Clear my name, or else..

Nak jadi cerita,
pertama kali rasanya,
difitnah..

bukan jenih sembang2 belakang stor dgn kengkawan,
"alaa.. dia tu la yg jahat.."
"hang tau dak, dia la yg slalu dok mengata hang.."
no no no..
bukan jenih tu..

camnih..

Japan customer, CAS*O order satu barang,
lets say barang A,
dengan syarat barang mesti dihantar dalam bentuk sheet (helaian)..
kitorang proceed,
no problem..

then, malaysia customer, subcon pada CAS*O nih order satu barang,
let's say barang B,
di mana barang B ni 98% nak sama ngan barang A..
beza 2mm dekat size dia saja..
but malaysia customer nih nak barang B nih dihantar dalam bentuk roll (gulung),
bukan bentuk sheet macam barang A..
kitorang proceed,
no problem..

beberapa hari lepas tu, jumaat,
aku tgh main badminton..
factory manager aku kol,
tanya kenapa barang A hantar ke Jepun dalam bentuk roll..
aku cakap aku tak tau,
tak berapa nak pasti pasal aku tak tahu production ada jalan barang A lately..
diorang tak kasik tau aku kata ada production..
cuma aku inform kat factory manager aku,
barang B mmg kuar instruction untuk roll..

aku ingat nak confirm balik problem tu ari isnin..

then,
ari isnin,
big problem..
customer CAS*O tu marah..
nak stop beli barang ngan company aku..
semua orang gelabah..
vice managing director menyusun sembah,dalam e-mel jer laa..
mintak ampun supaya tak berulang lagi..

aku investigate production..
why..? why..? why..?
result nyer,
production buat dah betul..
checking and packing side yg silap anggap..
diorang ingat barang A ngan barang B tu sama..
once barang B mintak roll,
barang A pun nak roll jugak..

then, aku pun inform factory manager..
dia kata takper la..
nak wat camner, benda dah jadi..

tapi..!!
semalam,
factory manager panggil aku..
dia kata..
"azuri, pasal hari tu, sori aa.."
"sori kenapa..?"
"pasal saya bagitau kat vice managing director, azuri yang instruct production delivery barang A dalam bentuk roll.. tapi sebenonyer bukan kan..?"
"......."

then aku cakap,
"increment bulan 4 nih macam mana..? abih la saya.."
"taper, nanti saya explain balik kat vmd.. dia datang minggu depan.."
"taper la kalo begitu.."

vmd datang 20hb depan..
kalo dia datang jumpa factory manager dulu takper..
kalo dia datang jumpa aku dulu..?
meja aku depan pintu opis..
kalo dia flying kick aku dulu..?

Friday, January 16, 2009

5 Comments:

cheryna zamrinor said...

biase aaa tuh bendul...ramai org suke pemes, jadi salahkan org len dulu sebelum diri disalahkan:D

juelee said...

baguihh gak company hang ader increment, company aku ni ha decrement waaaaa... dah la nak kawen tahun nie... tensennn acikk

Naughty Adam said...

bapak siuttnyaa manager lu... melayu ke dia bro??? 1st gua nak ucapkan "SABAR" yg penting... Benda da jadi... TAPI, keadilan ttp perlu ditegakkan!!! (mule le aku nak hangin je ne kalu kena kat aku)...

Ayaq said...

eh menyampah pulak aku.. macam pires cakap la, nak salahkan orang lain pulak sebelum diri sendiri disalahkan. huh!

Pocket said...

cemana korang kontrol part number nih!!

heheheh..tetiba jer pocket wat cam cas10 tu kan:)

basically bebenda tu memang orang buat la bendul... u'll be surprise if u come to my company.
Dalam meeting kata lain,
dalam meeting minute tulih dah bengkok,
dalam e mail dah patah..
sapa yg patah? ko la...
aku la...
dan mereka mereka yg pangkat rendah.

Bila kerja menjadi taruhan.
nyawa jadi pertikaian,
wajah yg tersayang dlm ingatan,
would u think twice to stab the guy on your left?

so camana tu, better ko antar mail membetulkan keadaan. kang sangkut plak member aku ni kang... susah plak nak makan ramen ngan ko nanti kang:)

 
You will never learn... - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger