2 minggu lepas..
lepas latihan mingguan JPA,
zul bagi tau ada lawan bola,
dengan team dari relau..
aku lak 3 tahun tak main bola,
mesti muntah punya nih..
tapi pikir2 balik, bila lagi nak main..
ni la masa nak menunjukkan skill2 lama yg dah berkarat..
aper, diorang ingat "uncle" ni takleh main bola lagi ker..?
so, ptg tu kitorang kumpul kat pejabat JPA sungai bakap,
then bertolak ke relau..
training2 lebih kurang,
mula la bermain..
biasa la..
mmg mengah giler, tu baru lari kejap..
so, kontrol2 la sikit larian tu..
masa dapat bola baru la nak push lari and dribble..
once, aku dapat bola..
aku nampak mamat team lawan sorang ni meluru lari kat aku..
so, aku pun tolak bola ke tepi,
ngan harapan boleh escape dia..
tapi........
bola dapat lepas,
aku nak elak rempuhan dia tapi tak sempat..
mamat tu tak brek, dia rempuh aku..
since dia rendah,
kepala dia betul2 kat tengkuk aku masa rempuhan tu..
dia "heading" kepala aku..
aku jatuh, tak leh bernafas..
mamat tu gi sambung kejar bola..
pengadil tak tiup wisel..
permainan diteruskan masa aku terkapai2 carik oksigen..
akhirnya aku dapat bgn..
tekak aku sakit..
1st half habis, 2nd half aku tarik diri..
tak penat pun, tapi sakit tengkuk n tekak..
balik rumah nak telan air pun sakit,
nak batuk pun sakit,
nak menguap pun sakit..
mlm tu jugak gi klinik,
doktor kata takder apa2,
padahal aku perasan pangkal tengkuk aku dah bengkak..
dapat ubat jer..
takper la..
aku keep continue makan ubat,
then alhamdulillah,
tak sakit dah tengkuk aku,
tak bengkak dah tengkuk aku..
malam tadi..
aku kuar ngan abg long ngan mimi,
lepak minum..
tetiba mimi tanya takder aktiviti lain ker..
abg long ajak karaoke..
kitorang pun pegi..
dan di sini lah mimpi ngeri aku bermula..
aku dah tak boleh menyanyi..
aku ulang balik..
aku dah tak boleh menyanyi..
aku terduduk diam..
abg long pun terkesima dengar suara aku..
dia cool down kan aku, tapi tak memberi makna..
tekak aku perit,
walaupun baru menyanyi 3 baris lagu..
tak boleh nak tarik suara lansung..
lagi satu, baru nyanyi 3 baris udah takleh bernafas..
rasa macam termengah2..
mmg cilaker la mamat yg langgo tekak aku tu..
mmg dia telah mem"cacat"kan aku..
dia tak tau berapa byk "damage" yg dia dah buat kat aku..
sesapa ada tahu cemana nak kembalikan suara..?
Bila anak mengikut.
4 years ago
2 Comments:
Eh, injury belum pulih sepenuhnya tuh..tunggu la lagi sebulan baru gi test nyanyi lagi..
bro, blogginglah balik..ketagih bace blog bro neh..
Post a Comment