Manusia mati tinggalkan pangkat..?

pangkat..
pangkat penting ker..?
penting la kot..
tan sri, dato', datin, manager, advisor, engineer bla bla bla..
operator pun pangkat jugak..

pentingnya pangkat mungkin hanya pada tujuan asal pangkat tu diberi..
just untuk kita tahu siap yang patut bertanggung jawab,
atau empunya pangkat tahu tanggungjawab dia..

tapi..!!
kebanyakan kita menafsirkan pangkat lebih dari tujuan asalnya..
kita dah mula menafsir,
pendapatan seseorang dengan pangkat..
cara hidup seseorang dengan pangkat..
perangai seseorang dengan pangkat..
mentaliti seseorang dengan pangkat..
dan byk lagi..

"alaaa. dia ni manager, mesti gaji 6-7 ribu punya.."
"kalo dah nama ADUN tu, mesti kaki joli punya.."
"mana ada anak datuk tak berlagak..? semua berlagak tau dak.."
"dah nama prebet, bodoh la tu.. takat SPM jer tau.."

biasa la jugak dengar ayat2 kat atas kan..

hmmm..
bagi aku, pangkat tu tader aper2..
tanggungjawab dipikul tu lagi penting..
kebolehan dan skill is the most important..

biar lah prebet, tapi lagi sharp shooter dari mejar..
biar lah operator, tapi gaji lepas campur overtime lagi banyak dari supervisor..
biar lah kerani, tapi lebih jujur dari manager..

tolong jangan nilai pangkat..
kepada yang menilai aku dengan pangkat,
please stop it..
i kill u if i know u do it..
korang ingat aku engineer,
aku tak boleh jalan mesin..?
aku buleh cakap jepun,
korang ingat jepun tu bagi increment byk kat aku..?
korang mintak 20 ringgit untuk sesi badminton yang tak tentu aku pegi ke dak,
aku tak bagi, korang nak bising kata aku kedekut..?
(gaji banyak makan sorang2 la konon..)
fu*k off..
tabung anak aku pun aku tak isi 20 ringgit sebulan,
aku nak kasik korang 20 ringgit..

sekian, tensen aku hari ini..

Thursday, July 23, 2009

Cepat lah...!!

Citer ni terjadi beberapa tahun dulu,
masa aku stadi kat jepun..
(iskk.. ada la 10 tahun lepas kot..)

sebelum pegi ke jepun,
dah di ajar perkataan "reigi tadashi",
yang membawa maksud proper manner..
perkataan ni menunjukkan kepada orang jepun yang mempunyai adat,
iaitu adat berbudi bahasa kepada orang lain..

then, masa aku kat sana pun,
mmg nampak la, ke'proper'an adat tu..
hormat satu sama lain..
morning wish tu macam satu kemestian..
"sumimasen" (i'm sorry) takleh lekang dari mulut..
seronok ngan adat tu..

so, bila dah tau benda tu benda baik,
why not kita pun ikut kan..?

satu contoh,
kat jepun biasanya, kalo jalan jem,
orang nak kuar dari simpang tepi jalan mmg tader masalah..
anytime, somebody akan prihatin,
offer kita untuk join the queue..

satu hari, aku tgh drive..
laluan jalan aku tu jem..
slooooooow sangat2..
mmg panjang giler laa jem..
then, belah kiri depan kereta aku,
aku nampak ada sorang mamat nih nak kuar,
bagi signal nak ke kanan.. (nak masuk jalan belah sana la kira..)
so, aku pun cuba nak jadi prihatin jugak..
yer la, mana la tau kalo aku tak kasik dia jalan,
berejam dia kena tunggu, sian plak..

then, keter depan aku mula la berjalan semula..
aku tak la jalan pasal aku nak bagi jalan kat dia..
line sebelah pun tader keter yg datang..
tapi ntah pasal aper, mamat tu takmo kuar..
dia pandang aku semacam jer..
aku pun hon la kat dia,
kasik tau suruh dia jalan..
pun dia tak kuar gak..
aku siap buat action tangan, suruh dia jalan,
pun dia pandang aku pelik semacam jer..

aku mula naik tensen..
aku nak buat baik, dia takmo plak..
keter depan dah jauh dah jalan..
last2, aku bengang, aku hon dia kuat2 sambil buat muka bengang..
baru la dia kuar..
marah la aku kan..
semata2 aku benti nak kasik dia jalan,
tapi dia takmo..

masa keter tu lalu,
mata aku tak lepas2 pandang mamat tu..
sampai la mamat tu lalu sebelah aku pun,
aku dok pandang lagi..
sampai lah ketika keter mamat tu melewati keter aku,
ekor mata aku masih lagi nak tgk mamat tu melalui cermin pandang belakang..

masa tu lah,
baru aku sedar,
belakang keter aku tader keter lain..
aku yang last sekali..

best dak aku..? macam bendul kan..

Tuesday, July 21, 2009

Yang mana satuuuuu, idaman kalbu...?

korang tau dak,
pasal baju pun boleh membuatkan suami tensen..
mana tak nyer,
boleh jem otak suami,

bila suami pakai selekeh, isteri kata
"abang nih selekeh la..!! nanti orang cakap laki sapa la selekeh sangat tu.. malu tau tak.."

bila suami pakai biasa, isteri kata
"asyik2 baju tu, asyik2 baju tu.. baju raya beli banyak2 bukan nak pakai.. rugi duit ja beli.."

bila suami pakai smart, isteri kata
"haaa..!! tu pakai lawa2 nak pi mana tu..? dah la hensem, pakai lawa2 satgi marka usha, berkenan plak..!!"

hmmm.. bogel jer boleh dak..?

Monday, July 20, 2009

All apologies..

Dear all..

mmg lately tak der hapdet..
byk idea..
tapi bila duduk depan pc,
start jer nak tulih,
mula la orang tu orang ni datang mintak wat kejer tu kejer ni..
then mula la ilang mood..

taper laa..
sendirik pun dah rasa blog nih makin teruk..
so, rasa macam nak berazam la plak..
start next week,
nak try hapdet sehapdet yg mungkin..
nak carik jugak masa..
nak try wat macam pocket suruh,
hapdet siap2 kat umah,
then sampai opis just copy paste jer..

so, till then..
ari ni pun tak dapat nak hadap pc lebih dari 15 minit..

Friday, July 10, 2009

 
You will never learn... - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger