pangkat..
pangkat penting ker..?
penting la kot..
tan sri, dato', datin, manager, advisor, engineer bla bla bla..
operator pun pangkat jugak..
pentingnya pangkat mungkin hanya pada tujuan asal pangkat tu diberi..
just untuk kita tahu siap yang patut bertanggung jawab,
atau empunya pangkat tahu tanggungjawab dia..
tapi..!!
kebanyakan kita menafsirkan pangkat lebih dari tujuan asalnya..
kita dah mula menafsir,
pendapatan seseorang dengan pangkat..
cara hidup seseorang dengan pangkat..
perangai seseorang dengan pangkat..
mentaliti seseorang dengan pangkat..
dan byk lagi..
"alaaa. dia ni manager, mesti gaji 6-7 ribu punya.."
"kalo dah nama ADUN tu, mesti kaki joli punya.."
"mana ada anak datuk tak berlagak..? semua berlagak tau dak.."
"dah nama prebet, bodoh la tu.. takat SPM jer tau.."
biasa la jugak dengar ayat2 kat atas kan..
hmmm..
bagi aku, pangkat tu tader aper2..
tanggungjawab dipikul tu lagi penting..
kebolehan dan skill is the most important..
biar lah prebet, tapi lagi sharp shooter dari mejar..
biar lah operator, tapi gaji lepas campur overtime lagi banyak dari supervisor..
biar lah kerani, tapi lebih jujur dari manager..
tolong jangan nilai pangkat..
kepada yang menilai aku dengan pangkat,
please stop it..
i kill u if i know u do it..
korang ingat aku engineer,
aku tak boleh jalan mesin..?
aku buleh cakap jepun,
korang ingat jepun tu bagi increment byk kat aku..?
korang mintak 20 ringgit untuk sesi badminton yang tak tentu aku pegi ke dak,
aku tak bagi, korang nak bising kata aku kedekut..?
(gaji banyak makan sorang2 la konon..)
fu*k off..
tabung anak aku pun aku tak isi 20 ringgit sebulan,
aku nak kasik korang 20 ringgit..
sekian, tensen aku hari ini..
Manusia mati tinggalkan pangkat..?
Tukang karut ialah bendul pada 4:45:00 PM 7 bebelan setakat ini
ラベル: bebel, isu semasa, kejer, kesian, mentaliti, pantang, perangai, sembang2, tensen
Cepat lah...!!
Citer ni terjadi beberapa tahun dulu,
masa aku stadi kat jepun..
(iskk.. ada la 10 tahun lepas kot..)
sebelum pegi ke jepun,
dah di ajar perkataan "reigi tadashi",
yang membawa maksud proper manner..
perkataan ni menunjukkan kepada orang jepun yang mempunyai adat,
iaitu adat berbudi bahasa kepada orang lain..
then, masa aku kat sana pun,
mmg nampak la, ke'proper'an adat tu..
hormat satu sama lain..
morning wish tu macam satu kemestian..
"sumimasen" (i'm sorry) takleh lekang dari mulut..
seronok ngan adat tu..
so, bila dah tau benda tu benda baik,
why not kita pun ikut kan..?
satu contoh,
kat jepun biasanya, kalo jalan jem,
orang nak kuar dari simpang tepi jalan mmg tader masalah..
anytime, somebody akan prihatin,
offer kita untuk join the queue..
satu hari, aku tgh drive..
laluan jalan aku tu jem..
slooooooow sangat2..
mmg panjang giler laa jem..
then, belah kiri depan kereta aku,
aku nampak ada sorang mamat nih nak kuar,
bagi signal nak ke kanan.. (nak masuk jalan belah sana la kira..)
so, aku pun cuba nak jadi prihatin jugak..
yer la, mana la tau kalo aku tak kasik dia jalan,
berejam dia kena tunggu, sian plak..
then, keter depan aku mula la berjalan semula..
aku tak la jalan pasal aku nak bagi jalan kat dia..
line sebelah pun tader keter yg datang..
tapi ntah pasal aper, mamat tu takmo kuar..
dia pandang aku semacam jer..
aku pun hon la kat dia,
kasik tau suruh dia jalan..
pun dia tak kuar gak..
aku siap buat action tangan, suruh dia jalan,
pun dia pandang aku pelik semacam jer..
aku mula naik tensen..
aku nak buat baik, dia takmo plak..
keter depan dah jauh dah jalan..
last2, aku bengang, aku hon dia kuat2 sambil buat muka bengang..
baru la dia kuar..
marah la aku kan..
semata2 aku benti nak kasik dia jalan,
tapi dia takmo..
masa keter tu lalu,
mata aku tak lepas2 pandang mamat tu..
sampai la mamat tu lalu sebelah aku pun,
aku dok pandang lagi..
sampai lah ketika keter mamat tu melewati keter aku,
ekor mata aku masih lagi nak tgk mamat tu melalui cermin pandang belakang..
masa tu lah,
baru aku sedar,
belakang keter aku tader keter lain..
aku yang last sekali..
best dak aku..? macam bendul kan..
Tuesday, July 21, 2009
Yang mana satuuuuu, idaman kalbu...?
korang tau dak,
pasal baju pun boleh membuatkan suami tensen..
mana tak nyer,
boleh jem otak suami,
bila suami pakai selekeh, isteri kata
"abang nih selekeh la..!! nanti orang cakap laki sapa la selekeh sangat tu.. malu tau tak.."
bila suami pakai biasa, isteri kata
"asyik2 baju tu, asyik2 baju tu.. baju raya beli banyak2 bukan nak pakai.. rugi duit ja beli.."
bila suami pakai smart, isteri kata
"haaa..!! tu pakai lawa2 nak pi mana tu..? dah la hensem, pakai lawa2 satgi marka usha, berkenan plak..!!"
hmmm.. bogel jer boleh dak..?
Monday, July 20, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 12:45:00 PM 7 bebelan setakat ini
All apologies..
Dear all..
mmg lately tak der hapdet..
byk idea..
tapi bila duduk depan pc,
start jer nak tulih,
mula la orang tu orang ni datang mintak wat kejer tu kejer ni..
then mula la ilang mood..
taper laa..
sendirik pun dah rasa blog nih makin teruk..
so, rasa macam nak berazam la plak..
start next week,
nak try hapdet sehapdet yg mungkin..
nak carik jugak masa..
nak try wat macam pocket suruh,
hapdet siap2 kat umah,
then sampai opis just copy paste jer..
so, till then..
ari ni pun tak dapat nak hadap pc lebih dari 15 minit..
Friday, July 10, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 9:20:00 AM 4 bebelan setakat ini
Mulut ku cukup masin..?
"mak.. nanti li kahwin, li takmo bagi wife li kejer.. bio dia dok umah jaga anak.."
"kamu takleh cakap macam tu.. mana tau dia ada ati nak bagi duit kat mak bapak dia ker.. kamu kena bagi dia kejer kalo dia nak.."
"tak kira.. li taknak anak li nanti indon ker sapa ker yg jaga.. bio mak dia jaga sendiri.."
mmg aku penah cakap macam nih beberapa tahun dulu..
hmm.. 7-8 tahun dulu kot..
masa tu, mmg aku bermaksud sgt dengan apa yg aku cakap..
dan selepas 3 tahun aku kahwin,
mungkin dah jadi kenyataan..
masa aku cakap ayat kat atas,
of course, tak pernah terfikir pun yang aku akan kahwin ngan yana..
tolak tepi aku tgh kawan ngan sapa masa tu,
tapi aku betul2 serius..
maybe masa tu,
byk faktor yang membuatkan aku cakap macam tu..
pertama, pasal masa tu byk kes anak kena dera ngan pembantu umah..
then pasal aku ingat nanti aku kejer beso,
cukup untuk sara hidup bini ngan anak aku..
hmmm.. alhamdulillah,
skang yana tak kejer pun,
buleh la survive..
naufal pun cukup makan..
kalo sesapa jumpa naufal,
nampak dia kurus jer,
tu buka pasal tak cukup makan,
dia yang takmo makan.. iskkk..
tapi, bila terkenang balik kesusahan dan kepayahan yana nak carik kejer,
rasa macam aku ni dah berdoa la plak..
pasal lepas kahwin,
paling lama yana kejer pun 3 bulan jer..
pastu, mesti benti..
dah byk tempat kejer,
semua takmo lekat lama..
tu belum cakap mintak tak dapat,
kata nak panggil interview, tapi tak panggil..
yana pun sampai dah tensen2,
ajak mandi bunga la apa la..
pikir2 balik,
macam salah sendiri pun ada,
gatal mulut cakap benda bukan2..
tapi cemana pun,
adakah isteri tak kejer itu satu benda buruk..?
atau, sebaliknya lebih baik..?
kalo ada orang yg berfikiran buruk,
terpulang, aku takmo amik tau..
sukati la nak cakap apa pun kan..
bukannyer aku takmo yana kejer..
at least, dia leh tgkkan naufal..
kalo pukul pun, bukan orang lain,
yana sendiri yang pukul..
kalo naufal tahun pun,
bengkak kepala, luka kaki tangan,
bengkak dan luka tu jadi bawah jagaan yana..
just imagine plak,
dulu yana tak pandai masak..
skang nih aku dah sronok makan yana masak..
macam2 lauk dah dia pandai masak..
especially sup sawi dia..
iskkk... simple but out of this world sedapnyer..
satu periuk aku hirup habis.. (serius, tak tipu..)
so, tader la byk sgt aku makan nasik berlaukkan air tangan orang lain..
kalo dia kejer, kurang dia masak,
lagi lebih la lauk air tangan org lain yg aku makan..
byk lagi sebenonyer,
benda yg aku tak akan dapat kalo yana kejer..
dan silap2 boleh membuatkan aku tensen kalo dia kejer..
so, salah ker kalo yana tak kejer..?
pasal aku dah ter"doa" ker,
pasal apa sekali pun,
aku happy..
membuatkan aku terpikir,
setiap benda yang jadi tu,
walaupun buruk di mata orang,
ada hikmahnyer untuk diri kita..
tak gitu..?
Tuesday, June 30, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 4:10:00 PM 6 bebelan setakat ini
ラベル: bebas, bebel, family, kejer, makan, mentaliti, sembang2, tensen
Laaaa.. Mati dah..
chorus:
Because I'm dead, I'm dead-can't move
(dead dead-really, really dead)
You know I'm dead, I'm dead-y'all know it
(dead dead-really, really dead)
You know I'm dead, Im dead-can't move, y'all know
(dead dead-really, really dead)
And the whole world has to answer right now
Just to tell you once again,
Who's dead...?
mmm.. lirik di atas aku amik daripada lagu michael jackson Bad,
dan aku ubah sikit2 lirik dia ikut suka ati aku..
eh ehhh.. dah mati dah dia...?
hmmmm.. mengenangkan kembali,
betapa sukanya aku kat dia dulu..
masa aku kecik2, skolah rendah,
aku start suka dia pasal lagu "Beat It"..
pastu aku suka dia pasal dia pandai menari moonwalk..
pastu aku suka bila dia nyanyi,
dia selalu jerit, oou..!!..
pastu start dia potong hidung dia,
aku dah jadi meluat..
pasal dia cuba merubah fitrah diri dia..
pastu kuar kes molest budak plak..
pastu melalut memacam..
masuk islam la, apa la..
iskkk..
harta belambak,
hidup penuh masalah gitu gini..
skandal gitu gini..
masuk court kuar court..
saman sana sini..
happy ker..?
tak payah tgk si michael nih la..
tgk jer ahli politik negara kita..
ada yg duit berlambak2..
skandal sana, skandal sini..
fitnah sana, fitnah sini..
happy ker..?
hmmm.. mati dah si michael jackson nih..
Friday, June 26, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 3:09:00 PM 2 bebelan setakat ini
ラベル: bebas, bebel, isu semasa, mentaliti, perangai, sembang2
Haji bakhil..
"Sekali aku lansing baru kau tau.."
"Bodoh..!! Setan..!!"
"Kau nak mampus ka labuuu...??"
"Labi..!! Mana surat khabar yang aku mintak tadi..!!??"
tu lah antara dialog2 femes haji bakhil dalam siri labu labi..
dan dia jugak femes dengan kebakhilan dan kekedekutan dia..
so, nak cerita pasal kedekut ari nih..
sebelum tu, nak tanya,
penah nampak pemintak sedekah kat tepi jalan or kat pasar malam dak..?
mungkin ada kat sini yang pernah bagi sedekah,
dan rasa aku ramai jugak yang tak pernah bagi kan..?
kenapa kita tak bagi..?
adakah kerana kita kedekut..?
dak kan..?
zakat, sedekah masjid, lain2 sedekah kita ada bagi kan..?
ok laa.. let's straight to the point,
aku nak cakap dari point of view aku..
secara jujur, aku tak pernah bagi..
never..
kecuali yang datang jual tisu or brg2 kecik2 tu,
itu pun case by case..
bukan pasal aku tak kesian,
or pasal aku benci orang2 macam tu..
tapi just pasal rasa macam diorang amik jalan terlalu mudah..
or just let say, tader inisiatif lansung..
kengkadang tu, tader nampak cacat cela kat mana pun,
tapi mintak sedekah..
siap bwk anak ramai2 plak..
taper la, tolak tepi citer sapa yg mintak sedekah tu..
point dia, adakah org yg tak bersedekah pada peminta sedekah itu kedekut..?
kalo la jatuh tahap kedekut,
setiap orang yg berkunjung ke pasar malam kena bagi sedekah kat peminta sedekah,
berapa plak peminta sedekah tu dapat sehari..?
purata 1,000 pengunjung sehari,
seorang bagi 10 sen,
monthly income RM3,000..?
hmmm.. best nyer..
ok la.. jom citer situasi lain plak..
katakan kita dalam satu seminar,
then kita perasan ramai orang tak amik nota apa presentator tu tulih or cakap..
kita pun pikir, lantak lah..
kita pun salin la mana yg mampu..
then, bila dah habis seminar,
semer orang kuar bilik seminar,
cuma kita jer sorang2 pegi jumpa presentator tu mintak copy nota dia..
then dia pun bagi kita semua nota dia hari tu..
the next day, kengkawan semua tau kita dapat nota..
then mula la semua orang rasa nota tu penting dan mintak ngan kita..
kita pun tetiba rasa macam "aper hal lak..?",
kita penat2 gi mintak,
korang masa seminar bersembang tdo segala,
tetiba nak mintak nota yg dapat tu dengan senang2..?
ada sesapa berpikiran begitu..?
ok la.. nota or etc tu ialah ilmu..
ilmu tu datang dari Allah,
kenapa kita harus kedekut kan..?
then adakah Allah izinkan kita dapat ilmu tanpa usaha..?
mengaplikasikan orang lain..?
alaa.. macam kita zaman belajo dulu la...
"weh pocket, satgi turorial fizik hang tanda attendance aku.. then hang tlg salin nota semua naaa.. aku malaih la nak gi tutorial tu satgi.."
"weh pocket, nota kelas english smlm hang ada dak..? aku gi tenet ngan yana kemarin, aku tak mai kelaih.."
buleh ka macam nih..?
kira2 balik,
ada serba sedikit rasa orang2 yg macam nih macam sama jer ngan pemintak sedekah tu..
mungkin kalo kita ada duit lebih,
orang mintak sikit, kita tak bagi,
pun case by case takleh kata kita kedekut..
tapi bab ilmu nih,
selalu kalo kita takmo share ilmu,
orang akan kata kita kedekut ilmu..
kalo ikut case di atas,
kedekutkah kita..?
"haji bakhil"kah kita..?
Monday, June 22, 2009
Tukang karut ialah bendul pada 2:42:00 PM 6 bebelan setakat ini
ラベル: bebas, bebel, isu semasa, mentaliti, perangai, psikologi, sembang2, tensen