Orang cakap "Customer Is Always Right"..
sapa setuju angkat tangan..
sapa tak setuju, diam dan teruskan pembacaan..
memula aku nak citer pasal "customer" dalam kerja aku..
macam yang tak semua orang tau,
aku kerja kat kompeni jepun..
memang bagi diorang,
customer bukan sekadar always right,
tetapi kengkadang macam raja..
kami as a supplier,
demi nak mempertahankan kompeni,
ada kala terpaksa mengiyakan kesalahan customer..
betul dak pocket..?
of course, bila barang kita tak betul,
customer akan marah, akan claim dengan kita..
mintak ganti barang, mintak pulang duit balik..
kita terpaksa pulun giler babas,
cari punca barang tu jadi tak betul,
then reply bagi customer kita punya improvement plan..
sometimes, customer tak puas hati ngan plan kita..
datang audit plak..
betul ker dak kita buat improvement..
confirm atau tak lepas nih dah tak jadi lagi benda yang sama..
padahal, sekeping barang yang kita jual kat customer,
hanyalah berharga lebih kurang RM0.10..
dan hanya ada 4~5 pcs daripada 100,000 keping yang kita jual..
ada plak customer yang siap buat undang2..
kalo kita wat silap or barang kita reject sampai membuatkan kerja dia terhenti,
dia akan charge kita USD20,000/hour untuk berapa lama kerja dia terhenti tu..
tak ke haru..?
that's the rule..
i don't like it but i like it..
aku tak suka pasal aku terpaksa buat kerja remeh temeh..
tapi aku suka pasal benda ni membentuk satu komuniti yang menuju ke arah zero defect..
tu dari segi direct business..
yang lain pun ada jugak..
kompeni aku hantar barang bersama2 dengan product specification (spesifikasi produk)..
product spec tu dalam english..
sehari lepas hantar,
customer pulang balik fail tu,
mintak translate dalam japanese..
wait wait wait..
jenama ko meluas satu dunia,
takkan kat kompeni ko tader orang yang paham english..?
tapi, disebabkan dia adalah customer,
terpaksa la jugak buat dan hantar semula..
see..
betapa kuatnya seorang customer dalam konteks kerja aku..
maybe ada daripada korang yang paham konteks ni..
mungkin ada yang kurang paham..
tolong paham..
it's just the rule and you must stick to it..
the supplier and customer relationship rule..
ok.. habis satu part..
ada banyak lagi bawah nih..
sapa nak minum kopi ker, jerang air ker, sidai baju ker.. gi cepat..
sat lagi ralit, tak jadi kejer plak..
then, aku nak cerita plak pasal "customer" dalam konteks umum..
kita gi kedai beli barang,
kita adalah customer..
kita gi kedai makan untuk makan,
kita adalah customer..
kita gi kedai potong rambut,
kita adalah customer..
kita gi pejabat pos bayo bil,
kita adalah customer..
tapi sejauh mana kita mempertahankan hak kita sebagai customer..?
aku bagi 10 kes kat bawah,
korang nilai la sendiri secara jujur..
dari 10 kes tu,
berapa kes yang korang kena, dan korang mintak balik hak korang..?
1) order air kat gerai, ada sekor semut dalam gelas..
2) tgh makan mee goreng mamak, ada sehelai rambut dalam mee..
3) gunting rambut kat kedai, masa cukur anak rambut, ada luka sket..
4) fastfood (kay.ef.see etc) takmo pulang balik 5 sen anda..
5) beli roti sebuku, semalam beli ada 14 keping, hari ni beli ada 13 keping..
6) beli barang plastik, ada retak sikit..
7) beli kereta PROT*ON WA*A 4 hari, power window rosak.. pusat servis kata, biasa la keter PROT*N..
8) beli kereta PROT*N W*RA baru memana pun, penutup tempat isi barang tu renggang..
9) kawasan anda terputus bekalan elektrik seminggu sampai 5 kali..
10) hujan lebat, pelanggan AST*O tak buleh tgk tv..
cemana..?
sapa yang score 10/10,
anda mmg hebat.. anda mmg layak jadi perdana menteri yang ke-7..
tapi, ader ker..?
kenapa kita jadi macam nih..?
kenapa kita jadi tak mahu/tak boleh nak tuntut hak kita..?
otak saya, dengan sendiri nyer menyimpulkan seperti yang berikut :
1) orang malaysia terlalu baik, merelakan yang tidak betul..
2) orang malaysia tak agresif (penakut?), tak berani nak komplen..
3) orang malaysia (supplier side) garang dan jahat, tak kasik chance org nak komplen..
4) orang malaysia tak tahu hak masing2,..
5) orang malaysia suka ikut orang, dah orang tak buat, ikut jer laa..
5) orang malaysia lurus bendul..
aku ingat aku sorang jer bendul..
rupanya tak..
mana perginya "Customer Is Always Right" tu..?
kena tukar kot,
jadi "Customer Is Sometime Right"..
or, "Customer Is Only Right, When Come To Some Situation"..
sapa yang nak perbetul kan semua nih..?
mungkin ada yang dah berpuas hati dengan apa yang ada..
tapi yang tak puas hati pun ramai kan..?
buleh ker salahkan keadaan..?
fikir2kan lah..
Hail me.. (quite long post)
Tukang karut ialah bendul pada 10:00:00 AM 8 bebelan setakat ini
ラベル: bebas, bebel, duit pelik, info, isu semasa, japanese, kejer, mentaliti, perangai, psikologi, sembang2, soalan, tensen
Da different..
Diari si isteri
6:30 am
- aku bangun tidur untuk kejutkan abang, tapi abang sudah bangun dulu.. pelik..
7:30 am
- kelakuan abang mmg pelik pagi ini, seolah2 ada sesuatu yang tak kena.. dia masih belum berkata2 walau sepatah..
8:00 am
- aku menghantar abang ke pintu, aku cium tangannya, tapi air muka abang masih muram.. aku risau.. apa yang telah aku lakukan sehingga mengguris hati abang..?
9:00 am
- aku menelefon abang di ofis, tapi tak berjawab.. mungkinkah meeting..? atau dia masih marah dengan aku..? aku bersangka baik, walaupun risau..
12:30 pm
- abang tak pulang untuk makan tengahari.. masih sibukkah abang di ofis..? kerisauan aku makin bertambah.. aku ingin menanyakan abang, adakah aku telah mengguris hati nya sehingga dia berkelakuan sebegini..?
5:30 pm
- abang pulang awal.. tapi masih tidak bercakap dengan aku.. dia menghempaskan dirinya di atas sofa, sambil tangannya diletakkan di atas dahi.. aku segera memeluknya, bertanyakan apakah kesilapan ku.. dia hanya diam, cuma berkata tak ada apa2 yang berlaku.. aku menangis.. sepanjang perkahwinan kami, abang tak pernah berkelakuan sebegini.. adakah abang..?
8:30 pm
- abang masuk tidur awal, tanpa menonton tv seperti selalu.. aku masih menangis di ruang tamu.. aku rasakan rumahtangga ku telah musnah.. adakah ada penghalang cinta kami di luar sana..? adakah abang telah berpaling ke perempuan lain..? oh tuhan.. tolonglah aku..
Diari si suami
9:00 am
- Manchester United kalah plak malam tadi.. setan btol.. sepak penalti pun tak masuk..!! bodoh punya berbatov.. *^($%^&*%&*%&%#!#@^%
p/s:
I know somebody wrote this before, somewhere..
credit to him/her for the idea..
pinjam eeekk..
buat tulih post kat sini..
Monday, April 20, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 11:50:00 AM 6 bebelan setakat ini
ラベル: bebas, bebel, bola, kesian, lawak, manchester united, tensen
Satu, dua, empat..?
Alhamdulillah..
sedo tak sedo udah nak abih bulan 4 2009 kan..
masa cepat jer berlalu..
kejer pun udah 5 tahun..
kawin, bulan 8 nih masuk 3 tahun..
naufal, bulan 6 nih cukup 2 tahun..
hmmm.. beso dah budak tu..
sorry yer, korang takleh nak tgk tahap tumbesaran budak tu lately..
ada teknikal problem..
photoblog pun tak terupdatekan..
taper ler..
budak tu sihat, alhamdulillah..
sejak2 kena demam campak 2 minggu lepas,
lagi bising mulut dia..
banyak cakap, tak terlayan..
yang the best,
aku rasa bangga sangat ngan anak aku tu ialah,
dia dah leh kira satu sampai sepuluh dalam 3 bahasa..!!
jenuh mama nyer mengajo..
at last..
naufal dapat cakap bahasa melayu, english dan nihongo (japanese)..
tapi yang aku pelik nyer,
bahasa melayu, empat skip.. lepas tiga terus lima..
english, six skip.. lepas five terus seven..
nihongo, go (lima) skip.. lepas yon (empat) terus roku (enam)..
aper yang dia kelam kabut ntah laa..
citer kat bos aku, dia kata stgh budak mmg macam tu..
anak dia dah 4 tahun.. pun skip2 gak..
ntah ler pasal per..
nak cepat sampai kot..
anak korang cemaner..?
(yang tak kawin lagi, simpan soalan nih sampai korang dapat anak..)
Thursday, April 16, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 4:22:00 PM 7 bebelan setakat ini
Quench my thirst, please..
Tetiba rasa macam nak bercerita pasal "kepuasan"..
cop cop cop..!!
tu la korang..
belum aper2 dah pikir bukan2..
ilek aaa...
general talking laaa...
bak kata pepatah,
banyak udang banyak garam,
banyak orang banyak ragam..
means, dalam topik nih,
lain orang, lain cara dia puas..
kita ambik contoh yang mudah dulu..
makan roti canai.. (roti telor, roti sardin or aper2 jer la..)
ada orang puas makan roti saja, tader kuah..
ada orang puas makan cubit sikit roti, cicah kuah..
ada orang puas makan taruk kuah atas roti, then makan.. mamak..!! kuah banjir satu..!!
how about tidur lak..?
sesetengah orang macam aku,
tido atas lantai pun dah leh puas dah..
janji ada bantal..
ada orang mesti kena ada lapik, baru leh tidur..
ada orang plak, mesti kena ada katil..
kalo dak, terkelip2 la mata dia takleh tidur..
well, semua benda yang kita buat,
mesti ada one way yang membuatkan kita berasa puas dengan apa yg kita buat tu..
kalo dak, sekadar menjadi perlakuan biasa jer..
tanpa kepuasan..
ekcelli, dalam bab makan,
kengkadang aku ada perangai yang pelik,
demi untuk kepuasan..
perangai aku nih cuma datang bila,
aku tgh makan benda yang aku teringin sangat nak makan..
let's say aku teringin sangat nak makan twisties,
so, aku akan pegi beli twisties,
duduk satu tempat dan nikmati twisties aku tu..
then, tetiba ada orang datang,
mintak nak rasa twisties aku tuh..
korang ingat aku nak bagi..?
sori..
apa yang aku buat, aku akan bagi duit kat dia,
suruh dia beli sendiri..
tak pun kalo kedai dekat,
aku akan bagi dia twisties yang aku tgh makan tu,
aku pegi beli lain..
kedekut..? uiiihhh.. mana ada kedekut..
aku cuma tak bagi kacau aku jer,
tgh nak mendapatkan kepuasan..
kalo nak, amik semua..
or aku kasik duit, pegi beli sendirik..
makan la satu plastik tu..
korang pernah tgh stadi untuk exam,
tetiba adik datang kacau korang..
haaaa... rasa macam tu la terganggu nyer..
pernah sekali aku beli jajan,
aku balik umah, baru jer bukak plastik, member aku mintak sikit..
aku tinggal plastik tu kat dia,
aku jalan balik gi kedai,
aku beli jajan lagi satu,
aku makan depan kedai sorang2..
mesti ada orang kata aku kedekut..
taper ler.. aku cuma nak kepuasan jer..
kalo lepas yang aku beli yang kedua tu,
ada orang mintak lagi,
aku tetap akan buat benda yang sama..
janji aku buleh menikmati makanan aku dari mula sampai habis..
sajer jer,
nak citer pasal perangai pelik aku..
korang tader perangai pelik..?
cerita cerita laa...
Tuesday, April 14, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 4:40:00 PM 2 bebelan setakat ini
They don't have the auto-pilot..
Merenung jauh ke tahun 2001,
tahun ke-4 aku ada kat negara matahari terbit tu..
kohai (junior) baru masuk,
tahun tu ada 2 orang jer,
dua2 pun lelaki,
dua2 pun amik denden (shortform untuk denki denshi : E & E eng.)
sorang nama adzim (aka tobab),
sorang nama zaid (aka bert)..
ntah cemana aku jadi baik ngan diorang..
maybe pasal satu course kot..
masa tu aku dok gesyuku,
sejenis hostel yang disewa dari oyasan (tuan rumah) kepada penyewa..
tapi ntah cemana,
aku tak duduk umah aku,
aku gi merempat kat kaikan (foreign student hostel),
diorang duduk situ..
kebetulan minggu tu minggu exam..
aku repeat paper, sekali ngan adzim n zaid..
kitorang tetsuya (stay up) sampai pagi..
pukul 2 lebih kurang,
zaid macam biasa,
mula bersiap2 nak buat baito shinbun (part time anto surat kabo)..
actually dia tolong gantikan sorang senpai (senior) tu,
kamal (aka manir), pasal kamal pun byk paper kena study..
so, tinggallah aku ngan adzim study 2 orang..
lama lepas tu, zaid tak balik2..
kitorang pun pelik..
takmo study ker..?
agak2 dalam pukul 4 lebih, zaid pun balik..
kitorang terkejut..
zaid balik dalam keadaan cedera..
luka sana sini.. jari kanan luka n bengkak..
mengelabah la kitorang..
dia kata dia eksiden..
moto surat kabo yang dia bawak tu lost control..
kitorang pun kesian laa..
suruh dia rehat apa yg patut..
pastu kitorang pun tanya la,
cemana dia leh eksiden..
dia pun cerita macam nih..
"korang tau dak visor penahan angin depan moto tu..? aku tampal peta rumah yang aku nak anto surat kabo tu kat situ.. tengah aku bawak moto tu, peta sebelah kiri tu terkelepet.. so, aku tahan la ngan tangan kiri aku.. tak lama pastu, belah kanan pulak terkelepet.. so, aku pun tahan la pulak ngan tangan kanan aku.. terus masuk longkang.."
kitorang bantai gelak giler babi..
tanpa memperdulikan dah kecederaan yang di alami beliau..
alasan dia, pagi2 buta tu kepala otak dia tak berpusing..
hahahaha..
aku ingat aku sorang jer bendul..
sekian, memori aku yang lepas..
(EDITED)
to bert..
sori ler.. bukan nak memalukan ko..
sajer terkenang kisah dulu..
ko ingat dak lagi..?
Tukang karut ialah bendul pada 8:09:00 AM 9 bebelan setakat ini
You'll regret it, if..
korang..
dah lama dah aku nak tulih pasal nih..
tapi tak cukup idea..
ari ni baru cam rasa leh tulih..
it's about do and don't semasa bercinta..
tu pun kalo korang planning untuk kahwin ngan couple korang..
kalo korang bercinta bukan pasal nak kahwin,
lantak korang laa..
aper2 hal, nih pendapat aku..
terpulang korang nak terima atau dak..
komen takper, tapi jangan marah..
ni pun bukan nak kata pengalaman aku..
dah hidup 30 tahun lebih nih,
aku kutip sikit2 daripada cerita orang sekeliling aku..
apa yang diorang luahkan,
apa yang aku rasa betul..
1) Telepon/SMS
Jangan : jadikan tepon/sms pasangan anda setiap hari setiap masa adalah satu kewajipan..
Sebaiknya : tepon/sms bila rasa perlu or emergency sajer..
Sebab : kalo takat nak bagi tau pagi ni breakfast aper, pakai bedak jenama apa masa nak kuar rumah, tak payah.. nanti korang dah kahwin, tak payah bagitau, korang leh nampak sendirik..
2) Kongkong
Jangan : kongkong pasangan anda..
Sebaiknya : biarkan sajer dia nak buat apa dia nak..
Sebab : sebelum kahwin, yang lelaki mungkin jaga diri sendiri.. tapi yang pempuan, mak bapak dia, abang2 or adik lelaki dia yang patut jaga..
3) Pengorbanan
Jangan : berkorban habis2an demi pasangan anda..
Sebaiknya : bersifat fleksibel dan jujur..
Sebab : level priority orang sekeliling masih tak berubah sebelum anda kahwin.. asal2 family no 1, jadi family no 2.. silap2 family sendiri no 3, family pasangan anda lak jadi no 2..
4) Ubah sikap baik
Jangan : ubah sikap baik anda semata2 pasangan anda nak anda ubah.. contoh, anda suka berkebun, tapi pasangan anda tak suka pasal dia kata kotor la apa la..
Sebaiknya : be yourself.. kalo pasangan anda tak suka, dia buleh blah carik orang lain.. pastikan anda mempunyai sebab yang kukuh untuk mempertahankan sikap baik anda..
Sebab : yer laa.. sikap baik dah ada, nak ubah2 pasal per plak..
5) Pertimbangan
Jangan : hilang pertimbangan semata2 nak ikut cakap pasangan anda..
Sebaiknya : bincang dengan orang lain yang lebih arif dan berpengalaman jika menerima sesuatu arahan dari pasangan..
Sebab : kebolehan menilai kita akan jadi lemah secara otomatik bila bercinta.. apa semua yang pasangan kita cakap, buleh jadi semuanya betul.. padahal tak..
6) Tempat bergantung
Jangan : letakkan hidup dan mati anda pada pasangan anda.. jangan sesekali membentuk diri anda supaya jadi tak buleh hidup tanpa pasangan anda..
Sebaiknya : bentuk diri supaya jadi boleh berdikari, walaupun tanpa pasangan anda..
Sebab : Komitmen selepas berkahwin tak akan membenarkan anda berkepit dengan suami/isteri anda 24 jam sehari..
7) Ucapan sayang
Jangan : anggap ucapan sayang dari mulut pasangan anda adalah perasaan dia yang sebenar..
Sebaiknya : nilaikan perasaan sayang dia dari semua segi..
Sebab : yang jujur hati, bukan mulut..
8) Kesempurnaan
Jangan : ingat pasangan anda tu lah yang paling sempurna dengan anda..
Sebaiknya : anggap pasangan anda itu yang terbaik buat anda..
Sebab : takde orang yang sempurna dan semua orang cuba nak jadi sempurna, tapi cuma dapat jadi yang terbaik sahaja..
Kesimpulan
Sebelum berkahwin, yang penting kita jangan terlalu obses dengan perasaan cinta kita.. perasaan cinta tu mempunyai kuasa yang sangat hebat sehinggakan kita buleh transform jadi orang lain semata2 kerana cinta..
ramai yang kononnya seolah2 macam dah nampak situasi masing2 selepas berkahwin.. tapi ramai jugak yang gagal menjayakan impian masing masing kerana situasi selepas berkahwin dan sebelum berkahwin sangatlah berbeza..
ramai yang tak dapat menjangka bebanan komitmen yang datang selepas berkahwin..
berkahwin bukanlah sekadar hidup bersama, i love u, u love me..
kepandaian, kesabaran, ketakwaan adalah sangat penting..
sebelum berkahwin, kita tiada apa2 hak atas pasangan kita..
jangan pandai2 nak suruh buat itu buat ini, bila tak buat merajuk la, marah la, aper la.. just imagine, kalo sebelum kahwin dah bergaduh memacam, apa lagi lepas kahwin..?
aper2 hal pun,
just stick to the rule, baik lelaki atau perempuan..
sebelum kahwin, anda ada hak nak buat apa anda nak buat..
selepas kahwin, hak anda telah ditetapkan syarak..
terpulang kalo rasa mampu tinggalkan benda2 "jangan" kat atas tu lepas kahwin..
sebab kebanyakannya tak buleh..
saya bukan la ustaz, pakar kaunseling or anybody..
just pandangan sendiri jer..
kepada yang belum berkahwin,
anggap jer lah sebagai nasihat daripada orang2 yang dah lalui..
kepada yang sudah berkahwin,
agree..?
Monday, April 13, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 8:00:00 AM 12 bebelan setakat ini
ラベル: bebas, bebel, isu semasa, kawin, mentaliti, psikologi, sembang2
I'm a bad customer..
Today after break time,
aku kena pegi tooling (mould) maker kat juru,
nak explain design tooling baru..
aku pegi ngan haruna-san, the factory manager..
aku yg drive..
tempat tooling maker tu,
kena lalu auto city dulu..
then, sampai jer auto city,
"azuri.. ko-hi demo nonde ikou ka..?"
(azuri.. aper kata kita minum kopi dulu sebelum sampai sana..?)
"ii desu yo.."
(boleh sajer..)
"ore ogotte ageru kara.."
(saya belanja..)
"hait, arigatou gozaimasu.."
(terima kasih)
so, singgah la kami dulu dekat one of coffee shop dekat situ..
kami pun masuk dan order..
bos aku order aper, aku tak ingat..
then, masa aku order plak..
"may i have your order sir..?"
"ice caramel macchiato.."
"you means ice caramel latte..?"
"no, ice caramel macchiato.."
"ok, ice caramel latte.. blended or non blended sir..?"
masa nih aku dah nak panas sket..
lain yang dicakap, lain pulak yg dia paham..
ice caramel macchiato tu mmg feberet aku..
since bos aku belanja,
aku pun malas nak bising2..
"just give me non blended one.."
sementara nak tunggu tu,
tengok keliling kedai tu,
kot2 ada apa2 yg menarik..
tiba2..
aku gelak sorang2..
malu giler..
iced caramel macchiato tu menu starbucks..
aku tgh dok ada kat coffe beans..
mana la nak ada..
mesti orang kedai tu bengang giler kat aku..
gi order menu starbucks kat coffe beans..
hahahahaha..
seolah2 macam order big mac kat kfc la kan..
Friday, April 10, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 6:30:00 PM 8 bebelan setakat ini
Colour up your life..?
Hari ini lain sikit..
hujan lebat waktu pagi..
selama beberapa minggu nih,
petang yg hujan lebat,
membawa ke malam..
tapi hujan dari semalam,
membawa ke pagi nih..
so, ramai tak datang kejer..
pasal ramai naik moto..
hujan mmg lebat pagi nih..
sampaikan orang yang paking kereta depan pintu kilang pun,
distance tak sampai 10 meter pun,
kena pakai payung nak masuk kilang..
kalo dak, lenjun..
aku pun terpaksa guna payung gak,
walaupun tak berapa suka..
pasal aku jenih lebih suka redah hujan..
tapi kalo belum stat keja dah kuyup,
tak syok la kan..
pakai la jugak payung..
masuk jer lobi,
byk payung2 bergelimpangan..
memacam kaler ada..
menarik la plak..
aku pun parking la payung aku kat situ gak..
so,
soalan nyer..
mana satu payung aku..?
hahahahah...
sapa dapat teka betul,
ada hadiah..
especially yang bakal hadir pada next northern bloggers gathering..
hadiah tak lah menarik mana..
tapi still hadiah..
belanja air segelas pun,
kira hadiah jugak kan..
apa lagi,
mari kita lihat siapa yang kenaaaaa....!!!!!!!
Thursday, April 09, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 11:14:00 AM 8 bebelan setakat ini
I forgive u..
Last Saturday,
another hell of a day for me..
(cakap melayu ler senang..)
ari tu,
aku ngan yana, ngan nopal, ngan mak yana, ngan shifa (anak pijan),
gi umah umah kak kat bm..
citer nyer bermula masa balik tu,
lepas amik tiket tol kat juru..
masuk gear 3,
yana tegur ada bunyi pelik kata dia..
aku kata bunyi jalan tak rata tu..
beberapa puluh meter lepas aku cakap tu,
lagi kuat bunyi nyer..
dan sah, tayar keta aku pancit..
benti la kat tepi tu,
usha sat, looooorrrrrr......
pecah berderai taya aku..
tools lak, serasa aku mmg takder..
cuma ada taya spare jer, yang tak tau ada angin ker dak..
aper2 hal,
call "satu - lapan ratus - lapan lapan kosong - kosong kosong kosong",
(sila nyanyi ikut nada dan lagu yang telah ditetapkan..)
dia suruh tunggu kejap,
dan aku pun mmg ingat kejap pasal dekat jer ngan tol juru yang beso tu..
masa tu pukul 4 petang..
panas.. naufal mula merengek2..
yana pun membebel2 bila naufal merengek2..
aku dok luar keter,
pasal takmo terlibat ngan perbalahan antara naufal ngan yana..
hehehe..
usha lalu lintas highway tu,
nampak laju jugak keter2 nih..
lama2, makin pelan..
tgk kat depan tu,
tetiba jalan jadi jem..
makin lama makin teruk..
iskkk.. ada eksiden la tu..
traffic boleh kata lansung tak jalan..
maka, secara otomatik,
kami jadi perhatian petang tu..
jam dah pukul 5..
sejam dah tunggu,
plus ronda tak datang2 lagik..
tepon lagi sekali..
dia kata plus ronda terpaksa gi tolong eksiden yang kat depan tu dulu..
dia suruh aku bersabo..
iskkk..
aku leh bersabo tunggu plus ronda..
tapi aku takleh sabo tgk diorang dalam kereta tu panas..
so, aku pun suruh yana kol abang dia datang amik..
dalam kul 545, abang dia sampai..
rupanya eksiden sebelah sana,
bukan sebelah sini..
yang jem sebelah sini tadi pasal semua orang bodoh2 belaka..
eksiden belah sana, pegi slow keta sampai jalan jadik jem..
lepas yana ngan nopal semer balik,
tunggu la aku keseorangan..
aper2 hal, dah pesan kat abang yana suh bawak taya spare datang pulak lepas tu..
masa tadi datang taya takleh bukak,
ketat yang amat..
suh dia datang bawak kelengkapan semer..
sampai pukul 630,
jalan dok jem lagi..
aku dah mula membebel sorang2..
marah pada org yang eksiden tu..
dah la potong trip..
aku yang panggil plus ronda dulu..
kalo ko tak eksiden, dah lama dah aku leh balik..
yang plus ronda plak,
ada satu keter jer ker..?
takkan semer pegi tolong eksiden kot..?
nak jadi cerita,
pukul 730 baru la plus ronda datang..
nak marah pun tak der mood dah..
layan jer laa..
marah2 kang, diorang blah begitu sajer nanti,
lagi jadi susah..
still aku terpaksa pam taya spare aku,
sambil pakcik tu tolong bukak kan taya aku yg pecah tu..
tanya la jugak ngan pakcik plus ronda tu,
apa yg eksiden teruk sangat tu..?
dia kata eksiden 4 bijik..
mati sorang, chinese naik viva..
errrkkk..!!?? mati..!!??
lepas dah siap tukar tayar seme,
salam2 lebih kurang,
aku gerak balik..
jalan dah tak jem dah..
tetiba aku jadik kesian kat org yg eksiden tu..
dah la aku maki2 dia tadi pasal potong trip aku..
pikir2 balik..
aku,
tunggu 3 jam suku,
keter aku leh jalan balik,
aku sendiri yang drive keter aku,
dan aku dapat jumpa yana n naufal balik..
dia plak,
eksiden jer terus plus ronda datang,
keter dia hancur remuk..
ambulan drivekan dia ke hospital..
dan dia dah tak dapat jumpa dah family dia..
seteruk mana keadaan kita,
ada yang lagi teruk..
tak payah la nak maki2,
nak bebal2 bila kena timpa musibah..
orang lain punya musibah beratus2 kali ganda,
siap tak sempat nak maki2 n bebal2 lagi,
pasal dah putus nyawa..
alhamdulillah, syukur....
kepada mangsa, (wherever you are..)
maafkan saya sebab marah2 kat anda..
saya tak tahu kata nak jadi macam tu kat anda..
jgn hantui saya lepas ni yek..
and to plus ronda,
need some improvement..?
nasib anda baik pasal saya tunggu 3 jam setengah pun,
saya tak komplen kat surat khabo..
orang lain, saya tak tahu..
Tuesday, April 07, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 11:11:00 AM 3 bebelan setakat ini
I wonder.. (No. 1)
I got too many questions that i've never asked..
Asking would make me looks stupid,
or idiot, or out of date..
even make someone feels offensed..
then,
i figure out why not me asking here..
since maybe somebody would answer me..
without me fell embarassed..little bit maybe..
there is no punch to hit me on the nose..
"cyber punch" won't do any harm..
so, let's ask..
I wonder....
"Why there are so many women hygiene products, but none for men..?"
me doubt : men need to be hygiene too..
Anyone..?
Wednesday, April 01, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 12:51:00 PM 9 bebelan setakat ini
ラベル: soalan