nak ke kanan.. (nak masuk jalan belah sana la kira..)
so, aku pun cuba nak jadi prihatin jugak..
yer la, mana la tau kalo aku tak kasik dia jalan,
berejam dia kena tunggu, sian plak..
then, keter depan aku mula la berjalan semula..
aku tak la jalan pasal aku nak bagi jalan kat dia..
line sebelah pun tader keter yg datang..
tapi ntah pasal aper, mamat tu takmo kuar..
dia pandang aku semacam jer..
aku pun hon la kat dia,
kasik tau suruh dia jalan..
pun dia tak kuar gak..
aku siap buat action tangan, suruh dia jalan,
pun dia pandang aku pelik semacam jer..
aku mula naik tensen..
aku nak buat baik, dia takmo plak..
keter depan dah jauh dah jalan..
last2, aku bengang, aku hon dia kuat2 sambil buat muka bengang..
baru la dia kuar..
marah la aku kan..
semata2 aku benti nak kasik dia jalan,
tapi dia takmo..
masa keter tu lalu,
mata aku tak lepas2 pandang mamat tu..
sampai la mamat tu lalu sebelah aku pun,
aku dok pandang lagi..
sampai lah ketika keter mamat tu melewati keter aku,
ekor mata aku masih lagi nak tgk mamat tu melalui cermin pandang belakang..
masa tu lah,
baru aku sedar,
belakang keter aku tader keter lain..
aku yang last sekali..
best dak aku..? macam bendul kan..
Bila anak mengikut.
4 years ago
5 Comments:
bendul la sgt okkk
anda memang BENDUL:)
Hah hah hah... bendul + baik tak bertempat (tak tengok kiri kanan dulu) + bangang pun ada gak sikit-sikit....
ko memang bes...
patut la mamat tu tak nak keluar..
heheh, nih kira kes baik sgt lah nii:D
huhu...mmg bes
Post a Comment