Guilty, and so be me..

hmmm.. nak buat macam mana..
yer la.. nama pun manusia..
buat silap kan perkara biasa..
bukan disengajakan..
dah keadaan tak mengizinkan..
tapi jangan la biarkan aku tertekan..


citer nih dah lama,
berlaku tahun lepas adanya..
yana was expecting naufal..
doktor kata, due middle july..
26-Jun-2007 roadtax keter mati ..
duit nak renew roadtax tu mmg dah ready..

then, tiba masanya..
naufal dah tak sabar2 nak tgk mama ngan papa dia,
23-Jun-2008,
naufal yg lemas dalam perut terpaksa diselamatkan..
yana kena operate,
masa tu sgt2 la rasa perit..
and there goes the roadtax money..
both of yana n naufal in hospital make me crazy..
follow the story here..

keter tader roadtax, tak buleh letak tepi..
dah buat, tapi blom dapat lagi..
29-August baru siap..
cepat2 dapat aku berharap..
nak gi klinik n hospital bawak yana n naufal..
takkan nak naik moto, nak carik pasal..?

sehari sebelum dapat roadtax,
pick up yana n naufal, bwk gi klinik,
on the way pegi tader roadblock,
masa balik ada pulak roadblock,
betul2 lepas corner,
aku lansung tak percaya..
roadblock jpj plak tu,
terketar2 la aku kat situ..

dapat kompaun 2 kesalahan yg tidak buleh disaman..
tader roadtax n tader insuran..
kena masuk court lagi 3 bulan..
jenuh explain kat pegawai jpj dia tak layan..
citer kat situ buang masa,
pegi explain kat hakim kata dia..

so, pegi la aku ke court sana,
merayu kat hakim dengan duit dalam poket 20 inggit jer..
saman kena bayar lepas bicara,
hakim kata 20 inggit tak buleh dikira..
300 inggit terpaksa disedia,
hari bicara ditetapkan semula..
pasal takder duit, kes tu lansung aku lupa..

sampai lah tarikh 6-October-2008,
aku baru perasan yg lesen aku dah mati 4-November-2008..
gi pejabat pos nak renew,
tak buleh kata kerani tu..
dia suruh check ngan jpj,
aku pun gi bukak homepage..
check punya check rupanya blacklist,
member yg tgk semer tersenyum sinis..

pegi lah aku ke jpj nak setel,
pegi pun, member tlg drive keter..
jpj kuarkan saman lagi sekali..
29-October-2008 kena pegi court lagi..!!
nasib baik tarikhnya lepas gaji,
cuma takut bos jer tak bagi cuti..

hari bicara aku nekad bawak 200 jer..
apa nak jadi, jadi ler..
alhamdulillah, hakim good mood hari tu,
kena bayo 200 jer dia kata kat aku..

abih bayo saman, pegi ke jpj balik..
tak renew lesen, pegi kejer aku tak buleh ulang alik..
sampai jpj, dia kata system rosak,
tanya sampai bila, dia pun tak tau bila buleh bukak..
explain kata dah bayo saman untuk renew lesen,
tapi saja jer dia buat muka seposen..
aku tanya "macam mana kalo saya kena tahan jpj nanti..!?"
dia kata "ohhh.. itu di luar bidang kuasa kami.."

bukan nak membuka pekung di dada,
cuma nak bagi semer org paham cerita..
lagi satu, terasa dgn jawapan jpj kat atas tu..
buleh ker di cakap macam tu..?
sepatutnya dia membantu,
org yg dalam kesusahan macam aku..

Monday, November 03, 2008

11 Comments:

Ayaq masak said...

Ko salah taun lagi. 2007 lah bukan 2008.

Huhu pape pun simpati kat ko.

Nurmala said...

diorg ni mmg kuang ajo...tak kena kat batang hidung depa..sbb tu berlagak lagu tu.. sbb kalau kena kat depa pon, diorg tunjuk pass je..aku org dalam..huhu..terlepas..wak!!! abis la aku kena saman cam nih..

hah..kan dah kua slanga utara..wakakaka

shafa said...

Sudah jatuh ditimpa tangga, ini bapak punya tangga besar. Lps ni ko mintak jadi pegawai JPJ la plak, baru xda org saman.

bendul said...

ayaq: issskk.. cemana nih.. kantoi la plak.. ingat perfect dah.. kalo tuko gi 2007 dah tak jadik berirama gitu.. ada idea..?

nurmala: org dalam yer.. kasik la pass kat aku jugak.. sini byk roadblock jpj wooo..

shafa: mati idup semula aku takkan kerjer dengan opis kerajaan.. membuatkan minda aku tak berkembang, dan memandom kan lagi diri ini..
(sori yek, kalo sesapa kejer kerajaan..)

Ayaq masak said...

Ahh dulik. irama tak irama. aku cepat konfius. kekonfiusan aku harus didahulukan sebelum irama. hahahaha.

p/s: word verify aku: maniac. macam paham2 je hati aku si blog ni.

Miss aiza said...

Sorry to hear bout ur story. Pepe pn aku nie tak berapa suke orang yang berlagak gile bile minta tlg dan pendapat, mentang mentang la kte dlm kesusuhan. BTW, kebanyakkan mereka haruslah mempelajari "manners", and masuk kelas balik tuk blaja cara cara macam mana tuk customer service.

Ceera said...

ko ni buat aku cuak ok.. aku dah la tak renew lagik aku nye insurans and roadtax.. huhu

bendul said...

ayaq: kalo camtu, aku pentingkan irama aku dari kekonfiusan ko.. hahahah..

aiza: yer.. diorang dok kelam kabut dulu pasal "Q", tapi lansung takder.. memasing kena gi training bebetul dulu..

ceera: haaaaa... jaga2.. mereka berada di mana saja, tanpa kita duga.. hua hua hua.. sayangilan duit anda..

Mama_Nofal said...

kojaq namanya org JPJ ni..

~ mizzAmy ~ said...

~ jangan wat main ngan diorg nih. suka nak perabis duit orang jer. nasib my name tak dek lagik dlm list. kalau tak, sia2 jer nak bazirkan duit nak bg kat diorg.. ~

Manusia Secondhand said...

macam lirik lagu la pulak..biasa la benda2 camni..jenuh explain n complain pun wat tatau ja depa tu..

Quote klise

"ohhh.. itu di luar bidang kuasa kami.."

 
You will never learn... - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger