Mimpi ngeri ku telah tiba..

2 minggu lepas..
lepas latihan mingguan JPA,
zul bagi tau ada lawan bola,
dengan team dari relau..

aku lak 3 tahun tak main bola,
mesti muntah punya nih..
tapi pikir2 balik, bila lagi nak main..
ni la masa nak menunjukkan skill2 lama yg dah berkarat..
aper, diorang ingat "uncle" ni takleh main bola lagi ker..?

so, ptg tu kitorang kumpul kat pejabat JPA sungai bakap,
then bertolak ke relau..
training2 lebih kurang,
mula la bermain..

biasa la..
mmg mengah giler, tu baru lari kejap..
so, kontrol2 la sikit larian tu..
masa dapat bola baru la nak push lari and dribble..

once, aku dapat bola..
aku nampak mamat team lawan sorang ni meluru lari kat aku..
so, aku pun tolak bola ke tepi,
ngan harapan boleh escape dia..

tapi........
bola dapat lepas,
aku nak elak rempuhan dia tapi tak sempat..
mamat tu tak brek, dia rempuh aku..
since dia rendah,
kepala dia betul2 kat tengkuk aku masa rempuhan tu..
dia "heading" kepala aku..
aku jatuh, tak leh bernafas..
mamat tu gi sambung kejar bola..
pengadil tak tiup wisel..
permainan diteruskan masa aku terkapai2 carik oksigen..

akhirnya aku dapat bgn..
tekak aku sakit..
1st half habis, 2nd half aku tarik diri..
tak penat pun, tapi sakit tengkuk n tekak..

balik rumah nak telan air pun sakit,
nak batuk pun sakit,
nak menguap pun sakit..
mlm tu jugak gi klinik,
doktor kata takder apa2,
padahal aku perasan pangkal tengkuk aku dah bengkak..
dapat ubat jer..
takper la..

aku keep continue makan ubat,
then alhamdulillah,
tak sakit dah tengkuk aku,
tak bengkak dah tengkuk aku..

malam tadi..
aku kuar ngan abg long ngan mimi,
lepak minum..
tetiba mimi tanya takder aktiviti lain ker..
abg long ajak karaoke..
kitorang pun pegi..
dan di sini lah mimpi ngeri aku bermula..

aku dah tak boleh menyanyi..
aku ulang balik..
aku dah tak boleh menyanyi..
aku terduduk diam..
abg long pun terkesima dengar suara aku..
dia cool down kan aku, tapi tak memberi makna..

tekak aku perit,
walaupun baru menyanyi 3 baris lagu..
tak boleh nak tarik suara lansung..
lagi satu, baru nyanyi 3 baris udah takleh bernafas..
rasa macam termengah2..

mmg cilaker la mamat yg langgo tekak aku tu..
mmg dia telah mem"cacat"kan aku..
dia tak tau berapa byk "damage" yg dia dah buat kat aku..

sesapa ada tahu cemana nak kembalikan suara..?

Tuesday, May 25, 2010

Aper aper jer laa..

Cerita 1
Tengahari semalam, aku makan sorang..
yana kirim jer suruh beli bihun sup..
aku pegi makan nasik ayam kat tpt slalu,
kedai nasik hainan abg mi..
bebudak kilang aku pun mmg selalu mkn sini,
cuma lately kurang, pasal jemu kot..

dah dekat nak habih makan,
abg mi dtg meja aku, join sekali..
(nak sembang la tu..)

"hang keja kilang hang lama dah ka..?"
"mmm.. 6 taun dah.."
"tu diaaa.. 6 taun dah..?"
"aaa.."
"gaji hang ada dak 8 ratus dah..?"
"haaa..!?"
"gaji hang ada dak 8 ratus lagi dak..?"
"aaaa.. saya bukan operator.."
"laaaa.. ya kaa..? abih tu, hang technician ka..? ehh.. tapi technician baju lain kan..?"
"semua org baju sama jaa.."
"abih tu hang keja apa..? gaji ada seribu dah..?"
"aaaa.. cukup makan jer la abg mi oiii.."

end of conversation..

aku tak salahkan abg mi..
dan aku tak marah pun..
malah aku lagi suka orang ingat aku kejer operator..
dan aku tak pernah cakap aku kejer apa melainkan org terdekat..
(tapi somewhere ada mention aku kejer apa.. name card etc..)

Cerita 2
Hari yg sama, lepas makan tu aku gi klinik..
amik ubat sakit tekak..

sampai klinik, bagi surat dan tunggu..
staf klinik tu all indian girls..
lebih kurang 20-an laa umur..

aku pun tgk lepak baca Times,
then one of the staff panggil aku..

"uncle, mari kejap.."

apaa..!!!???
uncle kepala hotak uncle ko..
meh sini aku seligi dagu ko tgk uncle tak uncle..
dahi aku tak berkedut lagi laa..

sudah cukup tua kah umur 32..?
iskk...

Tuesday, May 11, 2010

 
You will never learn... - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger