ahad lepas,
selamat la adik pempuan aku,
'diikatkan' dengan lelaki pilihan nyer..
aku cuti kejer 4 hari,
untuk preparation sebelum ceremony,
dan nak kemas2 umah balik lepas ceremony..
agak meriah ler juger,
sampai tak cukup dalam rumah orang nak masuk..
ramai yg lepak kat luar rumah jer..
gambo..?
nak jadi cerita,
bapak aku beli cyber shot last month,
just for sunday awin's ceremony and lan's convo on saturday..
tapi hari jumaat,
awin ngan lan dah terjatuhkan cyber shot tu,
lalu herot lah lens cyber shot tu..
menggelabah jugak telepon sony service centre,
seminggu nak repair kata diorang..
so, pinjam kamera kak ngah jer..
tapi aku masukkan jugak gambo yang aku tangkap,
guna henset aku jer..
masa rombongan lelaki datang,
4-5 orang gak cameraman diorang..
semua digicam cenonet belaka,
ada 2 jer guna digicam beso,
tapi canon EOS ler..
terasa kecik jer aku nih..
so, enjoy the pic..
ada banyak,
aku pilih yg aku rasa nak tunjuk jer..
sebahagian dari hantaran yang awin bagi pada tunang dia..
yang lain ada atas lantai,
tgh alter2..
sirih junjung..
udah bercampur dengan bunga..
kapur, gambir semer takder..
zaman dah berubah kata demer..
ketibaan rombongan lelaki..
kan aku dah kata..
ramai giler..
demer datang 15 bijik keter..
penuh umah..
naufal sedang dikaunseling oleh yana,
sebab naufal takmo berenggang ngan papa dia..
papa dia sibuk nak tangkap gambo..
naufal dok sibuk tanya mama dia,
"papa nana..?" (papa mana..?)
akhirnya aku terpaksa mengalah ngan naufal..
kena usung gak dia merata..
dia pun sibuk nak tangkap gambo jugak..
hantaran yang dah dikumpul2kan..
mana satu laki punya, mana satu pempuan punya,
aku pun dah pening..
the ring..
aku tak sempat nak tangkap gambo masa bakal mentua sarungkan..
sibuk ngan naufal..
marah awin kat aku..
last but not least,
awin and her future husband..
ntah cemana,
diallowedkan jugak bakal lelaki masuk ceremony..
zaman dah berubah kata demer..
Bila anak mengikut.
5 years ago