Bila lagi..?

bebaru nih la yg banyak sekali..
maybe pasal orang pikir dah tiba masanya,
padahal bagi aku dan yana,
kami belum bersedia..

soalan maut yang selalu kami terima kebelakangan ini..
"bila nak dapat anak yg ke-2..?"

hmmmm.. secara ringkas dan untuk memudahkan kami,
biasanya kami akan jawab,
"tader rezeki lagi kot.."
"nanti nanti lahh.. sorang nih pun tak larat nak jaga.."

maybe tak berapa bagus kan jawab macam tu..
just nak puaskan hati orang yg bertanya jer..
padahal dalam hati macam lain..

yes, teringin..
mmg kami teringin sangat2..
secara jujurnya ekonomi rumahtangga masih belum boleh membantu..

ada jugak yang kata,
bila dah dapat nanti ada la rezeki tu kuar kot mana2..
yerr.. betul..
insyaAllah, rezeki anak tu ada..
kami paham dan kami pernah melaluinya masa naufal dulu..
ekonomi kami sebelum naufal ada dan selepas naufal ada mmg berbeza..
padahal dah tambah sorang lagi..
alhamdulillah, kami leh survive sampai sekarang tanpa banyak masalah..

tapi kami tak sanggup nak memikirkan di kala kami dapat yang ke-2,
kami terpaksa menyusahkan antara kami yang ada nih..
since aku takmo menyusahkan yana n naufal,
aku la yg terpaksa susah..
tapi diorang lak yg susah ati nanti tgk aku susah..

takmo la plak citer sampai detail ekonomi rumahtangga aku kan..
just nak bagitau, sampai masanya ada laa..
kami pun tak sabo nak tgk anak ke-2 kami..
macam aku ker, macam yana ker, macam naufal ker..

kami pun dah fikir siap nama anak ke-2 tu..
kami harap sgt2 dapat pempuan..
kami nak bagi nama Azra Irdina..
tapi kalo lelaki jugak yg dapat,
tak terpikir plak lagi nama dia..

apa2 pun, kebahagiaan keluarga jugak yang penting..
anak sorang ker, 2 ker, 3 ker, hatta 12 sekalipun,
tader yg lagi penting dari hubungan mesra dan kebahagiaan semua ahli keluarga..
let say, tetiba esok lusa aku rasa dah sampai masanya,
ok lah, buleh la proceed..

proceed..? proceed aper..?

ehhh..? malam nih malam apa aaa...?
malam khamis.. hmmm hmmm hmmm..

bila lagi..?

Wednesday, October 06, 2010

Mimpi ngeri ku telah tiba..

2 minggu lepas..
lepas latihan mingguan JPA,
zul bagi tau ada lawan bola,
dengan team dari relau..

aku lak 3 tahun tak main bola,
mesti muntah punya nih..
tapi pikir2 balik, bila lagi nak main..
ni la masa nak menunjukkan skill2 lama yg dah berkarat..
aper, diorang ingat "uncle" ni takleh main bola lagi ker..?

so, ptg tu kitorang kumpul kat pejabat JPA sungai bakap,
then bertolak ke relau..
training2 lebih kurang,
mula la bermain..

biasa la..
mmg mengah giler, tu baru lari kejap..
so, kontrol2 la sikit larian tu..
masa dapat bola baru la nak push lari and dribble..

once, aku dapat bola..
aku nampak mamat team lawan sorang ni meluru lari kat aku..
so, aku pun tolak bola ke tepi,
ngan harapan boleh escape dia..

tapi........
bola dapat lepas,
aku nak elak rempuhan dia tapi tak sempat..
mamat tu tak brek, dia rempuh aku..
since dia rendah,
kepala dia betul2 kat tengkuk aku masa rempuhan tu..
dia "heading" kepala aku..
aku jatuh, tak leh bernafas..
mamat tu gi sambung kejar bola..
pengadil tak tiup wisel..
permainan diteruskan masa aku terkapai2 carik oksigen..

