Malas..

Dok tengah cuci2 mailbox,
terjumpa satu email,
mungkin masa aku baca, aku tgh sibuk,
tak sempat nak forward kan pada yg lain..

since hari nih dah malas nak update,
aku copy paste jer la isi kandungan mel tu..
mungkin berguna untuk dijadikan panduan pada sesapa..
gambo yg ada attach dalam mel tu,
aku tak boh kat sini..
pasal ada readers yg pregnant, sensitif dll..
kang lansung tak jenguk dah blog aku..

ni ha benda nyer..
baca la yer..

Cecair Mayat disedut sebelum diterbangkan (US Law)Tazkirah

Menarik utk dikongsi bersama...

Assalamualaikum w.b.t.

Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolatkan. Yang saya nak utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US, hatta ada juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka,ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.

Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal (US lah!).

Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah...

Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat.

Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.. Bila nak bawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles , maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya.

Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground).

Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu
siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika simayat itu dikebumikan di US, bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2.

Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya. Ada
waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini diAmerika..?!". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya.

Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi. Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.

Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar.

wallahua'lam bissawwab...

semoga leh dibuat panduan..

p/s: sapa nak gambo, leh bagi email add, nanti aku anto..

Wednesday, November 11, 2009

Ruyung dah pecah, dapat la sagunyer sket..

at last,
cek nuffnang aku sampai semalam..


time kasih yer pocket..
since aku dah blanja ichiban ramen ari tu,
kira duit nih aku buat duit raya aku yek..

so, kengkawan yg tader nuffnang tu buleh la bubuh kan yer..
asal2 nyer pun aku bubuh bukan pasal nak duit,
tapi dah orang kata daripada tader, baik ada kan..

time kasih jugak pengunjung2 yang membuatkan hit aku melambung pada satu masa dulu..
maybe kalo tak kerana ceera,
yang pernah link kan blog aku kat blog dia,
maybe masih tak merasa aku duit nuffnang nih..

thanks again to eberibodi..
nanti raya datang ke rumah yer.. (ke situ plak..)

p/s :
post nih bertujuan untuk,
1) mempromosikan nuffnang..
2) menunjukkan yang nuffnang tu tak tipu..
3) berterima kasih pada semua readers..
4) saja nak riak ngan pocket.. hahahahahaha...

Friday, September 11, 2009

Coba coba kena coba, hai hai..

Dalam hidup ni,
especially mengenai kerja kita,
tiba2 sampai satu masa,
kita di beri pilihan,
or kena buat pilihan..

bila masa,
satu pilihan adalah yang biasa kita buat,
satu pilihan lagi tak biasa kita buat..
on paper,
yang biasa kita buat tu dah tentu membuahkan hasil..
tapi yang tak biasa kita buat tu,
walaupun caranya mudah,
ikut logik, macam tak buleh berjaya..
tapi kita tak pernah cuba pun nak buat..

bila jadi macam nih,
apa yang kita buat..?
teruskan dengan pilihan yang biasa kita buat..?
ataupun kita cuba dulu cara yang kita tak pernah buat,
mana tau kita buleh berjaya dengan jalan yang mudah..?

kengkawan..
do try first..
tak ada salah nyer cuba dulu,
demi untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik..
walaupun orang tak biasa buat,
buat jer..
redah jer dulu..
bila dah terbukti tak berjaya lepas kita cuba,
itu baru la namanya gagal..

teori on paper adalah sekadar teori..
orang pun pernah cakap kan,
belum cuba belum tau..

well,
sekadar nasihat untuk kita kongsi sama2..
banyakkan mencuba sesuatu yang baru semasa kerja..
kita akan nampak banyak perubahan,
sekaligus meningkatkan posibbility of work improvement..
tak percaya cuba buat..

amaran!!
post di atas hanyalah untuk tujuan baik sewaktu bekerja..
selain dari waktu bekerja,
atau tujuan2 tak baik,
jangan gatal nak cuba2..

contoh:
"aku tgk bumper minah nih macam lembut jer..
bendul kata belum cuba belum tau..
meh aku cuba pegang tgk, lembut ker dak.."

sebelum minah tu kompang kepala korang,
aku kompang kepala korang dulu..

Thursday, August 20, 2009

Who will come to save the day..?

korang tau cerita batman dak..?
mesti tau kan.. (sapa tak tau, sila beredar dari muka bumi ini..)
rata2, citer batman tu,
biasa lah hero lawan villains kan..
semer citer super hero macam tu..

cuma apa yang aku tertarik dengan citer batman nih,
ialah persekitaran Gotham City tu..
masalah sosial,
jenayah sana sini,
rasuah di kalangan orang besar2,
ada polis baik, ada polis jahat..
memacam la kan..

dulu kecik2,
masa tgk citer batman nih terasa teruk sungguh la Gotham City tu..
pernah jugak terasa,
nasib baik la malaysia nih tak macam tu..
dah la takder super hero..

tapi bila dah besar nih..
pikir2 balik..
rasa macam sama jer malaysia nih ngan Gotham City tu..
beza nyer super hero jer tader..

mana tak nyer..
masalah sosial tu dah tentu..
jenayah of course berleluasa..
rasuah di kalangan orang besar2, baca surat kabo lu pikir la sendirik..
polis baik byk, polis jahat lagi banyak..
(sesapa yg kena mengena ngan polis,
anggap jer la korang termasuk dalam golongan polis baik tu.. hahahaha..)

just imagine,
depan kilang aku jer berlambak2 kedai no ekor haram,
tader sapa amik tindakan pun..?
kat pekan tu,
berlambak2 kedai urut (or kedai "urut"..),
lulus ker lesen..?
pernah ler dengo bebaru nih kena rush,
aik, esok lusa bukak balik..?

yang paling sempoi,
baru2 nih, aku gi main snooker ngan member aku,
masa nak balik, nak kuarkan keter tak buleh,
pasal ada lori punggah barang hadang keter..
so, kitorang tungu la sampai lori tu abih punggah..
nak tau apa dia punggah..?
mesin judi yang bapak besor giler..
tgk jam, baru kul 2:30 petang..
amboi.. berani nyerrr..
siap orang ramai kerumun nak tgk,
takder rasa takut lak tokey2 tuh..
poket byk duit kot..
bayo la saman sejuta kali pun, tak luak kot..
ker, dah terkunci mulut sestgh pihak..?
sapa yang berkuasa sebenonyer nih..?

aaaa... aku tau kenapa jadi macam tu..
pasal kita tader super hero la kan..
kalo ada hero macam batman, mesti dah tader dah benda2 mungkar tu..

ada sesapa berani nak jadi super hero..?

opssss.. sorry, let me re-phrase..

ada sesapa nak jadi super hero yang berani masuk ISA..?

Tuesday, August 11, 2009

Whatcha gonna do..?

Korang tau dak "lumbar puncture"..?
bahasa malaysia nyer,
amik air tulang belakang..

rata2, orang akan gerun bila dengo amik air tulang belakang nih..
aku pun gerun jugak dulu..
dulu..?
kenapa tak sekarang..?
camni cerita nyer..

naufal dulu amik air tulang belakang gak..
masa tu umur sebulan lebih kurang kot,
dia kena jangkitan kuman kat perut..
dah memboyot dah perut dia..
doktor kata takut jangkitan pegi ke otak,
so, kena check ler kata doktor..
aku kata nak check, check la..
pastu dia bagi tau aku kena amik air tulang belakang,
dan suruh aku sain form membenarkannya..

gila ketar tangan nak sain..
cakap kat doktor, nak konpom ngan parents dulu..
doktor marah, dia kata kenapa nak tunggu lama2..?
menda nih kena buat cepat..
then, blur2 punya pasal,
terus sain..
lepas sain baru tepon mak ngan bapak bagi tau..
of course diorang risau..

besok nyer, kat opis, buka internet,
check pasal amik air tulang belakang nih..
memula tak tau vocab english,
taip jer ayo tulang belakang kat yahoo search tu..
tgk2, memacam cerita tak elok yang keluo..
jadik lumpuh la, jadik cacat la, memacam..
gelabah la jugak..
sampai la aku bukak satu page tu,
one doctor cerita pasal benda nih..

lepas baca artikel dia,
baru lah lega sikit..
cuma ada sikit takut,
mengharapkan kuman tak infect otak lagi..

base on cerita doktor tu,
rupa2nya, orang yg jadi lumpuh, cacat etc tu,
pasal lambat amik medication..
tau yang otak kena infection pun dah lambat..
jadi lumpuh or cacat tu bukan pasal amik air tulang belakang,
tapi pasal kuman dah jangkiti otak terlalu teruk..
tu yang doktor kat hospital tu cakap kat aku kena buat cepat..

malam tu,
aku gi hospital balik, doktor takder..
the next day baru aku jumpa doktor tanya pasal naufal..
doktor kata ok..
kuman cuma infect perut,
bagi antibiotik buleh ok..
kuman tak infect otak lagi..
so, air tulang belakang naufal yang diorang amik tu pun jernih elok jer..

jernih..?
doktor kata, kalo takder infection,
air tu akan tetap maintain bersih dan jernih..
kalo yang dah infected tu,
dia akan bertukar jadi kuning or keruh(?)..
masa tu dah lambat dah kata doktor..
term tu dipanggil meningitis,
jangkitan kuman/bakteria pada otak..

doktor kata,
bila dah jadi macam tu, susah nak cure,
at the end, ramai yang end up lumpuh or cacat..
bila jadi macam tu, orang salahkan hospital..
kata cacat tu disebabkan oleh amik air tulang belakang tu..
actually kalo tak amik pun jadi serupa tu jugak..
kalo early stage otak kena jangkitan,
some cases boleh cure lagi kata doktor..

then baru la aku teringat masa aku nak sain borang tu,
doktor kata kena buat cepat..
rupanya lepas aku sain tu,
the next few hours diorang dah proceed dah..
amik pun tak banyak kata doktor,
setitik dua jer..

doktor kata lagi,
orang malaysia ni ramai lagi yang tak tahu pasal prosedur nih..
orang takut nak buat pasal takut jadi cacat..
lebih suka berubat kampung kata doktor..

so,
camtu la cerita dia..
prosedur ni ada side effect ke tak pun aku tak tau..
nak tanya naufal nanti,
tobat dia tak ingat punya..
aper2 hal,
korang rujuk la kat wikipedia yang aku bagi kat atas tu..

bukan apa..
mana la tau satu ari nanti,
orang terdekat kita kena buat prosedur nih..
menggelabah pulak..
kalo cukup pengetahuan pasal benda nih,
insyaAllah, tuhan pun tunjukkan jalan kat kita..

harap2 post aku nih buleh membantu sesaper..

Wednesday, June 17, 2009

Hail me.. (quite long post)

Orang cakap "Customer Is Always Right"..

sapa setuju angkat tangan..
sapa tak setuju, diam dan teruskan pembacaan..

memula aku nak citer pasal "customer" dalam kerja aku..
macam yang tak semua orang tau,
aku kerja kat kompeni jepun..
memang bagi diorang,
customer bukan sekadar always right,
tetapi kengkadang macam raja..
kami as a supplier,
demi nak mempertahankan kompeni,
ada kala terpaksa mengiyakan kesalahan customer..
betul dak pocket..?

of course, bila barang kita tak betul,
customer akan marah, akan claim dengan kita..
mintak ganti barang, mintak pulang duit balik..
kita terpaksa pulun giler babas,
cari punca barang tu jadi tak betul,
then reply bagi customer kita punya improvement plan..
sometimes, customer tak puas hati ngan plan kita..
datang audit plak..
betul ker dak kita buat improvement..
confirm atau tak lepas nih dah tak jadi lagi benda yang sama..
padahal, sekeping barang yang kita jual kat customer,
hanyalah berharga lebih kurang RM0.10..
dan hanya ada 4~5 pcs daripada 100,000 keping yang kita jual..

ada plak customer yang siap buat undang2..
kalo kita wat silap or barang kita reject sampai membuatkan kerja dia terhenti,
dia akan charge kita USD20,000/hour untuk berapa lama kerja dia terhenti tu..
tak ke haru..?

that's the rule..
i don't like it but i like it..
aku tak suka pasal aku terpaksa buat kerja remeh temeh..
tapi aku suka pasal benda ni membentuk satu komuniti yang menuju ke arah zero defect..

tu dari segi direct business..
yang lain pun ada jugak..
kompeni aku hantar barang bersama2 dengan product specification (spesifikasi produk)..
product spec tu dalam english..
sehari lepas hantar,
customer pulang balik fail tu,
mintak translate dalam japanese..

wait wait wait..
jenama ko meluas satu dunia,
takkan kat kompeni ko tader orang yang paham english..?
tapi, disebabkan dia adalah customer,
terpaksa la jugak buat dan hantar semula..

see..
betapa kuatnya seorang customer dalam konteks kerja aku..
maybe ada daripada korang yang paham konteks ni..
mungkin ada yang kurang paham..
tolong paham..
it's just the rule and you must stick to it..
the supplier and customer relationship rule..

ok.. habis satu part..
ada banyak lagi bawah nih..
sapa nak minum kopi ker, jerang air ker, sidai baju ker.. gi cepat..
sat lagi ralit, tak jadi kejer plak..

then, aku nak cerita plak pasal "customer" dalam konteks umum..
kita gi kedai beli barang,
kita adalah customer..
kita gi kedai makan untuk makan,
kita adalah customer..
kita gi kedai potong rambut,
kita adalah customer..
kita gi pejabat pos bayo bil,
kita adalah customer..

tapi sejauh mana kita mempertahankan hak kita sebagai customer..?

aku bagi 10 kes kat bawah,
korang nilai la sendiri secara jujur..
dari 10 kes tu,
berapa kes yang korang kena, dan korang mintak balik hak korang..?

1) order air kat gerai, ada sekor semut dalam gelas..
2) tgh makan mee goreng mamak, ada sehelai rambut dalam mee..
3) gunting rambut kat kedai, masa cukur anak rambut, ada luka sket..
4) fastfood (kay.ef.see etc) takmo pulang balik 5 sen anda..
5) beli roti sebuku, semalam beli ada 14 keping, hari ni beli ada 13 keping..
6) beli barang plastik, ada retak sikit..
7) beli kereta PROT*ON WA*A 4 hari, power window rosak.. pusat servis kata, biasa la keter PROT*N..
8) beli kereta PROT*N W*RA baru memana pun, penutup tempat isi barang tu renggang..
9) kawasan anda terputus bekalan elektrik seminggu sampai 5 kali..
10) hujan lebat, pelanggan AST*O tak buleh tgk tv..

cemana..?
sapa yang score 10/10,
anda mmg hebat.. anda mmg layak jadi perdana menteri yang ke-7..
tapi, ader ker..?

kenapa kita jadi macam nih..?
kenapa kita jadi tak mahu/tak boleh nak tuntut hak kita..?
otak saya, dengan sendiri nyer menyimpulkan seperti yang berikut :

1) orang malaysia terlalu baik, merelakan yang tidak betul..
2) orang malaysia tak agresif (penakut?), tak berani nak komplen..
3) orang malaysia (supplier side) garang dan jahat, tak kasik chance org nak komplen..
4) orang malaysia tak tahu hak masing2,..
5) orang malaysia suka ikut orang, dah orang tak buat, ikut jer laa..
5) orang malaysia lurus bendul..

aku ingat aku sorang jer bendul..
rupanya tak..

mana perginya "Customer Is Always Right" tu..?
kena tukar kot,
jadi "Customer Is Sometime Right"..
or, "Customer Is Only Right, When Come To Some Situation"..

sapa yang nak perbetul kan semua nih..?
mungkin ada yang dah berpuas hati dengan apa yang ada..
tapi yang tak puas hati pun ramai kan..?

buleh ker salahkan keadaan..?

fikir2kan lah..

Wednesday, April 22, 2009

Mind attack..

penah dengo perang saraf..?
aku pun baru paham benda nih,
lepas kuo ngan member aku minggu lepas,
dia yg stori kat aku..
kitorang discuss pasal national issue..

perang saraf nih lebih kurang macam,
nak beli ubat gigi,
tapi cakap nak beli kolget..
nak beli lampin pakai buang,
tapi cakap nak beli pempes..
nak beli filem kamera,
tapi cakap nak beli kodak..
and many more..

member aku kata,
ni la satu contoh perang saraf..
dulu, kat tivi ada byk iklan jenama kolget, pempes dan kodak saja,
berbanding jenama lain..
so, otak kita dah di train,
ubat gigi : kolget
lampin budak : pempes
filem kamera : kodak
walaupun sekarang dah berlambak2 jenama lain..

mungkin funny,
dalam konteks beli2 barang nih..
tapi how about the real perang saraf..?
perang saraf untuk menjatuhkan sesuatu pihak..
perang saraf untuk memenangi sesuatu yang kita tak layak..
perang saraf untuk mengaburi mata semua orang..

the keypower of this war is,
you don't use guns n bullets for your weapon..
it's only your mind..
the more power of your mind,
the more chance that you can win..

let's generally talk about this country and it's people..
ever thought that we're on one side of the battle..?
we're battling with our government..
they keep telling us what/which/who is right and what/which/who is wrong,
using the medias..
we're the opponent who can't reply the attack,
only can receive and judge back with our own mind..
and it never will be a fair battle..

watch tv, listen to radio, read newspapers, surf the internet, chat with others,
all make us expose to this war..
same fake news everyday will make us believe..
repeatedly showed of somebody's little action make him guilty..
keep denying things you've really done, makes you escape..

all of us,
as one side of the war,
we're are on the same batallion,
need to fight the war(s) and win..
we need to strength our mind..
need to think wisely..
need to be careful with things exposed to us everyday..
no matter who wins the war,
just keep in mind..

"who am i..?"
"what should i be..?"
"why i'm here..?"
"where should i be..?"
"what is my right..?"
"am i doing the right thing..?"
"what should i do..?"

remember,
as my friend said,
"you need a house,
you can't get it by yourself,
you ask for help from somebody,
he helped you, by power n money,
you get your house,
that somebody is your special guest all the time,
he can do what he want in the house,
eat anything he want,
sleep wherever he want,
but still,
he don't deserve a spare key of your house.."

Friday, December 12, 2008

Give or take..?

Pernah dengo SM (atau BDSM)..?
SM adalah singkatan,
di mana S ialah Sadism,
dan M ialah Masochism..

lain orang, lain persepsi..

sapa yg belajo psikologi/kaunseling/medical,
SM adalah lebih kepada mental disorder..
S : suka menyakiti org lain
M : suka disakiti oleh org lain

dari segi porno plak,
ia lebih kepada jenis sex ganas yg disukai segolongan orang..

tapi aku lebih suka pikir istilah SM ni kepada skop yg lebih luas..
bukan sekadar mental disorder atau jenis sex..
tapi lebih kepada perangai/sifat seseorang..

actually aku kaitkan istilah SM ni dengan istilah Japanese SM,
di mana untuk japanese,
S : Semeru (attack) bahasa -> Serang?
M : Mamoru (defence) bahasa -> Menahan?

ok, jom sembang..
dalam banyak konteks, kita buleh nilai diri kita sendiri,
samaada kita S atau M..

contoh dalam meeting,
org yg byk cakap, byk bagi pendapat,
suruh orang buat itu ini, dia jenis S..
yang suka dengo, suka setuju jer apa org cakap,
ikut jer apa orang suruh, dia jenis M..
parlimen tu mesti kerajaan pun S, pembangkang pun S, tu yg tunggang terbalik kerusi tu kan..
aku kalo dalam meeting, lebih suka S dari M..
kalo meeting ngan leader2, aku suka dengo apa diorang cakap..
kalo meeting ngan bos, of course kena dengo apa diorang cakap kan..

how about couple..?
couple yang happy, mesti tak buleh sama satu sama lain..
sorang mesti S, dan sorang mesti M..
kalo dua2 pun S, perang beso ler jawabnyer kan..
then kalo dua2 M pun, susah gak,
mandom jer..
tapi kalo pempuan S, laki M, queen control..?
dari segi positif nyer, sesapa M, sesapa S pun ok kot..
janji jangan bertembung jer..
ada plak yang hubungan biasa ngan pasangan dia S,
tapi bila come to sex, dia M plak.. vice versa..
unpredictable jugak..

lagi satu,
cerita pasal depan orang macam lain,
bila orang takder, macam lain..
kat luar, gentlemen, macho, dandy,
rambut sikat kemas, jalan mendada..
tapi balik umah, main ngan itik plastik.. kweek kweekk..
kat luar, jaga imej gila2..
ayu, cantik, anggun, jelita..
rambut mesti ikal mayang,
pipi pauh dilayang, hidung bak seludang,
kat umah, macam jembalang.. hiiii hhiiii hiiiii...

so,
aku nih kalo nak kira,
60% S, 40% M..
depend on situation, depend on mood kan..
korang lak macam mana..?

Thursday, November 27, 2008

Papa nampak dak..?

Semalam aku balik awal..
kul 7 aku dah finish dinner ngan yana kat umah..
lepas dinner, naufal lak dinner..
yana yang suap naufal..
aku lepak isap rokok,
tepi sliding door..

tetiba naufal menangis..
tak abih makan pun lagi..
aku biar jer yana handle..
tapi tak settle2..
naufal dok menangis lagi..

aku pun pegi ke naufal..
tanya dia apsal.. (mmg la susah nak sembang ngan dia..)
dia dok nangis jugak..
makin lama makin kuat dia meraung..
aku tanya dia sakit tang mana, lagi kuat dia meraung..

tiba2,
naufal menjengok2 ke dalam toilet belakang aku..
toilet yg gelap dan pintu dia terbukak..
bulu roma aku meremang..
tv tgh azan..
teringat aku yg setan2 semua masuk toilet masa azan..

cepat2 aku dukung naufal..
serta merta dia benti menangis,
tapi masih menjengok2 ke dalam toilet yg gelap..
sambil menunjuk2 jari nya ke situ..

"naufal nampak depa dalam toilet aaa..?"
naufal seolah2 mengiyakan,
sambil masih menjengok dan menunjuk ke dalam toilet..

azan pun habis..
naufal dah tak menangis dah..

"sudah.. jgn kacau naufal dah.. naufal dah beso.. pegi..! pegi main dengan orang lain.."
cakap aku, bukan pada sapa2,
tapi pada apa2..
yana pelik jer tgk aku..

"naufal suruh depa balik tau.. suruh depa pi main tempat lain.. naufal baca bismillah byk2.."
pesan aku pada naufal..

then, naufal pun senyum..
naufal dah tak tgk dah dalam toilet..

END

"Sesungguhnya setan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan?"
(Surah Yaasin, ayat 62)


"Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah setan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar-benar orang yang beriman."
(Surah Ali-Imran, ayat 175)

Saturday, October 11, 2008

Y..?

I need some explaination here..

Please help me on this..

I'm suspecting it is because my company set a firewall on the system lately..

Any ideas, comments or solutions..?

Last month..

Last week..

This week..

Today..


i appreciate any explaination..

my head stuck already..

arrrrrrgggggghhhhhhhh....

Thursday, October 09, 2008

Good but not good..

bak kata sestgh rakan blogger, aku nih dah tua(?)..

tapi aku tak kisah.. macam yg aku kata, lagi tua lagi bagus..
bak kelapa tua laa.. semua ada guna..

tapi bukan tu yg aku nak citer kat sini..

aku nak citer pasal teknologi dah memalaskan aku..

serious s**t..!! mmg aku (or kita) dah jadi makin malas..

cemana plak tu..?

kalo ikut pengalaman aku yg dah tua nih, camni laa..

1) HANDPHONE
- masa aku kecik dulu, aku guna tepon umah yg warna itam, yg nak dail kena pusing no tu.. masa tu kan, no tepon umah, no tepon kedai yg selalu gi beli barang, no tepon sedara mara (umah tok, umah wancik, umah wantam, umah pak uda segala..), no tepon umah kengkawan semer hafal dalam kepala..
masa dulu, tulih/salin no tpon tu dianggap menyusahkan.. baik ingat dalam kepala jer..
tapi sekarang.. stgh org nak ingat no pin kad ATM yg 6 angka pun dah malas.. semer register dalam henpon.. no tepon kengkawan..? ada yg hafal no henpon kengkawan..?
(no tepon mak pun tak ingat kooot.. issskkk..)
patut otak lembab jer..

2) REMOTE CONTROL
- dulu masa aku kecik, tv umah aku jenama toshiba kot, yg skrin nya cembung mengalahkan perut org mengandung 6 bulan.. tv no 2 baru la ada kaler and of course without the remote control la.. nak tutup tv, mesti kena jalan ke tv tu, tekan butang off..
skang nih, semua harap kat remote.. kat umah aku, home theatre, dvd player, hi-fi ngan tv semua sama brand (tak payah sebut la brand apa, nanti org kata aku belagak plak..), tekan jer butang ijau kat remote tu, semua buleh on, semua buleh off satu masa..
no more exercise..

3) ELECTRIC STARTER
- dulu moto mana ada nak stat guna picit2 nih.. semer starter pijak.. kalo bateri kong, haaa.. buleh patah kaki la jawabnyer.. kaki kanan penat, tuko kaki kiri plak..
tu pasal sapa naik moto dulu2 kaki kuat belaka..
skang nih, tekan jer starter, "sreeettt.. broomm broom.." enjin dah start dah.. siap skang nih dah byk skuter, tak payah penat2 kaki kiri nak tuko gear..
maka lebih kurang ler exercise kaki2 tu..

4) ELEVATOR & ESCALATOR
- hehhehe.. mmg tader benda nih susah skang.. tapi kenapa zaman dulu tader rilek jer.. makcik aku duduk sentul, flat tingkat7, aku panjat selamba jer dulu.. mmg la tak selalu.. tapi pasal tader pilihan kan..
zaman dulu, supermarket pun tinggi2, 3 tingkat jer.. selamba gak panjat kan..
skang plak, walaupun shopping complex tinggi bertingkat2, kengkadang nak naik or turun satu tingkat pun, gagah tunggu lif gak kan..?
apsal..?

5) CALCULATOR
- hmmm.. mmg la no beso2 kena guna calculator.. tapi just nak compare ngan bebudak sekarang jer..
yg aku perasan laa.. dulu aku periksa takleh guna pun calculator.. darjah 6 sifir 12 dah wajib kena hafal.. skang nih, kengkadang kalo sesaja tetiba tanya budak tingkatan tiga "7 x 9 brapa..?" pun, mesti dia gelabah punya..
aku pun buat report, kengkadang tu 2 + 3 + 1 + 2 + 1 pun nak guna calculator gak..
aarrgghhh.. cannot help it..!!

6) DAPUR GAS
- masa aku lahir dulu, of course dapur gas belum ada lagi (or mak aku masih tak mampu nak beli..), so guna dapur kayu jer la.. dapur kayu ni tader api biru, semua api oren yg berjelaga tu..
nak masak, kena carik kayu dulu.. kalo basah kena embun, kena jemur dulu kasik kering.. masa nak kutip kayu, kena la angkut byk2 skali, kalo dak nanti penat kena ulang alik byk2 kali.. pastu masa nak nyala api tu yg best.. guna satu tiub besi panjang (apa nama benda nih pun lupa dah) untuk tiup api kasik cepat bako..
skang nih, pulas sekali jer kuo api dah.. nak beso nak kecik, nak biru nak oren, semua pulas jer tombol tu.. gas abih, tepon jer.. siap tlg pasang lagi.. aku dulu gilir2 ngan abg aku kayuh beskal bwk tong gas.. mana ada special delivery dulu..

tu jer kot yg aku rasa..

korang lak macam mana..?

tak rasa jadik "malas" ker dengan teknologi2 sekeliling nih..?

Monday, August 04, 2008

Ikut sajer..

Somebody forwardkan kat aku e-mel, teknik2 untuk melalui hidup dengan lebih baik..

ada 10 teknik dalam e-mail tu.. mngkin ada byk lagi, tapi yg aku dapat 10 teknik tu jer.. so, mari kita tgk sejauh mana kita melalui hidup yg baik..

pasal ada 10, satu teknik aku kasik 10 markah dan akhir sekali kita akan dapat tau peratus perjalanan hidup baik kita..

1) Duduk diam selama 10 minit setiap hari
- hmm.. aku kurang paham sket apa yg dimaksudkan ngan duduk diam nih.. mungkin duduk bertafakur kot.. tapi kalo nak kira masa aku tgh blogging pun, aku dok diam gak.. mulut jer la.. tgn laju jer.. hmm.. let's say bertafakur laa..
hmmm.. jarang sgt aku bertafakur nih.. sebulan beberapa kali tu ada laa.. aku kasik diri aku 3 markah..

2) Lengkapkan ayat ini selepas bangun tidur setiap pagi.. "Matlamat aku hari ini ialah.."
- ohohoho.. jarang sgt2.. bangun jer tdo terus gi mandi jer.. maybe beberapa lama lepas tu baru la ada terpikir nak buat apa2.. tapi kalo panggil buat jugak, ayat aku akan jadi begini.. "Matlamat aku hari ini ialah menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.." ok..? so, aku kasik diri aku sendiri 3 markah jugak..

3) Live with the 3 E's.. Energy, Enthusiasm, Empathy.. and 3 f's.. Faith, Family, Friends
- Energy : ada ada.. aku hari2 semangat giler.. jarang ada hari aku yg mandom..
Enthusiasm : ada jugak.. aku selalunya enjoy benda apa yg aku buat.. (baik atau
jahat.. heheheh..)
Empathy : hmm.. aku nih jenih baik ati.. tader jahat2 ngan orang..
Faith : pun sama.. jenih baik ati.. pecaaaaayer jer kat sesapa pun..
Family : tader yana..? tader naufal..? buleh giler idup aku..
yg ni byk sket.. aku kasik diri aku 9 markah..

4) Luangkan masa lebih dengan orang yg berumur 70 ke atas dan 6 tahun ke bawah
- iskkk.. mana nak carik org lebih 70 tahun nak buat kawan..? bebudak tu ada laa.. dok main ngan naufal jer ari2.. ok ler tu kot.. kalo nak perfect teknik nih, kena jadi penjaga rumah org tua dan guru tadika serentak.. iskk.. apa la yg tersembunyi kat teknik nih..
hmmm.. aku kasik 5 markah..

5) Lebihkan bermimpi semasa kita dalam keadaan sedar
- berangan buleh kira ker..? tak buleh kan.. aku nih plak jenih selalu impikan sesuatu, tapi usaha nak dapatkan kurengg.. so, aku kasik 4 markah..

6) Cuba membuatkan paling kurang 3 org tersenyum setiap hari
- haaaaa.. yang nih aku kasik diri aku 10 markah.. kurang2 pun yana, naufal ngan akira-san.. so, dah 3 kan.. actually ramai lagi.. tu belum aku post entry pasal mat ijan lagi.. lagi ramai org senyum, siap gelak2 lagi..
tapi aku rasa maksud teknik ni ialah bila kita senyumkan 3 org, automatik kita dah senyum 3 kali.. so, kita dah 3 kali lebih ceria dari org tu.. lagi byk kita buat org senyum, lagi ceria diri kita dan lebih ramai org yg jadi ceria..

7) Ingatlah, hidup ini umpama sekolah, kita belajar dan kita harus lepas semua ujian.. masalah yg datang cumalah sekadar salah satu sukatan pelajaran dan akan berakhir, di mana pengajaran yg kita dapat akan kekal selamanya..
- ini teknik ker nasihat nih.. tapi apa yg dia cakap tu betul la.. masalah beso mana pun kita ada, semua buleh setel.. and aku pegang satu benda dari dulu sampai sekarang, teruk mana masalah kita, org lain masalah lagi teruk dari kita.. so, problem kita tu nothing..
aku kasik aku 10 markah jugak..

8) Lebihkan senyum dan ketawa.. Ia akan menghalau semua unsur2 jahat dalam diri
- hahahahahha.. (kan dah gelak..) pasal aku terpikir org yg kena rasuk antu tu, dia ketawa mengilai2 gak, tapi unsur jahat tu takmo gi pun.. hahahah..
ni unsur negatif la nih kiranya.. negative thinking, masalah, bla bla bla.. semua tu buleh ilang dengan ketawa..
aku suka senyum dan ketawa.. aku tetap nak kasik 10 markah kat aku..

9) Hidup ini sentiasa tidak adil, tapi ia masih baik bagi kita
- nasihat lagi nih.. aku pun selalu rasa macam tu.. ader ker org yg puas ati ngan hidup dia, puas ati bila tgk org lain..? selalu rasa tak fair.. tapi aper2 hal bila pikir hidup nih tak fair, aku akan compare kan hidup aku ngan org lain yg teruk dari aku, so masa tu aku akan rasa hidup aku lebih baik dan aku akan bersyukur..
8 markah untuk aku.. (pasal slalu gak komplen hidup nih tak adil..)

10) Hayat kita terlalu pendek untuk kita menghabiskan masa membenci seseorang
- yep.. means, dah tader menda lain nak buat selain mengumpat.. ataupun jgn suka2 jer nak benci org, org benci kat kita, kita tak amik pedulik..
hmmm.. aku susah nak benci kat org.. kalo aku benci, putus kawan jer.. dalam hidup aku nih, aku tak akan benci org selagi dia tak kata dia benci kat aku atau perlakuannya menunjukkan dia benci kat aku..
org plak, nak benci kat aku lantak korang laa.. aku tak pernah cakap pun aku benci sesaper..
8 markah gak untuk teknik/nasihat nih..

so, total markah aku ialah 3+3+9+5+4+10+10+10+8+8= 70 markah..

hooo.. 70% jer aku nih menjalani hidup yg baik..

korang plak..?

Wednesday, July 30, 2008

What do you think..?

eheh.. aku dah tukar template.. dari dulu lagi rasa nak tukar, tapi malas + tak berapa reti nak wat.. so, tgh tak brapa bz kat opis nih, kelebek2 kejap, then berjaya tukar..
amacam..? better or not..? kasik komen yer..

tokoro de (by the way), aku tertarik dengan satu rencana akhbar yang link nyer disiarkan kat bluehikari.com, ludi nyer blog.. tajuk rencana tu "Penangan Blog"..

so bloggers, dah baca ker blom..?

Tuesday, July 08, 2008

Which one you are..?

As per pocket request..

Kenkyusha's New College Japanese-English Dictionary 4th Edition
ほんね 本音(Honne)
one's real intention; one's real [((fml))underlying] motive
たてまえ 建前(Tatemae)
a principle; a rule; one's words; one's public [((fml))professed] position

Wikipedia (Japan)
ほんね 本音(Honne)
真実の感情・欲求を指す (indicate the true feeling/desire)
たてまえ 建前(Tatemae)
公に表す行動・意見を指す (indicate action/opinion shown to public)

"Honne and Tatemae" is a Japanese word to express our society phenomenon.

Explanation
Case 1:
My company supply parts to customer. We receive order from customer with enough lead time for us to buy raw material, to process and to deliver.
But one day, short lead time order came, usually 1 month lead time became one week lead time. It was nearly impossible to support the customer order. We did our best, with some trouble occured in-house, just to satisfy customer request.
Customer called, asking is there any problem to meet their short lead time request. Our manager said, no problem at all, and we delivered part in time, and at the same time all members were in trouble.
That was "Tatemae". The "Honne" should be some sort of,
"Hey..! We faced lot of trouble you know..!! We know customer is always right, but 1 week is nearly impossible for us..!! Luckily we can met your request..!!"
Isn't it..?

Case 2:
My boss asked me to join him for a dinner at his home. Although I already make an appointment with my wife to watch movie together that night, I have to cancel it.
So, I went to my boss house, have dinner with his wife home-made recipe. One of the curry you ate, taste like hell.
You boss asked you how was the curry. You said the curry was as delicious as the curry you always eat at your favourite restaurant.
That was "Tatemae". The "Honne" should be some sort of,
"Oh my god..! Did you want to kill me with the curry..? Even mash potato without gravy taste better..!"
Isn't it..?

Case 3 (the most famous case) :
You were on your first date with a girl you admire a long long time. You went for a lunch together, watch her favourite movie together, shopping together. Slowly you got the feeling to like that girl more and more.
You send her back home, and ask how was the date. She said she had such a wonderful time and really hope you can ask her out again.
The other week, you called her to ask for another date, but she said she got another appointment that day. You asked her when she would be free and she said she doesn't know since she got lot of work to do and very busy. She said she will call you later.
You wait for the call which never come.
The other day, you found your girl dating another man.
What was that "she had a wonderful time and really hope you can ask her out again" supposed to mean..? That was "Tatemae". The "Honne"..? You know it..

Why..? Why "Tatemae"..? My thinking, is because you're not having enough good relationship with your opponent.. You're scare to them.. You scare that you will hurt them with your words..
What happen if your little brother accidently jump on your feet..?
"cilaker ko, setan, $^@&&*%&$..!! ko pijak kaki aku..?" will be it, maybe..
But what if your first date accidently step on your feet by her high heel..?
"alaa.. saya tak kisah.. pijak ler cemaner pun., kaki saya nih buat dari besi.."
Familiar with the script..?

Compare men to women, men are kindly to be more honest, always expressing anything in their heart to women, don't care how close they are to the women.. mother, sister, relatives, wife(s), girlfriend(s), etc..
men do lie, but to escape.. and that's is true LIE.. women lie cause they afraid they hurt men's feeling.. even with their husband.. that's is "Tatemae"..

(I want to elaborate more, but i have such a limited time for this.. I hope bloggers can understand yourself, alright..?)

Sapa tak stuju leh komen or jerit jer kat shoutbox tu.. hahahahaha...

Thursday, July 03, 2008

It's not fair..

ehem.. aku suka sgt main snooker.. aku teringin sgt nak masuk any snooker competiton pasal aku skang nih dok main ngan bebudak kilang nih jer, level aku takleh naik.. snooker nih jenih permainan yg kita kena main ngan org yang lagi terer untuk jadi lagi terer.. dan kita jugak selalu kena tgk video org2 pro main mcam mana.. cth premier league snooker, world championship or any international tournament lah..
pemain snooker idola aku ialah ronnie o' sullivan, skrg nih dia world ranking no 1.. actually muka kitorang pun dekat nak sama(ahahaha..)..
snooker nih satu game yg penuh dengan keperluan teknikal.. the game which need your focus, your good eyes, your patient, your skills, and also experience.. It just simply a gentlemen sports, other than golf..
of course, purpose of a game is to win, any match you play.. in snooker, to win your match, you have to go all out, use all of your skills and experience to make sure the opponent don't even have any chance to put in any balls..

basic snooker information :

1) snooker balls are : 15 reds (1 point each), yellow (2 point), green (3 point), brown (4 point), blue (5 point), pink (6 point), black (7 point) and white (called cue ball which use to shoot other colour balls)..

2) you must shoot red ball first at any of your turn.. if you pot a red, then you have to pot any other colour ball (yellow to black).. you miss, you lose your turn.. you pot any colour ball, the potted colour ball will be put back on table, and you have to pot red again.. this continues until red balls finish potted, then continue potting colour ball in sequence of the point..

3) simple technique for snooker, which if you mastered it, you can win most of your match.. "make sure the cue ball stop at the most difficult position for opponent is you cannot pot any ball.."

4) century breaks is you scored 100 points and above in one turn..

5) "147" is the highest score in a snooker match (15 reds with 15 blacks then pot colour balls = 15x(1+7)+2+3+4+5+6+7=147)..

Ronnie O' Sullivan pernah buat 147 paling cepat dalam sejarah snooker, 5 minit 20 saat.. antara snooker frame yang tak pernah jemu aku tgk..


ok la.. tu cerita org pro.. masuk cerita aku balik..
tapi bila dah masuk bab main ngan bebudak kilang nih, mula la main2.. yang penting, mesti ada "yuran".. sebelum main, collect duit dulu, then main.. sapa menang dapat duit yg dicollect tu.. kalo collect sepuluh ringgit, main dua org, kira dapat menang 20 inggit la, campo duit kita skali memula tu.. lagi ramai main, lagi byk leh menang la.. dan biasanya aku la yg byk menang, pasal aku yang paling terer dalam bebudak nih.. kengkadang tu, time bengong, bengong jugak..
then, ada org accused aku berjudi masa main snooker.. heee..!!!?? gambling ker kira kalo wat camtu..? hmmm.. bagi aku dak.. pasal aku ada hujah aku senirik.. selagi tader fatwa atau undang2 mengatakan main snooker tu haram, aku tetap akan main macam tu.. pasal main duit haram..? ok.. jom kita bincang kat bawah nih..

contoh 1 :
satu pertandingan memancing, yuran penyertaan 30 inggit, peserta semua sekali 100 orang.. sapa menang dapat 3,000 inggit.. kita gi pancing, duduk tepi kolam tu 3 jam, then at last kita sorang jer dapat ikan (tu pun anak ikan tak sampai sekilo), org lain tak dapat.. kita dapat 3,000 inggit.. halal ker haram duit tu..? snooker ada gak guna skill n kepakaran.. memancing kolam..?

contoh 2 :
satu pertandingan bola sepak, team yang menang dapat 10,000 inggit.. final match antara satu team underdog nih and team champion taun lepas.. atas kertas, mmg dah tau yg champion taun lepas akan menang.. tapi satu kelemahan champion nih, takleh main padang basah, jadi tak kuat.. start main, hari cerah berah, team underdog sekadar main nak bagi dapat no 2.. tetiba hari hujan sampai la abih game.. team underdog menang and dapat 10,000 inggit.. halal ker haram duit tu..? korang kata snooker tu nasib..? snooker tak main tgh ujan..

contoh 3 :
satu pertandingan badminton, johan dapat ribu2 inggit.. final match, final set, mamat nih leading opponent dia 20-19.. opponent serve, tetiba tak lepas.. mamat nih terus menang.. halal ker haram duit yg mamat tu menang..?
korang masih kata snooker tu nasib..?

aku bukan apa.. bagi sestgh org, jahat sgt laaa sukan snooker nih.. bagi aku, tader beza pun ngan sukan2 lain.. can't you all see..? tu belum aku compare dgn golf lagi, yg mana tetiap kali tournament mesti bagi hadiah kalo dapat hole-in-one.. halal ker hadiah tu..? snooker terang2 nampak lubang kat depan mata.. golf..?
aku mmg terniat dalam hati, segala apa sukan yg aku main sekarang, aku nak ajar anak aku nanti, biar dari kecik dia main, bila besar dia leh jadi pro.. biar dia leh wakil malaysia dalam snooker.. tapi kalo korang kata snooker tu haram ker aper ker bila wujud satu2 ganjaran dalam snooker tu, cemana aku nak kasik anak aku main..?

lu pikir la sendirik..!! (nabil lagi.. lapuk dah kot..)

Wednesday, May 28, 2008

You just can't..


Waaa.. best nyer.. pagi semalam pegi mancing sungai.. slalu mancing laut ngan kolam jer, kali ke-2 g mancing sungai.. tahun lepas pegi sekali kat serdang, tak dapat aper pun.. kali ni pegi sungai krian, dekat highway exit bdr baru..
guna umpan anak tebuan, yg dikatakan kesukaan ikan2 sungai seperti baung, sebarau, kaloi dll.. kitorang pergi 7 org, seawal 8 pagi dah sampai tepi sungai dan mula memancing.. aku ngan henry balik pukul 11, tinggalkan yg lain memancing lagi..
resultnyer, aku dapat 2 ekor anak baung.. alahai, kecik nyer.. kesian gak nak goreng.. bagi kat halim jer, mencukupkan koleksi ikan2 dia.. dia dpt beberapa ekor termasuk ikan leleh.. ikan leleh..? iskk.. macam pernah dengo jer pasal ikan nih.. seperti yg aku sangka, ikan nih masa kecik, org panggil ikan leleh, tapi bila dah beso org panggil ikan tapah.. apa..!!?? ikan tapah..!!??
so, the story begin.. aku cerita kat diorang yg aku pantang ikan tapah.. diorang tak penah dengo cerita tu.. aku pun stori la kat diorang secara ringkas, tapi nampak macam diorang gitu2 jer, macam takmo percaya.. aku nak citer kat sini pun, susah, panjang ceritanya.. cuba korang refer kat bwh nih..
Citer ikan tapah
ok..? buleh paham..?
but, betul ker..? tak syirik ker percaya..? tapi still tak berani pegang.. also, i know how is ikan tapah look like only when i reach the age of 25.. even i think all my brothers and sister dunno how the fish look like except my elder brother la, because he took the diploma perikanan & sains samudera.. bro, did you touch the ikan..?

Monday, December 03, 2007

Can you hear me..?

wohhoo...!! just came back from pulau jerejak.. last saturday n sunday give me a lot of really nice experienced.. why..? i went there for the "Basic First Aid Training", worldwide recognize wooo... learn this and that, what to do on emergency situations.. waaa.. really interesting.. i think you all should go laa.. find some way how to get involve with the training..
after finish training, ada exam, untuk dapatkan sijil yang melayakkan anda menjadi seorang "First Aider".. nih pun worldwide recognize title, means kalo ada sijil nih, pegi negara memana dalam dunia nih pun, still diiktiraf sebagai seorang "First Aider".. yang paling syok, masa buat praktikal untuk CPR.. sebagai org yg tak kedekut ilmu, aku ajo le sikit cemana nak buat CPR.. pasal aku rasa aku lulus exam tu, insya-Allah.. dan dalam 3 bulan lagi, aku akan jadi seorang "First Aider" yang bertauliah..

CPR
1) kalo nampak org yang pingsan tak sedarkan diri, memula kena check sekeliling ada danger atau tak.. takut mangsa tak sedarkan diri pasal gas beracun ker, kejutan elektrik ker.. kita buat CPR, kita lak yg jadi mangsa.. so, after confirm tiada bahaya, depangkan kedua belah tangan sambil berkata "no danger..!!" then, buleh mendekati mangsa..

2) melutut di tepi mangsa (lutut kiri di bahu kanan), tunduk, pegang bahu kiri mangsa dengan tangan kanan dan sebaliknya, tanya mangsa ok atau tidak dengan menanyakan " are you OK..?" sekali di telinga kiri dan sekali di telinga kanan sambil tangan kita tadi menepuk2 bahu mangsa..

3) Jika tiada tindakbalas, panggil sesiapa yg berdekatan, bagitau kat org tu macam nih.. "tolong telepon ambulan, nombor 999, minta diorang bawak AED, lepas tu bagitau kat saya balik".. lebih kurang macam tu la.. tujuan dia, first takut org yg kita mintak tolong tu tak tau no ambulan.. pastu AED tu adalah device yg diperlukan kalu CPR kita tak berjaya memulihkan mangsa.. pastu mintak dia bagitau kita balik tu bertujuan untuk kita estimate berapa lama lagi ambulan nak sampai..

4) dalam posisi yang sama (melutut tadi), tangan kiri pegang dahi mangsa, jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan tolak dagu mangsa untuk mendongakkan kepala mangsa.. kenapa guna 2 jari..? sebab kalo guna semua jari, orang nampak nanti orang ingat kita cekik mangsa, so takut org kata kita la punca mangsa mati.. tujuan dongakkan mangsa ni pasal nak kasik laluan pernafasan dia terbuka dan tak disekat oleh lidah..

5) check nafas mangsa menggunakan pipi dan telinga sambil mata memerhatikan dada mangsa.. (jgn tengok cup apa dia pakai, tgk ada naik turun atau tak..) kalo ada nafas atau dada turun naik, means mangsa masih hidup dan hanya pengsan atau mengalami renjatan.. (renjatan nih bab lain, kalo ada masa aku ajo..)
check nafas ni cuma dibenarkan buat 5 saat sahaja.. pasal per..? nanti aku cerita kat bawah..

6) kalo mangsa tak bernafas, berikan 2 hembusan pertama ke dalam mulut mangsa.. cara dia, dalam posisi kepala mangsa dongak tu, dua jari tgn kiri yg pegang dahi tu picit hidung mangsa dan tiup nafas ke mulut mangsa hingga naik dada mangsa.. lepas tiup, automatik lepas picitan hidung tadi dan dengar balik nafas mangsa sambil mata tgk dada mangsa.. (lagi sekali, jgn tgk cup aaa..)

7) jika mangsa masih tak sedar, lepaskan tangan yg pegang dagu, carik dia punya tulang sternum iaitu tulang yang terletak di antara 2 rusuk.. kedudukan nak tekan nanti ialah tempat di atas tulang tu, di antara 2 puting or nipples or chikubi.. (tak payah pegang, buleh agak kat mana..) bila dah jumpa position, lepas tgn kiri tadi, tindihkan tangan antara tangan (sukati la tangan mana atas..), lock tgn dengan memasukkan jari antara jari.. gunakan tumit tangan (pangkal tapak tgn) untuk start menekan dada mangsa.. masa tu, bgn dari posisi melutut (kaki 90 darjah, tangan stret) dan tekan dada mangsa dengan kadar 100 tekanan/minit.. (laju woo.. hangpa try tgk..) tapi tekan untuk 30 kali jer..

8) lepas 30 kali tekan, ulang balik dongakkan kepala mangsa ikut cara tadi, dan berikan 2 lagi hembusan, juga ikut cara tadi.. kat sini complete satu cycle (30 tekanan dan 2 hembusan..)

9) ulang 5 cycle dalam masa 2 minit.. between pressing punya interruption (penat ker, korak idung ker, garu gatal ker) hanya boleh dibenarkan tidak lebih dari 10 saat..

kenapa kalau tgk semua time2 kat atas pendek2 jer..? pasal once mangsa dah berhenti bernafas (jantung berhenti), oksigen tidak lagi dihantar ke seluruh badan terutamanya ke otak.. OTAK HANYA BULEH HIDUP TANPA OKSIGEN UNTUK HANYA SELAMA 4-6 MINIT..!! lebih2 pun 10 minit jer kecuali kes2 miracle..

kalau mangsa still tak sedar, korang kena sambung lagi cycle CPR tadi sampai la bantuan ambulan atau pakar sampai.. kalau bawak pi hospital naik keter sendiri pun, still kena buat CPR sampai la ke hospital.. TAK BULEH BERHENTI..!! cuma buleh berhenti kalau mangsa dah sedar atau kita dah tak mampu, tak larat buat dan tiada org nak ganti buat.. pasal takut kita plak yg hilang nyawa..

amacam..? buleh paham ker..? nampak susahkan.. tapi bila dah buat, senang sgt2.. dan rasa seronok pulak buat..

aku penat tulih dah.. nak pi isap rokok jap.. hehehe.. first aider yg jahat la aku nih..

Monday, June 18, 2007

 
You will never learn... - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger