korang..
dah lama dah aku nak tulih pasal nih..
tapi tak cukup idea..
ari ni baru cam rasa leh tulih..
it's about do and don't semasa bercinta..
tu pun kalo korang planning untuk kahwin ngan couple korang..
kalo korang bercinta bukan pasal nak kahwin,
lantak korang laa..
aper2 hal, nih pendapat aku..
terpulang korang nak terima atau dak..
komen takper, tapi jangan marah..
ni pun bukan nak kata pengalaman aku..
dah hidup 30 tahun lebih nih,
aku kutip sikit2 daripada cerita orang sekeliling aku..
apa yang diorang luahkan,
apa yang aku rasa betul..
1) Telepon/SMS
Jangan : jadikan tepon/sms pasangan anda setiap hari setiap masa adalah satu kewajipan..
Sebaiknya : tepon/sms bila rasa perlu or emergency sajer..
Sebab : kalo takat nak bagi tau pagi ni breakfast aper, pakai bedak jenama apa masa nak kuar rumah, tak payah.. nanti korang dah kahwin, tak payah bagitau, korang leh nampak sendirik..
2) Kongkong
Jangan : kongkong pasangan anda..
Sebaiknya : biarkan sajer dia nak buat apa dia nak..
Sebab : sebelum kahwin, yang lelaki mungkin jaga diri sendiri.. tapi yang pempuan, mak bapak dia, abang2 or adik lelaki dia yang patut jaga..
3) Pengorbanan
Jangan : berkorban habis2an demi pasangan anda..
Sebaiknya : bersifat fleksibel dan jujur..
Sebab : level priority orang sekeliling masih tak berubah sebelum anda kahwin.. asal2 family no 1, jadi family no 2.. silap2 family sendiri no 3, family pasangan anda lak jadi no 2..
4) Ubah sikap baik
Jangan : ubah sikap baik anda semata2 pasangan anda nak anda ubah.. contoh, anda suka berkebun, tapi pasangan anda tak suka pasal dia kata kotor la apa la..
Sebaiknya : be yourself.. kalo pasangan anda tak suka, dia buleh blah carik orang lain.. pastikan anda mempunyai sebab yang kukuh untuk mempertahankan sikap baik anda..
Sebab : yer laa.. sikap baik dah ada, nak ubah2 pasal per plak..
5) Pertimbangan
Jangan : hilang pertimbangan semata2 nak ikut cakap pasangan anda..
Sebaiknya : bincang dengan orang lain yang lebih arif dan berpengalaman jika menerima sesuatu arahan dari pasangan..
Sebab : kebolehan menilai kita akan jadi lemah secara otomatik bila bercinta.. apa semua yang pasangan kita cakap, buleh jadi semuanya betul.. padahal tak..
6) Tempat bergantung
Jangan : letakkan hidup dan mati anda pada pasangan anda.. jangan sesekali membentuk diri anda supaya jadi tak buleh hidup tanpa pasangan anda..
Sebaiknya : bentuk diri supaya jadi boleh berdikari, walaupun tanpa pasangan anda..
Sebab : Komitmen selepas berkahwin tak akan membenarkan anda berkepit dengan suami/isteri anda 24 jam sehari..
7) Ucapan sayang
Jangan : anggap ucapan sayang dari mulut pasangan anda adalah perasaan dia yang sebenar..
Sebaiknya : nilaikan perasaan sayang dia dari semua segi..
Sebab : yang jujur hati, bukan mulut..
8) Kesempurnaan
Jangan : ingat pasangan anda tu lah yang paling sempurna dengan anda..
Sebaiknya : anggap pasangan anda itu yang terbaik buat anda..
Sebab : takde orang yang sempurna dan semua orang cuba nak jadi sempurna, tapi cuma dapat jadi yang terbaik sahaja..
Kesimpulan
Sebelum berkahwin, yang penting kita jangan terlalu obses dengan perasaan cinta kita.. perasaan cinta tu mempunyai kuasa yang sangat hebat sehinggakan kita buleh transform jadi orang lain semata2 kerana cinta..
ramai yang kononnya seolah2 macam dah nampak situasi masing2 selepas berkahwin.. tapi ramai jugak yang gagal menjayakan impian masing masing kerana situasi selepas berkahwin dan sebelum berkahwin sangatlah berbeza..
ramai yang tak dapat menjangka bebanan komitmen yang datang selepas berkahwin..
berkahwin bukanlah sekadar hidup bersama, i love u, u love me..
kepandaian, kesabaran, ketakwaan adalah sangat penting..
sebelum berkahwin, kita tiada apa2 hak atas pasangan kita..
jangan pandai2 nak suruh buat itu buat ini, bila tak buat merajuk la, marah la, aper la.. just imagine, kalo sebelum kahwin dah bergaduh memacam, apa lagi lepas kahwin..?
aper2 hal pun,
just stick to the rule, baik lelaki atau perempuan..
sebelum kahwin, anda ada hak nak buat apa anda nak buat..
selepas kahwin, hak anda telah ditetapkan syarak..
terpulang kalo rasa mampu tinggalkan benda2 "jangan" kat atas tu lepas kahwin..
sebab kebanyakannya tak buleh..
saya bukan la ustaz, pakar kaunseling or anybody..
just pandangan sendiri jer..
kepada yang belum berkahwin,
anggap jer lah sebagai nasihat daripada orang2 yang dah lalui..
kepada yang sudah berkahwin,
agree..?
Bila anak mengikut.
4 years ago
12 Comments:
watashi suka n3 nih!
tq for sharing!!
nk promote blog yg ilang aritu
http://vanillasky8.blogspot.com/
wahhh ini berapa tahun buat research ni...
very good info...
Mmg betul sgt semua tu..aku paling benci boyfriend yang mengongkong nak mampus lepas tu marah2 kalau tak ikut cakap dia..pegi mampus la kau.. aku kesian kat kwn2 aku yg dpt bf macamtu.
errmm..
sebab aku keikensha, kire confirmed la kesashihan teori-teori ko tuh.
=)
hurmmm...berjaya membuka minda...bagus22
hana: no 3 jer..? so, jangan la berkorban membabi buta yer.. kena banyak nerpikir dulu sebelum wat sesuatu..
layarlara: tader la beberapa tahun buat research.. cuma beberapa tahun mendengar dan mengalami jer..
ayaq: sila jangan emo di dalam blog aku.. hua hua hua..
aku pun tak suka jugak pempuan yang mengongkong bf dia.. ader ker nak gi karoke pun tak buleh.. isk isk isk..
sama jer la laki ke pempuan kan..
azil: uihhh.. sampai semua pun dah merasa.. hahahah.. tsurakatta neee.. otagai sama.. huhuhuhu..
fana: kalo dah terbuka minda tu, buleh lah dipraktikkan.. semoga berjaya..
Aku lum kawin n tiada gf.. Hihihi So terima kasih atas nasihat itu..
amir: amir.. ni dari lelaki ke lelaki.. kalo nak selamat, tolong lah amik nasihat aku tu.. hua hua hua.. tak caya gi tanya sesapa yg dah kawin lama..
hehe...yer yer senpai..ryoukaishimashita!
agreeeeeeeeeee!!yg pnting jgn kongkong pasangan anda...yuhuuuuuuu!!
betul..sokonng2..suka2...
tapi sedih..sebab penat aku kena kongkong..jaga diri..x berkawan ngan orang..padahal dia yg boleh bermain kayu tiga..cittt..
guide yg sgt useful utk sy yg akan berkahwin :P
sy cuma harap sy dah buat pilihan yg terbaik :p dan sy juga yg terbaik utk dia..:D
Bro, dwi bulanan cadangan dari sy 9th or 10th May.. whats say u abt the date? let me know ya..
ingat nak ajak korang2 gi makan kat dataran ikan bakar plak this time around...yiahhaah
Post a Comment