wohhoo...!! just came back from pulau jerejak.. last saturday n sunday give me a lot of really nice experienced.. why..? i went there for the "Basic First Aid Training", worldwide recognize wooo... learn this and that, what to do on emergency situations.. waaa.. really interesting.. i think you all should go laa.. find some way how to get involve with the training..
after finish training, ada exam, untuk dapatkan sijil yang melayakkan anda menjadi seorang "First Aider".. nih pun worldwide recognize title, means kalo ada sijil nih, pegi negara memana dalam dunia nih pun, still diiktiraf sebagai seorang "First Aider".. yang paling syok, masa buat praktikal untuk CPR.. sebagai org yg tak kedekut ilmu, aku ajo le sikit cemana nak buat CPR.. pasal aku rasa aku lulus exam tu, insya-Allah.. dan dalam 3 bulan lagi, aku akan jadi seorang "First Aider" yang bertauliah..
CPR
1) kalo nampak org yang pingsan tak sedarkan diri, memula kena check sekeliling ada danger atau tak.. takut mangsa tak sedarkan diri pasal gas beracun ker, kejutan elektrik ker.. kita buat CPR, kita lak yg jadi mangsa.. so, after confirm tiada bahaya, depangkan kedua belah tangan sambil berkata "no danger..!!" then, buleh mendekati mangsa..
2) melutut di tepi mangsa (lutut kiri di bahu kanan), tunduk, pegang bahu kiri mangsa dengan tangan kanan dan sebaliknya, tanya mangsa ok atau tidak dengan menanyakan " are you OK..?" sekali di telinga kiri dan sekali di telinga kanan sambil tangan kita tadi menepuk2 bahu mangsa..
3) Jika tiada tindakbalas, panggil sesiapa yg berdekatan, bagitau kat org tu macam nih.. "tolong telepon ambulan, nombor 999, minta diorang bawak AED, lepas tu bagitau kat saya balik".. lebih kurang macam tu la.. tujuan dia, first takut org yg kita mintak tolong tu tak tau no ambulan.. pastu AED tu adalah device yg diperlukan kalu CPR kita tak berjaya memulihkan mangsa.. pastu mintak dia bagitau kita balik tu bertujuan untuk kita estimate berapa lama lagi ambulan nak sampai..
4) dalam posisi yang sama (melutut tadi), tangan kiri pegang dahi mangsa, jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan tolak dagu mangsa untuk mendongakkan kepala mangsa.. kenapa guna 2 jari..? sebab kalo guna semua jari, orang nampak nanti orang ingat kita cekik mangsa, so takut org kata kita la punca mangsa mati.. tujuan dongakkan mangsa ni pasal nak kasik laluan pernafasan dia terbuka dan tak disekat oleh lidah..
5) check nafas mangsa menggunakan pipi dan telinga sambil mata memerhatikan dada mangsa.. (jgn tengok cup apa dia pakai, tgk ada naik turun atau tak..) kalo ada nafas atau dada turun naik, means mangsa masih hidup dan hanya pengsan atau mengalami renjatan.. (renjatan nih bab lain, kalo ada masa aku ajo..)
check nafas ni cuma dibenarkan buat 5 saat sahaja.. pasal per..? nanti aku cerita kat bawah..
6) kalo mangsa tak bernafas, berikan 2 hembusan pertama ke dalam mulut mangsa.. cara dia, dalam posisi kepala mangsa dongak tu, dua jari tgn kiri yg pegang dahi tu picit hidung mangsa dan tiup nafas ke mulut mangsa hingga naik dada mangsa.. lepas tiup, automatik lepas picitan hidung tadi dan dengar balik nafas mangsa sambil mata tgk dada mangsa.. (lagi sekali, jgn tgk cup aaa..)
7) jika mangsa masih tak sedar, lepaskan tangan yg pegang dagu, carik dia punya tulang sternum iaitu tulang yang terletak di antara 2 rusuk.. kedudukan nak tekan nanti ialah tempat di atas tulang tu, di antara 2 puting or nipples or chikubi.. (tak payah pegang, buleh agak kat mana..) bila dah jumpa position, lepas tgn kiri tadi, tindihkan tangan antara tangan (sukati la tangan mana atas..), lock tgn dengan memasukkan jari antara jari.. gunakan tumit tangan (pangkal tapak tgn) untuk start menekan dada mangsa.. masa tu, bgn dari posisi melutut (kaki 90 darjah, tangan stret) dan tekan dada mangsa dengan kadar 100 tekanan/minit.. (laju woo.. hangpa try tgk..) tapi tekan untuk 30 kali jer..
8) lepas 30 kali tekan, ulang balik dongakkan kepala mangsa ikut cara tadi, dan berikan 2 lagi hembusan, juga ikut cara tadi.. kat sini complete satu cycle (30 tekanan dan 2 hembusan..)
9) ulang 5 cycle dalam masa 2 minit.. between pressing punya interruption (penat ker, korak idung ker, garu gatal ker) hanya boleh dibenarkan tidak lebih dari 10 saat..
kenapa kalau tgk semua time2 kat atas pendek2 jer..? pasal once mangsa dah berhenti bernafas (jantung berhenti), oksigen tidak lagi dihantar ke seluruh badan terutamanya ke otak.. OTAK HANYA BULEH HIDUP TANPA OKSIGEN UNTUK HANYA SELAMA 4-6 MINIT..!! lebih2 pun 10 minit jer kecuali kes2 miracle..
kalau mangsa still tak sedar, korang kena sambung lagi cycle CPR tadi sampai la bantuan ambulan atau pakar sampai.. kalau bawak pi hospital naik keter sendiri pun, still kena buat CPR sampai la ke hospital.. TAK BULEH BERHENTI..!! cuma buleh berhenti kalau mangsa dah sedar atau kita dah tak mampu, tak larat buat dan tiada org nak ganti buat.. pasal takut kita plak yg hilang nyawa..
amacam..? buleh paham ker..? nampak susahkan.. tapi bila dah buat, senang sgt2.. dan rasa seronok pulak buat..
aku penat tulih dah.. nak pi isap rokok jap.. hehehe.. first aider yg jahat la aku nih..
Bila anak mengikut.
4 years ago
1 Comment:
peh... kna menjerit ker bila
umumkan 'no danger' tu?
hehehe.. besh besh ...
sampai skrg pun tak reti jgak CPR tu
huhuuuu
Post a Comment