akhirnya aku dapat bgn..
tekak aku sakit..
1st half habis, 2nd half aku tarik diri..
tak penat pun, tapi sakit tengkuk n tekak..

balik rumah nak telan air pun sakit,
nak batuk pun sakit,
nak menguap pun sakit..
mlm tu jugak gi klinik,
doktor kata takder apa2,
padahal aku perasan pangkal tengkuk aku dah bengkak..
dapat ubat jer..
takper la..

aku keep continue makan ubat,
then alhamdulillah,
tak sakit dah tengkuk aku,
tak bengkak dah tengkuk aku..

malam tadi..
aku kuar ngan abg long ngan mimi,
lepak minum..
tetiba mimi tanya takder aktiviti lain ker..
abg long ajak karaoke..
kitorang pun pegi..
dan di sini lah mimpi ngeri aku bermula..

aku dah tak boleh menyanyi..
aku ulang balik..
aku dah tak boleh menyanyi..
aku terduduk diam..
abg long pun terkesima dengar suara aku..
dia cool down kan aku, tapi tak memberi makna..

tekak aku perit,
walaupun baru menyanyi 3 baris lagu..
tak boleh nak tarik suara lansung..
lagi satu, baru nyanyi 3 baris udah takleh bernafas..
rasa macam termengah2..

mmg cilaker la mamat yg langgo tekak aku tu..
mmg dia telah mem"cacat"kan aku..
dia tak tau berapa byk "damage" yg dia dah buat kat aku..

sesapa ada tahu cemana nak kembalikan suara..?

Tuesday, May 25, 2010

Jawapan teka teki..

(scheduled post)

Lepas aku bagi teka teki ari tu,
ada la beberapa org yang mail aku,
menjawab teka teki tu..
tapi semua salah yer..

taper laa..
aku kasik jer la jawapan nyer..

mamat no 1 mmg tak tau..
mamat no 2 mmg tak tau..
so, kat sini point dia..

mamat no 3 cuma nampak topi mamat no 2,
iaitu kaler kuning..

mamat no 4 lak,
dia nampak topi mamat no 2 ngan mamat no 3..
kalau mamat no 2 ngan mamat no 3 pakai topi yang sama,
mesti mamat no 4 tu dah bangun cakap kan..
cth:
kalau mamat no 3 ngan mamat no 4 pakai topi kuning,
mesti mamat no 4 bangun dan cakap dia pakai topi merah..
dan kalau mamat no 3 ngan mamat no 4 pakai topi merah,
mesti mamat no 4 bangun dan cakap dia pakai topi kuning..

masalahnyer,
mamat no 2 ngan mamat no 3 pakai topi lain kaler,
so, mamat no 4 takleh cakap topi dia kaler apa..

since mamat no 4 tak bangun cakap apa2,
mamat no 3 mesti perasan yang topi dia tak sama kaler ngan mamat no 2 kan..
so,
mamat no 3 akan bangun bagi tau topi dia kaler merah,
dengan alasan topi mamat no 2 kaler kuning,
dan mamat no 4 tak bangun pun kata topi mamat no 2 ngan 3 tu sama kaler..

paham..?
lojik kan..

Monday, October 26, 2009

Let's have a break..

Lepas2 blog kena hacked nih,
agak terkesima sedikit untuk posting.. (sekadar alasan..)





apa kata kita main teka teki kejap..
teka la yer..
begini teka teki nyer..


ada 4 sekawan kena tangkap dan di bubuh dalam satu bilik,
disusun kedudukan mengikut gambar di atas..
antara mamat no 1 ngan mamat no 2 ada dinding..
sebelum diorang dipakaikan topi kaler2 tu,
tengkok diorang telah diikat,
supaya diorang tak boleh pusing kepala,
buleh tgk depan jer..
pastu baru lah dipakaikan topi memasing,
kaler ikut gambar kat atas..
means, masing2 tak tau sendiri pakai topi kaler apa..

syarat diorang nak lepas,
salah seorang kena bagitau dia pakai topi kaler apa,
dengan alasan yang lojik..
tak boleh teka2..
ex : "saya pakai topi kaler sekian2 sebab sekian2 bla bla bla.."

mamat no 1 cuma leh nampak dinding depan dia,
mamat no 2 pun cuma leh nampak dinding depan dia,
mamat no 3 cuma leh nampak mamat no 2,
mamat no 4 cuma leh nampak mamat no 2 dan 3..
dan diorang diberitahu, topi merah ada 2, topi kuning ada 2..
dan diorang takleh bercakap selain nak bagi jawapan..


sila jawab..
sila email jawapan kat benazz23@yahoo.com
pastu, kat komen bagitau kata dah ada emel jawapan..
aku nak tgk berapa org leh jawab ngan betul..
kalo tak sampe 3 org,
aku bagi hadiah.. (serius..)
hadiah akan dipos selepas konpom jawapan betul dan dapat alamat untuk pos hadiah..
hadiah apa, sukati aku la kan..

apa lagi, mari kita lihat siapa yg kena...!!

Thursday, October 08, 2009

I don't need this type of sympathy..

Semalam,
lepas jer aku posting,
biasanya sha dan joe akan komen dulu..
tak lama pastu,
tetiba blogger mel lagik..

sha komen kat post aku yg bertajuk "frankfurt kinoprogramm"..

aikk.. bile masa plak aku post tajuk nih..

aku pun klik kat link post tuh,
tgk2 kuar macam nih..







laaaa...
kena hacked ker blog aku nih..
cemana laa blogger jaga akaun nih..
cek punyer cek,
blog naufal pun kena jugak..

iskk..
aku pun padam dah laa..
pagi nih aku masuk,
aaiiikkk...!!
ada lagik...
chilaker betul..

kalo yer la aku nih jenih post kadang2,
tak payah la sibuk2 nak tolong post kat aku kan..
pastu lak,
kalo nak tolong post,
post la betul2..
buat cerita ayam ker, cerita ikan laga ker,
koman2 cerita laki bini begaduh pasal sambal belacan,
macam citer bujang lapok tu..

btw,
ada sesaper tau punca nyer dan tau penyelesaian nyer..?
aku takmo la plak tambah kejer ari2 kena padam post yg merapu2 nih..
giler ker..
daripada aku padam post,
baik aku posting kan..

Tuesday, October 06, 2009

Yang mana satuuuuu, idaman kalbu...?

korang tau dak,
pasal baju pun boleh membuatkan suami tensen..
mana tak nyer,
boleh jem otak suami,

bila suami pakai selekeh, isteri kata
"abang nih selekeh la..!! nanti orang cakap laki sapa la selekeh sangat tu.. malu tau tak.."

bila suami pakai biasa, isteri kata
"asyik2 baju tu, asyik2 baju tu.. baju raya beli banyak2 bukan nak pakai.. rugi duit ja beli.."

bila suami pakai smart, isteri kata
"haaa..!! tu pakai lawa2 nak pi mana tu..? dah la hensem, pakai lawa2 satgi marka usha, berkenan plak..!!"

hmmm.. bogel jer boleh dak..?

Monday, July 20, 2009

I wonder.. (No 2)

kesinambungan dari previous post,
aku masih lagi nak bertanya..
aku masih lagi curious..
aku masih lagi nak tahu..

I wonder..

"Why does our only one satelite TV service (AST*O) got commercials..?"

anybody related can answer..?

Tuesday, May 12, 2009

Hail me.. (quite long post)

Orang cakap "Customer Is Always Right"..

sapa setuju angkat tangan..
sapa tak setuju, diam dan teruskan pembacaan..

memula aku nak citer pasal "customer" dalam kerja aku..
macam yang tak semua orang tau,
aku kerja kat kompeni jepun..
memang bagi diorang,
customer bukan sekadar always right,
tetapi kengkadang macam raja..
kami as a supplier,
demi nak mempertahankan kompeni,
ada kala terpaksa mengiyakan kesalahan customer..
betul dak pocket..?

of course, bila barang kita tak betul,
customer akan marah, akan claim dengan kita..
mintak ganti barang, mintak pulang duit balik..
kita terpaksa pulun giler babas,
cari punca barang tu jadi tak betul,
then reply bagi customer kita punya improvement plan..
sometimes, customer tak puas hati ngan plan kita..
datang audit plak..
betul ker dak kita buat improvement..
confirm atau tak lepas nih dah tak jadi lagi benda yang sama..
padahal, sekeping barang yang kita jual kat customer,
hanyalah berharga lebih kurang RM0.10..
dan hanya ada 4~5 pcs daripada 100,000 keping yang kita jual..

ada plak customer yang siap buat undang2..
kalo kita wat silap or barang kita reject sampai membuatkan kerja dia terhenti,
dia akan charge kita USD20,000/hour untuk berapa lama kerja dia terhenti tu..
tak ke haru..?

that's the rule..
i don't like it but i like it..
aku tak suka pasal aku terpaksa buat kerja remeh temeh..
tapi aku suka pasal benda ni membentuk satu komuniti yang menuju ke arah zero defect..

tu dari segi direct business..
yang lain pun ada jugak..
kompeni aku hantar barang bersama2 dengan product specification (spesifikasi produk)..
product spec tu dalam english..
sehari lepas hantar,
customer pulang balik fail tu,
mintak translate dalam japanese..

wait wait wait..
jenama ko meluas satu dunia,
takkan kat kompeni ko tader orang yang paham english..?
tapi, disebabkan dia adalah customer,
terpaksa la jugak buat dan hantar semula..

see..
betapa kuatnya seorang customer dalam konteks kerja aku..
maybe ada daripada korang yang paham konteks ni..
mungkin ada yang kurang paham..
tolong paham..
it's just the rule and you must stick to it..
the supplier and customer relationship rule..

ok.. habis satu part..
ada banyak lagi bawah nih..
sapa nak minum kopi ker, jerang air ker, sidai baju ker.. gi cepat..
sat lagi ralit, tak jadi kejer plak..

then, aku nak cerita plak pasal "customer" dalam konteks umum..
kita gi kedai beli barang,
kita adalah customer..
kita gi kedai makan untuk makan,
kita adalah customer..
kita gi kedai potong rambut,
kita adalah customer..
kita gi pejabat pos bayo bil,
kita adalah customer..

tapi sejauh mana kita mempertahankan hak kita sebagai customer..?

aku bagi 10 kes kat bawah,
korang nilai la sendiri secara jujur..
dari 10 kes tu,
berapa kes yang korang kena, dan korang mintak balik hak korang..?

1) order air kat gerai, ada sekor semut dalam gelas..
2) tgh makan mee goreng mamak, ada sehelai rambut dalam mee..
3) gunting rambut kat kedai, masa cukur anak rambut, ada luka sket..
4) fastfood (kay.ef.see etc) takmo pulang balik 5 sen anda..
5) beli roti sebuku, semalam beli ada 14 keping, hari ni beli ada 13 keping..
6) beli barang plastik, ada retak sikit..
7) beli kereta PROT*ON WA*A 4 hari, power window rosak.. pusat servis kata, biasa la keter PROT*N..
8) beli kereta PROT*N W*RA baru memana pun, penutup tempat isi barang tu renggang..
9) kawasan anda terputus bekalan elektrik seminggu sampai 5 kali..
10) hujan lebat, pelanggan AST*O tak buleh tgk tv..

cemana..?
sapa yang score 10/10,
anda mmg hebat.. anda mmg layak jadi perdana menteri yang ke-7..
tapi, ader ker..?

kenapa kita jadi macam nih..?
kenapa kita jadi tak mahu/tak boleh nak tuntut hak kita..?
otak saya, dengan sendiri nyer menyimpulkan seperti yang berikut :

1) orang malaysia terlalu baik, merelakan yang tidak betul..
2) orang malaysia tak agresif (penakut?), tak berani nak komplen..
3) orang malaysia (supplier side) garang dan jahat, tak kasik chance org nak komplen..
4) orang malaysia tak tahu hak masing2,..
5) orang malaysia suka ikut orang, dah orang tak buat, ikut jer laa..
5) orang malaysia lurus bendul..

aku ingat aku sorang jer bendul..
rupanya tak..

mana perginya "Customer Is Always Right" tu..?
kena tukar kot,
jadi "Customer Is Sometime Right"..
or, "Customer Is Only Right, When Come To Some Situation"..

sapa yang nak perbetul kan semua nih..?
mungkin ada yang dah berpuas hati dengan apa yang ada..
tapi yang tak puas hati pun ramai kan..?

buleh ker salahkan keadaan..?

fikir2kan lah..

Wednesday, April 22, 2009

Satu, dua, empat..?

Alhamdulillah..
sedo tak sedo udah nak abih bulan 4 2009 kan..
masa cepat jer berlalu..
kejer pun udah 5 tahun..
kawin, bulan 8 nih masuk 3 tahun..
naufal, bulan 6 nih cukup 2 tahun..

hmmm.. beso dah budak tu..
sorry yer, korang takleh nak tgk tahap tumbesaran budak tu lately..
ada teknikal problem..
photoblog pun tak terupdatekan..

taper ler..
budak tu sihat, alhamdulillah..
sejak2 kena demam campak 2 minggu lepas,
lagi bising mulut dia..
banyak cakap, tak terlayan..

yang the best,
aku rasa bangga sangat ngan anak aku tu ialah,
dia dah leh kira satu sampai sepuluh dalam 3 bahasa..!!
jenuh mama nyer mengajo..
at last..
naufal dapat cakap bahasa melayu, english dan nihongo (japanese)..

tapi yang aku pelik nyer,
bahasa melayu, empat skip.. lepas tiga terus lima..
english, six skip.. lepas five terus seven..
nihongo, go (lima) skip.. lepas yon (empat) terus roku (enam)..

aper yang dia kelam kabut ntah laa..
citer kat bos aku, dia kata stgh budak mmg macam tu..
anak dia dah 4 tahun.. pun skip2 gak..
ntah ler pasal per..
nak cepat sampai kot..

anak korang cemaner..?
(yang tak kawin lagi, simpan soalan nih sampai korang dapat anak..)

Thursday, April 16, 2009

Colour up your life..?

Hari ini lain sikit..
hujan lebat waktu pagi..
selama beberapa minggu nih,
petang yg hujan lebat,
membawa ke malam..
tapi hujan dari semalam,
membawa ke pagi nih..

so, ramai tak datang kejer..
pasal ramai naik moto..
hujan mmg lebat pagi nih..
sampaikan orang yang paking kereta depan pintu kilang pun,
distance tak sampai 10 meter pun,
kena pakai payung nak masuk kilang..
kalo dak, lenjun..

aku pun terpaksa guna payung gak,
walaupun tak berapa suka..
pasal aku jenih lebih suka redah hujan..
tapi kalo belum stat keja dah kuyup,
tak syok la kan..
pakai la jugak payung..

masuk jer lobi,
byk payung2 bergelimpangan..
memacam kaler ada..
menarik la plak..
aku pun parking la payung aku kat situ gak..

so,
soalan nyer..
mana satu payung aku..?
hahahahah...

sapa dapat teka betul,
ada hadiah..
especially yang bakal hadir pada next northern bloggers gathering..
hadiah tak lah menarik mana..
tapi still hadiah..
belanja air segelas pun,
kira hadiah jugak kan..

apa lagi,
mari kita lihat siapa yang kenaaaaa....!!!!!!!

Thursday, April 09, 2009

I wonder.. (No. 1)

I got too many questions that i've never asked..
Asking would make me looks stupid,
or idiot, or out of date..
even make someone feels offensed..

then,
i figure out why not me asking here..
since maybe somebody would answer me..
without me fell embarassed..little bit maybe..
there is no punch to hit me on the nose..
"cyber punch" won't do any harm..

so, let's ask..

I wonder....

"Why there are so many women hygiene products, but none for men..?"

me doubt : men need to be hygiene too..

Anyone..?

Wednesday, April 01, 2009

 
You will never learn... - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger