Orang cakap "Customer Is Always Right"..
sapa setuju angkat tangan..
sapa tak setuju, diam dan teruskan pembacaan..
memula aku nak citer pasal "customer" dalam kerja aku..
macam yang tak semua orang tau,
aku kerja kat kompeni jepun..
memang bagi diorang,
customer bukan sekadar always right,
tetapi kengkadang macam raja..
kami as a supplier,
demi nak mempertahankan kompeni,
ada kala terpaksa mengiyakan kesalahan customer..
betul dak pocket..?
of course, bila barang kita tak betul,
customer akan marah, akan claim dengan kita..
mintak ganti barang, mintak pulang duit balik..
kita terpaksa pulun giler babas,
cari punca barang tu jadi tak betul,
then reply bagi customer kita punya improvement plan..
sometimes, customer tak puas hati ngan plan kita..
datang audit plak..
betul ker dak kita buat improvement..
confirm atau tak lepas nih dah tak jadi lagi benda yang sama..
padahal, sekeping barang yang kita jual kat customer,
hanyalah berharga lebih kurang RM0.10..
dan hanya ada 4~5 pcs daripada 100,000 keping yang kita jual..
ada plak customer yang siap buat undang2..
kalo kita wat silap or barang kita reject sampai membuatkan kerja dia terhenti,
dia akan charge kita USD20,000/hour untuk berapa lama kerja dia terhenti tu..
tak ke haru..?
that's the rule..
i don't like it but i like it..
aku tak suka pasal aku terpaksa buat kerja remeh temeh..
tapi aku suka pasal benda ni membentuk satu komuniti yang menuju ke arah zero defect..
tu dari segi direct business..
yang lain pun ada jugak..
kompeni aku hantar barang bersama2 dengan product specification (spesifikasi produk)..
product spec tu dalam english..
sehari lepas hantar,
customer pulang balik fail tu,
mintak translate dalam japanese..
wait wait wait..
jenama ko meluas satu dunia,
takkan kat kompeni ko tader orang yang paham english..?
tapi, disebabkan dia adalah customer,
terpaksa la jugak buat dan hantar semula..
see..
betapa kuatnya seorang customer dalam konteks kerja aku..
maybe ada daripada korang yang paham konteks ni..
mungkin ada yang kurang paham..
tolong paham..
it's just the rule and you must stick to it..
the supplier and customer relationship rule..
ok.. habis satu part..
ada banyak lagi bawah nih..
sapa nak minum kopi ker, jerang air ker, sidai baju ker.. gi cepat..
sat lagi ralit, tak jadi kejer plak..
then, aku nak cerita plak pasal "customer" dalam konteks umum..
kita gi kedai beli barang,
kita adalah customer..
kita gi kedai makan untuk makan,
kita adalah customer..
kita gi kedai potong rambut,
kita adalah customer..
kita gi pejabat pos bayo bil,
kita adalah customer..
tapi sejauh mana kita mempertahankan hak kita sebagai customer..?
aku bagi 10 kes kat bawah,
korang nilai la sendiri secara jujur..
dari 10 kes tu,
berapa kes yang korang kena, dan korang mintak balik hak korang..?
1) order air kat gerai, ada sekor semut dalam gelas..
2) tgh makan mee goreng mamak, ada sehelai rambut dalam mee..
3) gunting rambut kat kedai, masa cukur anak rambut, ada luka sket..
4) fastfood (kay.ef.see etc) takmo pulang balik 5 sen anda..
5) beli roti sebuku, semalam beli ada 14 keping, hari ni beli ada 13 keping..
6) beli barang plastik, ada retak sikit..
7) beli kereta PROT*ON WA*A 4 hari, power window rosak.. pusat servis kata, biasa la keter PROT*N..
8) beli kereta PROT*N W*RA baru memana pun, penutup tempat isi barang tu renggang..
9) kawasan anda terputus bekalan elektrik seminggu sampai 5 kali..
10) hujan lebat, pelanggan AST*O tak buleh tgk tv..
cemana..?
sapa yang score 10/10,
anda mmg hebat.. anda mmg layak jadi perdana menteri yang ke-7..
tapi, ader ker..?
kenapa kita jadi macam nih..?
kenapa kita jadi tak mahu/tak boleh nak tuntut hak kita..?
otak saya, dengan sendiri nyer menyimpulkan seperti yang berikut :
1) orang malaysia terlalu baik, merelakan yang tidak betul..
2) orang malaysia tak agresif (penakut?), tak berani nak komplen..
3) orang malaysia (supplier side) garang dan jahat, tak kasik chance org nak komplen..
4) orang malaysia tak tahu hak masing2,..
5) orang malaysia suka ikut orang, dah orang tak buat, ikut jer laa..
5) orang malaysia lurus bendul..
aku ingat aku sorang jer bendul..
rupanya tak..
mana perginya "Customer Is Always Right" tu..?
kena tukar kot,
jadi "Customer Is Sometime Right"..
or, "Customer Is Only Right, When Come To Some Situation"..
sapa yang nak perbetul kan semua nih..?
mungkin ada yang dah berpuas hati dengan apa yang ada..
tapi yang tak puas hati pun ramai kan..?
buleh ker salahkan keadaan..?
fikir2kan lah..
Hail me.. (quite long post)
Tukang karut ialah bendul pada 10:00:00 AM 8 bebelan setakat ini
ラベル: bebas, bebel, duit pelik, info, isu semasa, japanese, kejer, mentaliti, perangai, psikologi, sembang2, soalan, tensen
Satu, dua, empat..?
Alhamdulillah..
sedo tak sedo udah nak abih bulan 4 2009 kan..
masa cepat jer berlalu..
kejer pun udah 5 tahun..
kawin, bulan 8 nih masuk 3 tahun..
naufal, bulan 6 nih cukup 2 tahun..
hmmm.. beso dah budak tu..
sorry yer, korang takleh nak tgk tahap tumbesaran budak tu lately..
ada teknikal problem..
photoblog pun tak terupdatekan..
taper ler..
budak tu sihat, alhamdulillah..
sejak2 kena demam campak 2 minggu lepas,
lagi bising mulut dia..
banyak cakap, tak terlayan..
yang the best,
aku rasa bangga sangat ngan anak aku tu ialah,
dia dah leh kira satu sampai sepuluh dalam 3 bahasa..!!
jenuh mama nyer mengajo..
at last..
naufal dapat cakap bahasa melayu, english dan nihongo (japanese)..
tapi yang aku pelik nyer,
bahasa melayu, empat skip.. lepas tiga terus lima..
english, six skip.. lepas five terus seven..
nihongo, go (lima) skip.. lepas yon (empat) terus roku (enam)..
aper yang dia kelam kabut ntah laa..
citer kat bos aku, dia kata stgh budak mmg macam tu..
anak dia dah 4 tahun.. pun skip2 gak..
ntah ler pasal per..
nak cepat sampai kot..
anak korang cemaner..?
(yang tak kawin lagi, simpan soalan nih sampai korang dapat anak..)
Thursday, April 16, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 4:22:00 PM 7 bebelan setakat ini
How about that..?
aku keliru..
keliru dengan situasi yang aku selalu hadapi..
walaupun aku kadang2 tak amik kisah,
tapi bila sampai masa bersangkutan dengan hal agama,
buleh ker aku tak amik kisah..?
nak amik kisah sangat pun,
aku bukan pandai agama sangat..
cuma aku keliru..
siapa yang betul..?
cuba korang taksir situasi2 nih,
dan berikan pendapat korang..
ada yang aku hadapi sendiri,
ada yang dihadapi orang sekeliling aku..
cuma, aku keliru..
Situasi 1
Orang yang membela kucing yang banyak,
dengan alasan nabi muhammad s.a.w. sukakan kucing,
(atau sekadar hobi dia membela kucing..)
tapi biarkan kucing dia berak depan rumah orang,
tidur atas keter moto orang,
masuk rumah orang,
lansung tak ambil peduli..
Situasi 2
Aku naik moto pakai seluar pendek,
ronda2 dalam taman perumahan aku,
melewati sekumpulan abang2 yang berserban sedang bersembang tepi jalan..
aku angkat tangan dan senyum kepada mereka..
tetapi mereka tidak lah bereaksi apa2,
sekadar merenung tajam ke arah seluar pendek aku..
Situasi 3
Si isteri sedang sembahyang,
tetapi si suami lansung tidak memperdulikan jiran sebelah,
seorang perempuan yang sudah berkali2 memberi salam,
tanpa mengetahui kawannya itu sedang sembahyang..
jadi dia terus menerus memberi salam kerana tahu ada orang di rumah,
sampai lah kawan dia tu habis sembahyang..
yang si lelaki tu apa hal..?
Situasi 4
Seorang suami pergi "keluar" untuk bertabligh,
meninggalkan si isteri dan anak2..
si isteri menguruskan kedai makan seorang diri,
untuk menyekolahkan anak..
si suami plak buleh mintak duit rokok kat isteri dia..
hmmm...
bukan niat nak masuk campur hal orang..
tapi...
Situasi 5
Sekumpulan abang berserban datang ke depan rumah memberi salam..
aku menjawab salam dan keluar..
setelah mendengar tazkirah untuk beberapa minit,
mereka mengajak aku untuk keluar bersama2 mereka..
aku menolak, tanpa sebarang alasan..
cuma berkata "insyaAllah, lain kali sahaja.."..
namun mereka tetap memaksa, sehingga satu masa,
riak muka dan nada suara mereka mula berubah..
macam mana..?
nak ditegur,
aku nih di ibarat kail panjang senjengkal,
lautan dalam nak diduga..
tapi, kalo lautan dalam tu,
lansung takda ikan,
aku pun tak hingin nak mengail situ..
baik aku mengail puyu kat parit kelapa sawit..
opinion pleasee...
kalo ada ustaz or ustazah lagi bagus..
buleh beri tunjuk ajar..
saya budak baru belajar,
amik galah tolong jolokkan..
Wednesday, March 25, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 2:35:00 PM 4 bebelan setakat ini
ラベル: bebas, bebel, duit pelik, isu semasa, mentaliti, psikologi, sembang2, tensen
Wang kertas pelik untuk dijual..
hari ni aku nak jadi agent kepada seseorang..
dia mintak tolong aku carikkan buyer untuk dia,
buyer yang sanggup untuk beli duit kertas yang pelik..
of course,
dengan harga yang tinggi..
pasal kadar kepelikan duit kertas nih,
setelah dikaji di internet,
memang tahap jarang sekali untuk jumpa duit macam nih..
pelik nyer ialah dekat potongan duit tu..
macam mana buleh jadi macam tu pun tak tau..
pasal kalo lipat, nampak macam duit biasa..
tapi bila bukak, jadi macam nih..
haaaaa...
menarik dan pelik kan..
mmg silap factory yang buat..
dan setelah selidik kat internet,
duit2 macam nih jarang terlepas keluar,
dan kalau ada, buleh jual mahal..
mahal berapa tak tau laa..
so, kalo ada sesapa yang tahu mana nak jual,
ker ada sesapa nak beli ker,
buleh lah tinggalkan komen di sini,
atau msg saya personally kat : youwillneverlearn@yahoo.com
nak skype pun buleh.. : NSPMPG - Azuri
nak datang tgk pun buleh jugak..
kontek ler..
Edited
ni bukan duit palsu yer..
duit nih duit baru masa dapat..
member aku kuar duit dari ATM,
dalam byk2 duit tu, ada termasuk yg nih..
duit palsu tak akan masuk ATM..
Wednesday, January 21, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 3:46:00 PM 14 bebelan setakat ini
ラベル: bebas, duit pelik