Dalam kerja,
ada orang atas dan orang bawah..
tak semestinya orang atas jer yg kena bijak,
orang bawah kena 'pijak'..
orang atas bertanggungjawab mendidik orang bawah,
supaya menjadi bijak..
kalo boleh, biar sama bijak..
takut nanti orang bawah 'pijak' orang atas..?
hmmm.. aku tak rasa macam tu..
sebab, org atas menggunakan kebijakan dia untuk kerja dia,
dan orang bawah jugak menggunakan kebijakan dia untuk kerja dia sendiri..
orang bawah bijak pun,
tak semestinya dia leh clearkan kerja bos dia kan..?
tujuannyer ialah,
bila sampai satu masa,
kebijakan org bawah ni lah yg boleh menyelamatkan org atas..
kalo nak dihuraikan panjang sangat..
just aku storykan satu cerita,
cerita yg maybe korang pernah dengo sebelum nih..
ada seorang CEO yang berjaya,
selalu dipanggil untuk memberi ceramah motivasi,
agar menjadi panduan kepada orang lain yg turut ingin berjaya..
satu hari, dalam perjalanan dia untuk bagi satu ceramah,
dia bagitau kat dreba dia,
dia dah bosan cakap benda yg sama ngan orang,
dan meminta agar dreba dia yg berpura2 jadi dia untuk bagi ceramah..
dreba dia menolak, dengan alasan dia just dreba,
nak cakap macam mana..
CEO tu kata, dia yakin selama dreba tu ikut dia bagi ceramah,
dreba tu pun dah tau apa yg dia slalu cakap, cara dia cakap etc..
so, dreba tu setuju..
dan bertukar tempatlah CEO ngan dreba tu..
sampai saja di tempat ceramah,
dreba tu terus saja meneruskan tugas CEO tanpa sebarang cacat cela,
sambil CEO yg berlakon menjadi dreba tu tersenyum di tepi dewan..
org ramai pun tak syak apa2 pun..
habis jer ceramah,
semasa sesi soal jawab,
semua soalan dapat dijawab dengan senang oleh dreba tu,
berkat pengalaman dia ngan CEO tu..
nak dijadikan cerita,
ada seorang hadirin mengemukakan soalan,
yg paling susah, yg belum pernah ditanya sebelum ini..
CEO tu pun terkejut,
takut pecah tembelang dia..
akan tetapi,
dengan tenang dreba tu berkata,
"alaaa.. soalan macam nih, saya bagi dreba saya jer jawab.."
see, rugi tak kalo kita sama2 bijak..?
best kan..
Bila anak mengikut.
4 years ago
1 Comment:
hehe...bijak bijak..minum susu ape ye dlu??
Post a Comment