Tarikh : 26 May 2008
Jam : 2130
Lokasi : Kem Askar Melayu DiRaja
Pada tarikh, waktu dan lokasi di atas, Kolonel bertugas telah berjaya menawan dan mengepung musuh yang didakwa mengancam kem Askar Melayu.. Musuh telah berjaya ditangkap ketika sedang bermain-main dengan peralatan hak milik Askar Melayu, dan semasa musuh ditawan, Kolonel bertugas telah mendapati musuh berada di dalam keadaan basah, akibat musuh bermain dengan air tumpahan baldi yang ditumpahkan oleh musuh sendiri.. Kolonel bertugas terkejut kerana mendapati air tumpahan tersebut berwarna merah, dan mendapati air itu sebenarnya adalah air perahan baju kurung merah isteri kolonel sendiri..
Kolonel bertugas dengan pantas menangkap musuh, menanggalkan seluar musuh dan memastikan pampers musuh tidak basah, kerana Kolonel bertugas merasakan pampers yang dipakai musuh baru saja ditukar.. Kolonel bertugas agak merasa tertekan kerana isterinya menyalahkan beliau yang membiarkan musuh berkeliaran dan bermain-main dengan harta benda Askar Melayu.. Akibat rasa tertekan, Kolonel bertugas telah membina kubu yang kukuh, dan meletakkan musuh ditengah-tengah kubu agar musuh tidak dapat berkeliaran dan melarikan diri..
Semasa Kolonel bertugas menjalankan tugas menyidai baju isteri beliau yang basah itu, Kolonel dapat mendengar suara musuh merayu-rayu agar dibebaskan.. Kolonel sangat bersimpati dengan musuh, tetapi Kolonel bertugas tidak dapat membebaskan musuh kerana Kolonel bertugas masih lagi mempunyai banyak tugas lain..
Di sini disertakan gambar musuh yang berjaya dirakamkan oleh Kolonel bertugas selepas beliau membina kubu dan mengurung musuh tersebut..
Ahahahaha.. sian anak aku.. selalu kalo takat timbun2 bantal macam tu, dia leh escape jugak.. tapi dia tau kot, aku marah dia lepas dia tumpahkan ayo baldi tu.. dia dok sengap jer tengah2 tu.. huhuhu..
Bila anak mengikut.
4 years ago
6 Comments:
cian musuh tu. ko 'puk' dia tak? jangan... 'puk' yang sedang sedang ajer... eheh
hai... dah besor dah anak ko yek bendul... heheheh...
ahahahaha.. aku tak 'puk' pun.. lately aku jarang 'puk' dia.. asyik dok gomol jer skang nih kasik dia gelak..
Huii...comey anak ko ;;)
P/s: Anak ko laki kn :D bleyh la rekemen kt aku :|
hepp.. bawah umur, nanti kena sebat tau.. uhuk uhuk..
comelll nya...
ahaha.. thanks.. mama dia tersaaaaangat syg kat dia.. papa takleh celen lansung sayang mama kat budak nih..
Post a Comment