Malas..

Dok tengah cuci2 mailbox,
terjumpa satu email,
mungkin masa aku baca, aku tgh sibuk,
tak sempat nak forward kan pada yg lain..

since hari nih dah malas nak update,
aku copy paste jer la isi kandungan mel tu..
mungkin berguna untuk dijadikan panduan pada sesapa..
gambo yg ada attach dalam mel tu,
aku tak boh kat sini..
pasal ada readers yg pregnant, sensitif dll..
kang lansung tak jenguk dah blog aku..

ni ha benda nyer..
baca la yer..

Cecair Mayat disedut sebelum diterbangkan (US Law)Tazkirah

Menarik utk dikongsi bersama...

Assalamualaikum w.b.t.

Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolatkan. Yang saya nak utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US, hatta ada juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka,ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.

Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal (US lah!).

Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah...

Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat.

Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.. Bila nak bawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles , maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya.

Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground).

Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu
siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika simayat itu dikebumikan di US, bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2.

Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya. Ada
waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini diAmerika..?!". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya.

Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi. Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.

Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar.

wallahua'lam bissawwab...

semoga leh dibuat panduan..

p/s: sapa nak gambo, leh bagi email add, nanti aku anto..

Wednesday, November 11, 2009

PMS..

Kalo pempuan ada PMS (pre-menstrual syndrome),
sestgh laki2 pun ada..

aku pun ada PMS..
Petrified Manchester (United) Syndrome..

jgn tegur aku ari nih..
nanti aku lempang sia2 jer..

kalah taper..
dah referee berat sebelah,
nak wat camner..
tunggu jer la game home nanti..

Monday, November 09, 2009

Jodoh, jangan diperbodoh..

ingat nak komen jer kat pocket's post,
tapi rasa macam nak jadi panjang,
and thinking why not i just put it as a post of mine..
bukan nak tiru idea yer..
cuma rasa macam tajuk nih boleh dikongsikan pendapat dari ramai orang,
untuk panduan sestgh org..

bila kata pasal jodoh,
org yg belum kahwin jer yg takut jodoh dia tepat atau tidak..
tapi bagi orang yg dah kawin,
baru ler dikatakan "dah jodoh, nak wat camner.."

how to know he/she is the one for you..?
well, you never know until you tie the knot..
and, even if you tied it, then you realized he/she is not the one,
it's still called jodoh..
as pocket said,
it's written up there..

let me speak the story of mine..
(tetiba cakap omputih lak..)

i used to look for the best one for me since i'm 18..
used to cry for them, each time they left me..
well, others said, "dah tader jodoh, sudah laa.."
even i knew that she was the one..

but i never made it, finding the right one..
once, about whole world knew i was destined with this one girl,
kept saying i will marry her,
still, she is not the one..

i never thought i will live my whole life with yana..
until that moment of this..
i knew it will be a tough journey for me..
if you read the MFB series, you'll know..

but still then, i never thought yana is the wrong one..
she is the best one for me..
i hope in the other life, she will be my angel in heaven..
if it's not her, i won't have this life i'm enjoying,
and the most improtant, i won't have this naufal boy..

we hope for the perfect one,
but you will never get one..
you will only get the best one for you..
and again, you will never know it until you tie the knot..

even if somebody said "jodoh boleh diubah..",
actually it's not jodoh which can be changed,
it's the choice of with who you want to be tied with..
and again,
your jodoh is already written up there..
it will never change..
maybe we need some alteration on the sentence itself..
how about,
"pasangan boleh diubah..",
"pasangan hidup boleh diubah..",
"bakal isteri/suami boleh diubah..",
etc..

but let us think,
if you keep saying above sentences,
what people will think of you..?
play play aaa..?

even in islam, there is not such thing as berchenta sebelum kahwin..
you married him/her without knowing each other before,
you can only berchenta after the first time you met him/her,
and he/she is your jodoh for your whole life....
how's about that for us in this 21st generation..?
don't say it sucks,
it meant to be like that in the first place..
islam's ways of life are never wrong..
but how's about that..?
we keep looking for our jodoh out there,
which we will never find it..

i'm sorry..
not intend to get emo in this particular case..
some even said to me,
"why did you chose yana when you can get better..?"
then, i put it back to them faces,
"how do you know that i will get all the happiness of life when i'm with yana, if i get marry with other girl..?
everybody sucks at own life..
everybody will still sucks the other way if they married others in the first place..

one word..
BERSYUKUR..

Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan (nasib)
sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan
(nasib) mereka sendiri”. (Ar-Ra’ad:11)

Thursday, November 05, 2009

 
You will never learn... - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger