I think i should blog again...
should i?
Suddenly...
Tukang karut ialah bendul pada 8:27:00 AM 4 bebelan setakat ini
Adeh..
aku kena chicken pork pox..?
nopal kena HFMD last week,
baru nak kering..
katanya tak berjangkit ngan orang tua dewasa,
tapi takkan aku kena kot..?
lagi pun kat badan pun naik rashes,
muka pun ada..
so, campak la kot..
sok dah rabu..
ujung minggu nak balik kampung kenduri doa selamat,
mak ngan bapak nak gi mekah 30hb nih..
25 ngan 26hb outstation kl lak..
buleh cuti ker..?
sempat ker nak kenduri..?
sempat ker nak outstation..?
sempat ker nak anto mak ngan bapak..?
semalam baru jer gi klinik,
amik ubat sakit tekak..
takkan sok kena pegi mengadap muka doktor tu lagik..
nak wat camner, gi jumpa doktor lain kena bayo..
bersabo jer laa...
Tuesday, October 19, 2010
Tukang karut ialah bendul pada 10:34:00 PM 3 bebelan setakat ini
ラベル: balik kampung, bebel, demam, HFMD, kejer, klinik, outstation, sakit tekak, tensen
Smart together, not fart together..
Dalam kerja,
ada orang atas dan orang bawah..
tak semestinya orang atas jer yg kena bijak,
orang bawah kena 'pijak'..
orang atas bertanggungjawab mendidik orang bawah,
supaya menjadi bijak..
kalo boleh, biar sama bijak..
takut nanti orang bawah 'pijak' orang atas..?
hmmm.. aku tak rasa macam tu..
sebab, org atas menggunakan kebijakan dia untuk kerja dia,
dan orang bawah jugak menggunakan kebijakan dia untuk kerja dia sendiri..
orang bawah bijak pun,
tak semestinya dia leh clearkan kerja bos dia kan..?
tujuannyer ialah,
bila sampai satu masa,
kebijakan org bawah ni lah yg boleh menyelamatkan org atas..
kalo nak dihuraikan panjang sangat..
just aku storykan satu cerita,
cerita yg maybe korang pernah dengo sebelum nih..
ada seorang CEO yang berjaya,
selalu dipanggil untuk memberi ceramah motivasi,
agar menjadi panduan kepada orang lain yg turut ingin berjaya..
satu hari, dalam perjalanan dia untuk bagi satu ceramah,
dia bagitau kat dreba dia,
dia dah bosan cakap benda yg sama ngan orang,
dan meminta agar dreba dia yg berpura2 jadi dia untuk bagi ceramah..
dreba dia menolak, dengan alasan dia just dreba,
nak cakap macam mana..
CEO tu kata, dia yakin selama dreba tu ikut dia bagi ceramah,
dreba tu pun dah tau apa yg dia slalu cakap, cara dia cakap etc..
so, dreba tu setuju..
dan bertukar tempatlah CEO ngan dreba tu..
sampai saja di tempat ceramah,
dreba tu terus saja meneruskan tugas CEO tanpa sebarang cacat cela,
sambil CEO yg berlakon menjadi dreba tu tersenyum di tepi dewan..
org ramai pun tak syak apa2 pun..
habis jer ceramah,
semasa sesi soal jawab,
semua soalan dapat dijawab dengan senang oleh dreba tu,
berkat pengalaman dia ngan CEO tu..
nak dijadikan cerita,
ada seorang hadirin mengemukakan soalan,
yg paling susah, yg belum pernah ditanya sebelum ini..
CEO tu pun terkejut,
takut pecah tembelang dia..
akan tetapi,
dengan tenang dreba tu berkata,
"alaaa.. soalan macam nih, saya bagi dreba saya jer jawab.."
see, rugi tak kalo kita sama2 bijak..?
best kan..
Monday, October 18, 2010
Tukang karut ialah bendul pada 10:07:00 PM 1 bebelan setakat ini
ラベル: bebas, bebel, fun, isu semasa, lawak, mentaliti, nasihat, perangai, psikologi, sembang2
Wakena beb..
Korang pernah dak terpikir,
sebelum korang buat sesuatu benda yg tak biasa korang buat,
sesuatu kecemasan yg tiba2 terjadi,
"durian runtuh" yg ada tiba2 dapat,
berkebarangkalian telah pun di set up untuk anda..?
alaaa.. macam style citer wakena beb tu la..
mula2 kita mati2 percaya benda2 mmg terjadi,
at the end, sebenonyer kita kena main jer,
or ada org nak kenakan kita..
tu ok.. just kena main or terkena..
tapi how about dengan org yg nak perangkap kita..?
pernah dak terpikir sesuatu perkara yg "tak berapa bagus" yg kita nak buat tu,
macam ada orang nak perangkap jer..
pernah dapat panggilan daripada awek yg kita tidak kenali..?
tetiba ajak sembang la, nak kenal laa..
memandangkan kita nih jenih peramah jer,
aci nak layan jer,
tup tup girlfriend kita sengaja set kan kawan dia,
just nak tgk action kita..
so, konon nyer kalo kita tolak benda yg di"offer",
kira rugi lah..
tapi kalo kita proceed, kena perangkap la plak kan..?
dalam konteks kerja sebagai contoh,
buyer ngan supplier..
deal macam biasa, tetiba jer supplier offer "komisyen",
sebagai tanda terima kasih kita keep deal ngan dia..
kalo tgk pada amount, masyuuukk..
tapi, sekali kita kata ok,
terima habuan pertama,
the next day bos panggil masuk bilik..
haaaa.. cemana nak buat..?
makan tak habih wooo..
pastu lak jenih yg perangkap member2..
kengkawan saja nak trap kita,
tgk kat belakang dia kita ngumpat dia ker dak..
dia pun umpan la sorang mamat nih,
ajak kita sembang pasal kawan kita tu..
baik punya sembang, terkeluar la segala apa yg kita dok pendam selama nih..
sok nyer, konpom kawan tu masam muka ngan kita,
tau dah perangai kita yg suka ngumpat kat belakang..
bukan ler kata kita nih sebelum buat benda jahat kena pikir dulu..
at the first place, benda jahat nih takleh buat..
well, manusia..
curiga is tak bagus..
tapi perasan dak,
curiga tu la yg kadang2 boleh menyelamatkan kita..
daripada kita buat perkara2 tak berapa baik tu secara tak sedar,
kita akan berhati2, pikir panjang2..
walaupun niat kita tak buat tu bukan pasal benda tu tak baik,
cuma sekadar kita takut kantoi or kena perangkap,
better dari kita buat..
ada org pernah cakap kat aku,
apa la yg aku pikir bukan2 sangat,
buat jer..
org lain buat tak kena pun..
yer la.. org lain buat kena..
masa kita buat la yg nak kena tu..
wakena bebbbb..
pernah kena perangkap dak kengkawan..?
Wednesday, October 13, 2010
Tukang karut ialah bendul pada 10:11:00 PM 1 bebelan setakat ini
ラベル: bebas, bebel, isu semasa, kesian, mentaliti, nasihat, sembang2, tensen, terkena, wakena beb
wait a second..
dah dapat dah idea tadik..
tetiab tgh olah macam mana nak tulih,
ilang macam tu jer..
siottt..
jap aaa..
gi mandi jap..
mana la tau ada idea lain..
tunggu aaa..
Monday, October 11, 2010
Tukang karut ialah bendul pada 8:15:00 PM 0 bebelan setakat ini
Am I been fooled..?
Sorry, terpaksa update kat luar..
semalam connect broadband, tak dapat..
tersangaaaaaaaaaaaaaaaaaat la slow..
perasan plak, tetiba total bandwith used dah reset balik ke zero..
dan kebetulan, trial period of 7 days dah tamat..
call ngan careline, dia kata pasal baru jer register,
diorang tak dapat trace lagi total usage semua..
hhmm... trial period laju bagai nak rak..
abih jer trial, terus slow macam siput..
kalo aku return balik, confirm hangus 100 inggit..
but maybe kebetulan malam tadi line slow..
taper.. kita pikir baik dulu..
kita test lagi 2 malam..
kalo tak ok gak,
jangan kata broadband tu aku terminate,
dengan no phone aku nih pun aku terminate,
tukar masuk line lain..
bukan aku marah pasal slow,
tapi pasal rasa dipermain2kan..
kenapakah cukup habis tempoh percubaan jer terus jadik slow giler..?
dalam seminggu tu tak boleh jadi slow ker..?
jgn tipu orang, tak baik..
tuhan marah..
Saturday, October 09, 2010
Tukang karut ialah bendul pada 4:31:00 PM 4 bebelan setakat ini
ラベル: bebas, bebel, broadband, internet, isu semasa, kesian, pantang, perangai, sembang2, tensen
alfa romeo..?
bukan nak citer pasal keter..
sajer jer amik tajuk alfa romeo tu..
actually nak cerita pasal gelombang alpha..
korang tau dak pasal gelombang alpha nih..?
maybe ada someone yg dah terus set otak dia masuk tajuk fizik,
sebenonyer, dak..
gelombang alpha nih ialah antara gelombang yg dihasilkan dari otak kita..
gelombang ni dihasilkan semasa otak kita sedang rilek..
korang keh baca kat sini..
gelombang nih dikatakan gelombang yg paling bagus antara gelombang2 otak yg lain..
apa yg aku suka sgt pasal gelombang alpha nih,
ialah pada masa tu la kita akan dapat idea macam2..
aku selalu dapat penyelesaian masalah aku masa mandi, gosok gigi, buang air beso..
pasal nak diikutkan masa2 ni gelombang alpha akan keluar kerana kita rilek..
(ada org yg tak rilek masa buang air beso, aku tau.. tu kes lain..)
yang paling byk ialah masa mandi..
yg aku pelik, aku mandi bukan lah lama sangat..
tak sampai pun 3 minit rasanya..
tapi masa tu la hirameki (idea) or mentol lampu nak menyala atas kepala..
pasal per aku pun tak tau..
cemana nak setel masalah opis la,
nak beli hadiah aper kat org kawin la,
budget paling jimat nak balik kampung time sesak la,
macam2 lagik..
adakah gelombang alpha aku memuncak ketika aku mandi..?
jadi, apakah aku harus mandi selalu..?
yg wajib, yg harus, yang sunat semua aku kena lakukan kah..?
so, cemana lak ngan korang..?
penah terpikir dak time bila korang dapat idea bagus2..?
by the way,
ironic nyer aku dapat idea nak tulih post nih masa aku tgh kencing tadik..
hehehe..
Thursday, October 07, 2010
Tukang karut ialah bendul pada 7:54:00 PM 4 bebelan setakat ini
ラベル: alpha wave, gelombang alpha, mandi, otak, psikologi, sembang2